Tajuk perkongsian resepi kali ini ialah nasi ayam madu.  Jika biasanya banyak yang membuat nasi ayam berempah mahupun goreng, sekarang pula akan disajikan kepada anda resepi nasi ayam madu yang menggamit selera rakyat Malaysia.

Hidangan nasi ayam madu menjadi istimew di hati peminatnya kerana rasanya yang sedap dan juga rasa ayam yang bersalut madu semakin menggoda selera.

Nasi ayam madu kebiasaannya dijadikan santapan untuk acara majlis mahupun kenduri. Majlis formal mahupun tak formal. Hidangan ini disediakan dengan nasi putih yang ditumis dengan rempah khas. Kemudian dihidangkan bersama sup ayam dan sos serta kicap khas nasi ayam madu.

Resepi daripada ‎Noor Hafiza Zinon‎ di laman Facebook ini telah mendapat perkohgsian seramai 18.4 K. Mesti anda tertanta-tanya resepi dia kan. Baiklah tanpa tunggu lama sila tengok dan cubakan resepi ini di rumah anda.

Resepi Nasi Ayam Madu Kampung

nasi ayam madu

Imej via Facebook

Resepi Ayam :

  • Ayam
  • Bawang putih
  • Halia

Cara-cara :

  1. Basuh ayam dan toskan.
  2. Tumbuk bawang putih dan halia.
  3. Gaul bawang putih dan halia tadi ke dalam ayam yang sudah dibasuh.
  4. Masukkan air ke dalam ayam tadi dan rebuskan di dalam periuk.
  5. Rebus sehingga mendidih dan tutup api.
  6. Asingkan ayam yang direbus tadi dengan air rebusan.
    Nota : Perlu asingkan air rebusan kerana akan digunakan untuk buat sup, untuk masak nasi, buat sos dan kicap.
  7. Bila ayam sudah agak sejuk, masukkan bahan perapan ayam :
    • Kicap pekat
    • Sos tiram
    • Bahan perasa
    • Madu
  8. Perap seketika dan sedia digoreng.

Resepi Nasi :

Bahan Tumis Nasi :

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Daun pandan

Cara-cara :

  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Panaskan butter/majerin.
  3. Masukkan bahan tumisan.
  4. Masak hingga berbau dan kekuningan.
  5. Masukkan air rebusan ayam mengikut sukatan beras.
  6. Masukan bahan perasa dan sedikit serbuk kunyit.
  7. Masak sehingga mendidih.
  8. Masukkan air rebusan tadi ke dalam beras dan letak di dalam rice cooker.

Resepi Sos :

  1. Blend bawang putih dan cili besar.
  2. Masukkan sedikit air rebusan ayam.
  3. Masukkan sedikit cuka, garam dan gula serta serbuk perasa.
  4. Masak atas api sehingga mendidih.

Resepi Kicap :

  • Sos tiram
  • Kicap pekat
  • Bancuhan tepung jagung
  • Masak diatas api yang kecil sehingga mendidih.

Siap untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi ayam madu, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.