Siapa pernah makan mama carey?
Tidak pasti kenapa dinamakan mama carey. Namun biskut ini ialah biskut lejen jaman dulu-dulu yang amat tersohor.

Apa yang unik dari mama carey ini ialah cara membuatnya. Kalau kebanyakan biskut mestinya terus dibakar. Tapi, untuk menyediakan mama carey anda harus mensejukkan dahulu dalam peti baru kemudian dibakar.

Baca deskripsi kami mesti anda rasa tertarik cuba bukan? Oleh kerana itu kami datangkan resepi mama carey special versi SH Sue Wood di laman Facebook. Design mama carey boleh anda tukar mengikut selera. Selamat mencuba.

Resepi Mama Carey

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 200 g butter/mentega,
  • 100 g gula castor,
  • 1 biji kuning telur,
  • 1 sk esen vanilla.

Bahan Ayak :

  • 260 g tepung red rose/tepung gandum,
  • 50 g susu tepung,
  • 50 g tepung jagung.

Cara-cara :

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan esen, pukul sebati.
  3. Masukkan bahan-bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  4. Masukkan doh dalam beg plastik atau bekas, tutup dengan plastik wrap.
  5. Simpan dalam peti selama 15 minit.
  6. Panaskan oven 150°C.
  7. Sediakan pembakar, oles sedikit mentega.
  8. Keluarkan doh dan canai di atas 2 lapik plastik supaya tidak melekat. Terap acuan.
  9. Susun di atas dulang pembakar. Bakar selama 10 minit (setengah masak).
  10. Akhir sekali biar sejuk. Jika biskut sudah sejuk baru letak icing.

Bahan Icing :

  • 1 biji putih telur,
  • 1 sb tepung jagung,
  • 90 g gula icing.

Cara-cara :

  1. Untuk icing yang licin, pukul putih telur hingga bertanduk.
  2. Masukkan gula icing dan putar sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung jagung putar lagi hingga likat.
  4. Letak icing ke ataa biskut. Lorek ikut suka.
  5. Yang original design lorek pakai coffee.
  6. Bakar lagi pasa suhu 150°C selama 10-15 minit.

Tips :

  • Kalau sentuh dengan jari sudah keras dan tidak retak, kek boleh dikeluarkan. Jangan bakar sampai kuning pula.
  • Untuk kekemasan dan lagi cepat pakai piping bag senang sampai ke sudut dan lekuk. Piping membuncit sedikit.
  • Lorek guna lidi hujungnya dipotong dan ditajamkan lagi untuk dapatkan daun dan tangkai yang halus.

Resepi Menarik Lain

Selain mama carey, kami menulis resepi lain untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.