Resepi kali ini adalah resepi makaroni goreng daging. Resepi ini amat sesuai untuk dijadikan hidangan bila bila masa. Selain itu, bukan orang dewasa sahaja menggemarinya, malahan, kanak – kanak juga boleh makan.

Resepi ini tidak pedas sangat dan mudah untuk disediakan. Ianya juga sesuai untuk dihidangkan di majlis keramaian. Makaroni daging ini juga boleh dijadikan bekal ke sekolah buat anak anak.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Hazwani Mohamed Shadli. Kata beliau, resepi ini boleh jadikan daging lebih juicy. Wah tak sabar mendengarnya. Jom kita lihat!

Resepi Makaroni Goreng Daging

macaroni goreng
image via Facebook

Bahan – bahan masakan:

  • 500gm minced beef
  • 500gm macaroni
  • 1 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji telur besar
  • Serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar Oregano
  • 1 helai bay leaf
  • 1 batang Celery
  • 1 batang Carrot.
  • 3 batang jagung kecik
  • Olive oil
  • Garam
  • 2 inci unsalted butter

Cara – cara memasak:

  1. Rebus macaroni. Jangan terlalu lama sebab nak goreng. Kalau overcooked macaroni jadi lembik nak goreng. Nanti tak sedap. Rebus dalam 5-8 minit dah ok.
  2. Semua bawang merah, bawang putih, celery, carrot, jagung kecik dicincang halus.
  3. Siapkan daging. Gaul ngan olive oil, bawang merah and bawang putih yang dah dicincang. Tabur sedikit serbuk lada hitam. Biar sebati sebelum goreng.
  4. Toskan macaroni. Air rebus macaroni jangan buang. Simpan dulu
  5. Tumis bawang merah dan putih dalam olive oil. 
  6. Dah wangi bau bawang tumis, masukkan daging dan sayur. Sementara daging masak, sayur – sayur serap jus daging. 
  7. Goreng 2 biji telur di tengah – tengah kuali. Telur akan serap jus daging dan sayur. Rasa akan lagi sedap.
  8. Gaul semua sekali degan oregano dan bay leaf. Masukkan 2 inci butter. Tuangkan air rebus macaroni sikit cuma nak basahkan bahan – bahan yang dah ditumis. Teknik ni untuk bagi rasa juicy. 
  9. Masukkan macaroni yang dah rebus. Gaul bagi rata. Kalau sayur belum lembut, perlahankan api dan tutup kuali bagi wap lembutkan sayur. 
  10. Sayur dah lembut masukkan garam secukup rasa. Gaul bagi rata. 
  11. Hidangkan dengan hirisan tomato.

Tips:

  • Pilih sayur keras so bila goreng sayur tak lembik sangat
  • Guna air tos macaroni kalau masakan kering. Lagi rasa sedap dari guna air masak. 
  • Rasa olive oil dan minyak masak ada beza dan lebih sihat

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.