Musim cuti sekolah sudah pun menemui penghujungnya. Kini tiba masanya untuk anak-anak anda kembali ke sekolah. Menjadi satu cabaran sebagai ibu bapa untuk menjaga nutrisi seharian anak-anak kita lagi-lagi apabila mereka tiada dengan kita.

Kebanyakan ibu bapa memberi duit belanja untuk anak mereka membeli makanan pada waktu rehat di sekolah. Adakah anda yakin anak anda membeli makanan yang sihat? Sebagai penyelesaian, anda boleh menyediakan bekal untuk anak anda bawa ke sekolah. Sebagai ibu bapa yang prihatin tentang pemakanan anak kita, perlulah kita berkorban sedikit masa untuk bangun pagi dan menyediakan bekal untuk anak kita.

Jangan anda khuatir, pada hari ini kita akan berkongsi satu resipi yang berkhasiat dan sesuai untuk dijadikan bekal untuk anak anda bawa ke sekolah.Resipi Nasi Putih dan Daging Blackpwpper ini telah dikongsikan Wan Muhammad Hafiz Satar oleh dan telah mendapat banyak like dan perkongsian dan juga komen yang positif di laman sosial Facebook. Jadi mari kita lihat bagaimana cara untuk menyediakannya!

Resepi Nasi Putih dan Daging Blackpepper

nasi putih daging blackpepper
image via Facebook

Bahan – bahan:

Daging Blackpepper

  • Daging (rebus dulu seketul pastu baru potong nipis² style kat kedai)
  • Bawang putih (ketuk)
  • Halia (racik)
  • Bawang merah (mayam)
  • Lada hitam biji (tumbuk)
  • Sos tiram
  • Garam
  • Air rebusan daging

Cara – cara memasak:

  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Kemudian, masukkan daging dan lada hitam.
  3. Gorengkan sekejap kemudian letakkan sos tiram dan air rebusan daging untuk kuah.
  4. Perasakan dengan garam.
  5. Anda juga boleh letakkan sayur, saya letak sio pak choy.
  6. Hidangkan bersama nasi putih yang ditabur biji habatussauda.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, ada beberapa lagi resepi menarik yang anda boleh cuba. Jangan takut untuk mencuba, kalau dah banyak kali berlatih, pasti hasilnya akan lebih mantap! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .