Mashed Potato adalah hidangan sampingan yang selalu dihidangkan bersama dengan makanan ala barat seperti Chicken Chop, Beef Steak dan Fish and Chips. Teksturnya lembut, dan mengenyangkan jadi membuatkan ianya sesuai untuk diberikan kepada bayi.

Mashed Potato juga dihidangkan bersama dengan ayam goreng, seperti restoran fast food yang amat popular dengan juadah itu. Walaubagaimanapun, mashed potato juga boleh dibuat dengan mudah oleh kita. Resepinya tidak memerlukan bahan yang susah untuk didapati malahan ianya tidak remeh untuk disediakan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nur Hawani Yusof dan telah mendapat banyak komen positif di media sosial. Jadi jom kita lihat!

Resepi Mashed Potato

mashed potato
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan – bahan untuk kentang lenyek:

  • 3 biji kentang
  • 5 sdb susu segar @ full cream
  • 1 sdb butter
  • Serbuk lada hitam
  • Lada sulah
  • Oregano flakes (optional)

Bahan – bahan untuk sos gravy:

  • 1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bwg putih (dipotong dadu)
  • 2 sdb butter
  • 2 sdb tepung gandum @ jagung
  • 1 kiub ayam
  • 1sdb sos tiram
  • 1sdb kicap manis
  • Serbuk lada hitam dan sulah
  • 1/2 cawan air

Cara – cara memasak:

Kentang lenyek:

  1. Kentang direbus bersama air sehingga kentang tenggelam. Sebelum itu, cucukkan kentang itu supaya cepat empuk. Potong kecil supya cepat empuk, terpulang kepada anda.
  2. Rebus sehingga 20 minit, kemudian angkat dan toskan.
  3. Masukkan butter kedalam kentang dan lenyekkan.
  4. Masukkan oregano flakes, lada sulah dan lada hitam mengikut kepada citarasa anda.
  5. Tuangkan susu sedikit demi sedikit. (Nota: Fungsi susu adalah untuk melembutkan mashed potato)
  6. Lenyek sehingga sekata.
  7. Siap!

Sos gravy:

  1. Cairkan butter didalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkannya ianya caramelized.
  2. Masukkan tepung gandum dan tumis sehingga tepung kecoklatan.
  3. Apabila anda masukkan tepung, ianya akan menjadi pekat. Jadi, masukkan air dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan kiub ayam, sos tiram, kicap manis dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukupnya.
  5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
  6. Kacau sehingga rata dan tutup api.
  7. Sos ini akan berketul jadi kisarkan ia sehingga tidak berketul. (Nota: Pastikan anda kisar semasa suam dan bukannya semasa panas!)
  8. Masukkan dalam periuk sos tadi dan kacau semula.
  9. Siap!

Anda juga boleh asingkan kentang lenyek untuk bayi anda. Apabila kentang sudah dilenyek.

  1. Asingkan sedikit bahagian untuk bayi anda.
  2. Bahagian tersebut diletakkan sikit butter dan oregano.
  3. Untuk kuahnya, rebuskan isi ayam dan letakkan daun sawi.
  4. Kisarkan kentang lenyek tadi bersama air rebusan dan isi ayam tadi.
  5. Siap!

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan kongsikan resepi ini bersama yang tersayang. Semoga berjumpa lagi!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .