Siapa yang mencari-cari resepi nugget ayam sedap?
Nugget ayam memang menjadi makanan favorit. Nugget ayam ialah makanan yang dibuat daripada ayam yang dilumatkan kemudian dicampur tepung dan perasa sehingga menghasilkan rasa yang sedap.

Nugget ayam disukai oleh semua orang terutama kanak-kanak, kerana rasanya yang sedap, tidak pedas, lazat dan tidak leceh pada masa memakannya.

Nugget ayam boleh dijadikan sebagai camilan dihidangkan bersama sos. Nugget ayam pula boleh dimakan bersama makanan berat lainnya seperti nasi atau mi. Nugget ayam mentah harus disimpan dalam freezer, kerana bagaimanapun ia merupakan produk olahan hewani yang mudah rusak oleh mikroorganisme.

Baiklah untuk anda yang tak sabar ingin tahu resepinya, sekarang kami kongsikan resepi nugget ayam yang telah mendapat perkongsian ramai yang dikongsikan oleh Nora Zi di Facebook. Sila cuba resepi ini dirumah anda.

Resepi Nugget Ayam Simple dan Sedap Sangat!

resepi nugget ayam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 ketul dada ayam blend kering.
  • 1 sudu lada hitam blen kering.
  • 1biji bawang merah dan putih.
  • 1 biji telur.
  • Garam aji secukup rasa.

Cara Membuat Nugget Ayam

1. Blend Semua Bahan dan Tuang air sedikit untuk mengisar.

2. Tuang bahan blend tadi ke dalam bekas.

4. Masukkan tepung gandum 3 sudu.

5. Masukkan tepung pulut 2 sudu. Kalau masih cair lebih kan lagi tepung untuk bagi pekatkan.

6. Gaul rata dan tambahhan hirisan daun sup dan sebagainya.

resepi nugget ayam

Imej via Facebook

7. Setelah siap digaul, masukkan ke dalam loyang dan kukus sampai jadi kental. (Dalam 10 hingga 15 minit).

8. Selepas itu potong ikut suka. Guna acuan kuih love atau bentuk star atau apapun boleh.

9. Celupkan dengan telur dan taburkan serbuk nugget atau tepung goreng ayam atau tepung roti pun boleh.

resepi nugget ayam

Imej via Facebook

10. Golek rata dan goreng hingga masak dengan api sederhana panas.

resepi nugget ayam

Imej via Facebook

Kalau mahu frozenkan, goreng setengah masak kemudian sejukkan dulu baru simpan ke dalam freezer. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Nugget Ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.