Pada perkongsian kali ini kami ingin berkongsikan resepi cheesy wedges ala KFC. Tidak sabar rasanya ingin segera berkongsikan resepi ini kepada anda semua. Mesti anda tercari-cari resepi kentang wedges ini bukan.

Apa yang menarik dengan kentang wedges ala KFC ini? Mestilah rasanya yang sedap. Kentang yang lembut luar dalam, lembut namun rangup sangat. Ditambah lagi masa makan digandingkan dengan sos cheese dan mayonais sehingga menjilat jari!

Kalau beli di KFC satu porsi rasanya tak puas kan. Nak tambah order pun agak mahal juga, kena pandai-pandai berjimat. Maka itu, anda tak perlu risau lagi kerana resepi cheesy wedges rasa restoran itu sekarang boleh anda buat sendiri di rumah.

Pasti rasanya macam KFC. Anda boleh buat sebanyak manapun ikut selera. Berbaloi dan lebih puas. Tanpa fikir lama, mari kita lihat resepi perkongsian ramai oleh Hasniza Hashim‎ di laman Facebook. Gerenti sedap dan bikin ketagih.

Resepi Cheesy Wedges Ala KFC

kentang wedges

Imej via Facebook

Bahan Kentang Wedges :

  • Kentang,
  • Garam,
  • Pati ayam,
  • Tepung gandum,
  • Serbuk lada hitam,

Bahan Sos Cheesy :

  • 3-4 sudu makan butter,
  • 250 ml susu cair (boleh juga guna susu segar),
  • 1 sudu makan tepung gandum,
  • Suku kiub pati ayam,
  • 6 keping chesse,
  • Sedikit serbuk lada hitam dan lada putih,
  • Pewarna kuning.

Cara-caranya :

1. Rendam kentang dalam air panas selama 2 minit. Potong kentang berbentuk wedges seperti potongan kentang KFC.

2. Rebuskan kentang di dalam periuk. Sila campur garam dan pati ayam secukup rasa. Rebus sehingga empuk.

3. Keluarkan kentang dari rebusan. Untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan, gunakan garfu dan cucuk pada kentang. Kalau suku garfu sudah masuk dalam kentang, maknanya sudah boleh dikeluarkan. Tapi pastikan jangan terlalu lama supaya kentang tidak lembik.

4. Angkat dan toskan kentang yang telah direbus tadi. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, salutkan kentang dengan tepung gandum dan lada hitam (gaulkan bersama).

5. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti. Goreng wedges tadi dalam kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.

6. Sementara itu, buatkan sos cheesy pula. Panaskan butter hingga cair, masukkan susu, tepung gandum, dan kacau sentiasa sehingga tepung sebati. Masukkan pula kepingan chesse, kiub pati ayam dan serbuk lada. Boleh masukkan sedikit pewarna jika anda mahu. Kacau sebati hingga masak.

7. Hidangkan potato wedges tadi dengan sos cheesy bersama dengan mayonais. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cheesy wedges , kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.