Mencari resepi churros yang sedap?

Churros ialah makanan ringan yang tular sejak kebelakangan ini. Siapa suka makan churros? Jom buat sama-sama. Resepi didatangkan daripada Hasmunierni Mohamad di laman Facebook.

Churros termasuk jenis donut, namun dengan bentuk yang panjang dan bergerigis. Dengan tekstur yang rangup di luar namun lembut di dalam. Churros ialah kudapan yang mengenyangkan. Kerana penyediaannya yang mudah, kudapan ini sesuai disajikan untuk keluarga.

Banyak restoran juga menghidangkan churros. Menariknya, churros boleh disediakan dalam pelbagai varian rasa dan topping.

Resepi Churros Viral

resepi churros

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 cawan air*,
  • 1 sudu besar mentega/margerin,
  • 1 sudu besar gula*,
  • 1 sudu teh esen vanila*,
  • Secubit garam*,
  • 1 cawan tepung gandum,
  • 1 biji telur.

Cara-cara :

  1. Satukan bahan-bahan bertanda * dalam kuali (boleh guna kuali non stick). Buka api dan kacau sampai gula larut dan mentega cair.
  2. Tutup api, masukkan tepung sedikit-sedikit sambil kacau dengan senduk.
  3. Teus balik-balikkan tepung hingga doh yang lembut terhasil. Kalau doh berketul, tiada masalah.
  4. Pukul telur sedikit dan tuang dalam doh. Uli doh. Jika doh masih panas, uli dengan senduk. Bila doh sudah sejuk sedikit dan boleh dipegang, uli dengan tangan sampai betul-betul sebati dan tidak ada lagi ketul-ketul tepung.
    Tips : Doh yang cantik adalah doh yang licin dan agak kenyal. Tidak melekat-melekat di tangan.
  5. Masukkan doh dalam piping bag. Guna star nozle dan paipkan ke atas dulang yang dialas baking paper (bertujuan supaya tidak melekat).

    churros

    Imej via facebook

  6. Sementara paipkan Churros, boleh panaskn kuali minyak.
  7. Goreng churros sehingga keemasan.
  8. Angkat dan sira dengan gula icing dan sedikit serbuk cinnamon. Lebih sedap kalau dip dalam sos coklat

Resepi Sos Coklat

  • 100 gram coklat masakan,
  • 1 sudu mentega (boleh guna 2 sudu minyak jagung),
  • *Cairkan secara double boil.

Tips :

  • Tepung satu cawan saja. Kalau berlebihan nanti churros jadi keras.
  • Masa masukkan tepung, kebanyakkan resepi suruh perlahankan api. Tapi baiknya tutup api masa itu. Ikut petua, Jangan uli tepung dengan air yang menggelegak. Ini untuk mendapatkan churros yang berkulit rangup dan kerangupan akan tahan lama.
  • Seelok-eloknya guna piping bag yang tebal. Kalau piping bag nipis takut pecah.
  • Guna star nozle untuk corak belimbing yang cantik. Kalau guna acuan semperit pun boleh. Saiz Churros ini agak-agak dalam 2 inci setiap satu.
  • Pada yang berkeahlian, boleh paip terus dalam minyak yang panas.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi churros, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.