Resepi Sambal Hitam Pahang (Mudah dan Moden)

Para ibu dan isteri semestinya harus merancang dan tentukan apa yang patut dimasak sebagai menu untuk seisi keluarga. Biasanya, lauk haruslah simple tetapi menyelerakan kerana tiada masa. Jom cuba resepi Sambal Hitam Pahang.

Jadi, hari ni kami nak share satu resepi sedap dan menyelerakan yang boleh dijadikan sebagai menu untuk keluarga. Pernah makan Sambal Hitam Pahang tak? Special tau sambal hitam ni. Bahan utamanya MESTI ada belimbing buluh. Marvellous!

Kenapa dipanggil Sambal Hitam Pahang? Sebab asalnya dari Pahang terutama disukai masyarakat Pahang dari Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Sekarang, jom layan resepi yang telah dikongsikan oleh saudari Eh Isme di Facebook.

Resepi Sambal Hitam Pahang

Sambal Hitam Pahang

Image Via Facebook

Bahan-bahan:

– Belimbing buluh
– Bawang Merah
– Cili Api
– Kicap (sikit pun dah cukup. Kalau nak lagi hitam, letak banyak lagi)
– Garam
– Gula
– Belacan / perasa. (ikutla prefer suka yg mana)
– Ikan bilis (Goreng garing dan tumbuk ikot suka lumat atau tak)
– Minyak utk tumis

Cara Penyediaan:

• Rebus belimbing tadi tanpa air dlm periuk (belimbing akan mengeluarkan sendiri airnya)
• Goreng ikan bilis sambil tu tumbukla bawang dgn cili api.
• Pastu tumbuk ikan bilis pulak tak perlu lumat sgt, kasar2 sikit pun tak apa asalkan masih ada rupa dia “ikan bilis” bukan pasir ye.
• Pastu bila belimbing dah masak, masukkan dalam lesung , tumbuk bagi hancur sikit.

Sambal Hitam Pahang

Image via Facebook

• Panaskan la minyak tumis bawang dengan cili tumbuk tadi bagi garing sikit pastu letak belimbing dan ikan bilis tadi ke dalam kuali.
Gaul kan sekali dengan garam dan gula dan juga belacan atau perasa.
• Letak la sikit kicap sikit bagi ada warna takdela pucat je.
• Pastu biar die kering sedikit demi sedikit atas dapur.
• Dah kering, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Selain resepi Sambal Hitam Pahang, banyak lagi resepi-resepi lain yang telah kami kongsikan sebelum ini. Jemput tengok yer korang semua. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE resepi ini ya!

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!