Jom cuba resepi  nasi kerabu. Kali ini kami akan berkongsikan resepi nasi kerabu sedap didatangkan daripada Nur Aida Md Zainuddin‎ di laman Facebook.

Bahkan nasi kerabu Puan Aida ini pernah masuk TV1 dan Wanita Hari Ini TV3 semasa ia buka restoran dulu. Sememangnya rasanya amatlah sedap.

Tips untuk buat nasi kerabu sedap menurut pn. Aida ialah dengan meletak banyak bawang dan ikan pada kelapa. Sambal lada pula dibubuh bawang putih jeruk. Ulam jangan dihipsterkan macam kobis purple atau carrot ya.

Bahan ulam antaranya ialah kesum, kacang panjang, timun dan tauge. Kalau di Kelantan pula, wajib guna daun samak @ serai kayu. Kalau tidak ada, boleh bubuh pucuk kayu lain. Pn. Aida pula menambahkan pegaga, samak dan tenggek burung.

Tanpa tunggu lama, jom kita lihat resepi nasi kerabu kelate lengkap dengan semua bahannya.Selamat mencuba.

Resepi Nasi Kerabu Kelantan

nasi kerabu

Imej via Facebook

Nasi Biru Bunga Telang

nasi kerabu

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bunga telang,
  • Daun limau purut.

Cara-cara :

  1. Ambil bunga telang kemudian perahkan.
  2. Lalu masak nasi macam biasa dan letak daun limau purut.
  3. Siap.

Solok Lada

solok lada

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Lada,
  • Ikan mentah,
  • Kelapa mesin,
  • Lada hitam,
  • Halia,
  • Bawang merah,
  • Isi ikan,
  • Garam,
  • Gula,
  • Sebiji telur,
  • Santan pekat.

Cara-cara :

  1. Lada dibelah dan dibuang biji. Kalau tidak mahu buang biji pun tidak apa, boleh terus belah.
  2. Asingkan tulang dan isi ikan. Jika ingin mudah, kelar dulu ikan dan ketepikan.
  3. Kelapa yang dimesin, ambil isi putih sahaja. Ketepikan.
  4. Ambil lesung lalu tumbuk lada hitam, halia, bawang merah dan isi ikan. Tambah garam dan gula.
  5. Dalam mangkuk lain masukkan isi ikan dan bawang yang ditumbuk tadi. Masukkan kelapa sedikit demi sedikit sebab kita tidak mahu kelapa terlebih daripada rasa ikan.
  6. Pecahkan sebiji telur. Masukkan isi ikan dan kelapa ini dalam perut lada.
  7. Susun macam dalam gambar, boleh letak kacang panjang atau petola sebagai alas untuk elak hangit.
  8. Letak santan pekat.
  9. Masak dengan api kecil.

Tumis Nasi Kerabu

nasi kerabu

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Cili kering,
  • Halia,
  • Belacan,
  • Serai.
  • Santan,
  • Budu 2 sudu,
  • Asam keping,
  • Gula,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Blend cili kering, halia, belacan dan serai.
  2. Tumiskan bahan blend dalam kuali sampai garing.
  3. Masukkan santan, serai yang diketuk, budu 2 sudu dan asam keping. Lalu kacau sampai pecah minyak.
  4. Masukkan gula dan garam.

Kelapa Nasi Kerabu

kelapa nasi kerabu

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kelapa,
  • Bawang,
  • Serai,
  • Halia,
  • Isi ikan rebus yang sudah dibuang tulang,
  • Gula dan garam.

Cara-cara :

  1. Goreng kelapa hingga suku masak.
  2. Blend bawang, serai dan halia tanpa air.
  3. Masukkan bahan blend dalam kelapa suku masak dan masukkan isi ikan rebus yang sudah dibuang tulang.
  4. Goreng lagi sehingga kelapa agak garing.
  5. Perasakan dengan gula dan garam.

Ayam/Daging/Kambing Bakar

nasi kerabu

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam/daging pilihan.
  • Halia,
  • Lengkuas,
  • Cili kering,
  • Bawang putih,
  • Bawang merah,
  • Jintan manis,
  • Jintan putih,
  • Serai,
  • Gula dan garam.

Cara-cara :

  1. Blend halia, lengkuas, cili kering, bawang putih, bawang merah, jintan manis, jintan putih, serai, gula dan garam.
  2. Gaul dengan ayam/daging pilihan.
  3. Jika ingin ayam/daging bakar ini berkilat. Tipsnya lebihkan gula dan seimbangkan rasa masin dan manis.

Air Lada Nasi Kerabu

Bahan-bahan :

  • Cili,
  • Bawang putih jeruk,
  • Cuka,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Blend semua bahan. Siap.

Budu Nasi Kerabu

Bahan-bahan :

  • Budu,
  • Air,
  • Asam keping,
  • Gula melaka,
  • Serai,
  • Daun limau nipis.

Cara-cara :

  1. Masukkan budu dalam periuk.
  2. Campur sedikit air, asam keping dan gula melaka.
  3. Masukkan serai dan daun limau nipis.
  4. Budu ini hendaklah rasa sedikit masin supaya padan dengan sambal lada yang rasa masam, kelapa ikan pula rasa manis-manis sedikit.

Lengkaplah nasi budu yang cukup rasa manis, masin dan masam semua. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi kerabu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.