Penting untuk kita memantau jenis makanan yang dimakan. Kena pandai memilih makanan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan.

Selain itu, makanan sihat haruslah yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan garam secukupnya. Jika kekurangan nutrien dalam tubuh boleh menyebabkan malnutrien.

Banyak jenis makanan sihat yang dianjurkan untuk dimakan, boleh jadi dalam daging, ayam dan sayur. Untuk memudahkan anda mencari resepi makanan sihat, berikut di bawah ini akan kami kongsikan makanan sihat berbasis ayam.

Nama makanan ini ialah ayam golek pasar malam, kerana masakan ini rasanya seperti ala ayam golek yang dijual di pasar malam. Namun, resepi yang dikongsikan oleh Ateen Aslah di laman Facebook ini gerenti lebih sihat dan berkualiti. Hidangan ini nisbah untuk 2 ekor ayam. Selamat mencuba.

Resepi Makanan Sihat Ayam Golek

Imej via Facebook

Bahan-bahan rempah :

  • Bawang merah bombay 10 biji,
  • Bawang putih 1 labu,
  • Halia seketul (saiz 2 kali ibu jari),
  • Serai 5 batang,
    (Blend kesemua bahan di atas)
  • Serbuk kunyit 2 sudu kecil,
  • Gula melaka 2 ketul,
  • Garam 3 sudu kecil,
  • Rosemary bagi wangi (opsional),

Cara-cara :

  1. Blend bawang bombay, bawang putih, halia, gula melaka dan serai. Masak kesemua bahan sehingga agak pekat/kering.
  2. Perasakan dan masukkan ayam. Rempah ini memang agak manis sebab itu ayam elok berkilat bila dibakar 1 jam atau lebih.
  3. Bakar pada suhu 200°C dengan api atas bawah selama 50 minit @ sampai masak.

Bahan Sos Cicah :

  • Cili kering 10 biji direbus dan diblend,
  • Bawang putih bakar 5 ulas diblend,
  • Cuka 2 sudu kecil,
  • Gula 3 sudu besar,
  • Garam 1 sudu kecil,
  • Tepung jagung 1 sudu besar.

Cara-cara :

  1. Masak semua dengan air.
  2. Jika sudah mendidih baru masukkan tepung jagung.
  3. Kacau sampai pekat.
  4. Bila sos sudah sejuk, boleh tambah bijan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi makanan sihat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.