Nona manis merupakan resepi yang berasal daripada Indonesia. Ianya amat sedap kerana terdapat pati pandan diluar yang memberi rasa manis. Intinya pula merupakan santan pekat yang lemak masin. Gabungan tiga rasa dalam satu kuih merupakan sebuah gabungan yang sangat ideal untuk dimakan berulang kali. Ditambah pula dengan saiznya yang kecil, mustahil kita hanya makan satu sahaja. Kebarangkalian untuk kita makan bertambah tambah juga amat tinggi.

Cara pembuatan nona manis agak rumit sedikit. Walaubagaimanapun, kita perlulah berusaha kerana pastinya ia membuahkan hasil. Bahan – bahannya mudah untuk didapati dan juga murah, membolehkan sesiapa sahaja untuk menyediakan hidangan ini. Sekiranya anda masih baru, tak usah khuatir, disini kami memberikan resepi langkah demi langkah supaya mudah untuk anda ikuti.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Azidawati Abd Aziz dan pastinya telah mendapat ribuan perkongsian serta komen – komen positif di media sosial. Tanpa membuang masa, jom kita lihat!

Resepi Nona Manis

nona manis

image via Facebook

Bahan A:

  • 2 biji telur
  • 1/2 cwn gula
  • 2 cwn tepung gandum
  • 3 cwn santan

Cara – cara:

  1. Pukul telur sehingga kembang.
  2. Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan.
  3. Kemudian, kacau sebati kesemua bahan itu.
  4. Campurkan telur dan kacau sehingga rata.
  5. Ketepikan.

Bahan B:

  • 1 cwn santan pekat
  • 1 cwn air pandan (8 helai daun pandan)
  • 1/2 cwn gula
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau epal (optional)

Cara – cara:

  1. Ambil daun pandan dan kisar bersama 1 cwn air kemudian tapis.
  2. Satukan air pandan dan santan dalam kuali.
  3. Masukkan gula, tepung jagung, sedikit garam & pewarna hijau epal ( jika warna kurang cantik).
  4. Kacau sampai sebati dan tidak berketul – ketul.
  5. Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia likat.
  6. Satukan adunan BAHAN A & adunan BAHAN B.
  7. Kacau rata sehingga sebati dan adunan jadi pekat dan licin.
  8. Ketepikan dahulu sementara sediakan adunan putih.

Nota: Saya kisar kedua – dua bahan ini sebelum masuk kedalam acuan supaya adunan tidak berketul.

Bahan C:

  • 3 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Garam

Cara – cara:

  1. Satukan semua BAHAN C, kemudian masak atas api sederhana sambil di kacau hingga ia pekat.
  2. Tunggu suam/ sejuk & masukkan dalam botol sos picit.
  3. Panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih,balut tudung kukusan supaya air tak menitik.
  4. Acuan lompang di sapu minyak supaya adunan tak melekat.
  5. Tuangkan adunan hijau dlm acuan hingga 3/4 acuan.
  6. Kemudian picit adunan putih ditengah – tengah adunan hijau sehingga naik penuh acuan.
  7. Kukus dalam 10 min dalam keadaan api sederhana.
  8. Siap!
nona manis

image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi nona manis ini, pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.