Adakah sesiapa yang mencari resepi mee rebus? Kali ini kami akan berkongsikan resepi mee rebus Terengganu. Pasti anda menyukainya.

Resepi mee rebus Terenggangu lazat kali ini dikongsikan oleh Norashikin Ismail di laman Facebook. Resepi yang berbeza dengan mee biasanya, pada resepi ini menggunakan asam jawa dan tidak menggunakan keledek sama sekali.

Walaupun begitu, citarasa mee rebus ini tetap mengkekalkan rasa khas Terengganu. Mee rebus ini sedap dimakan apabila masih panas. Jangan letak mee dalam kuah jika ingin makan dalam masa yang lama, nanti mee jadi kembang.

Resepi Mee Rebus Terengganu

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Mee kuning 1 bungkus.
  • Ayam potong kecil, ingin guna seafood pun boleh.
  • Telur ( ikut suka berapa mahu).
  • Lada hitam 2 sudu kecil* (letak lebih lagi sedap).
  • Bawang merah 3 biji*.
  • Bawang putih 3 ulas* (tumbuk bahan *).
  • Air secukupnya.
  • Bahan perasa.
  • Air asam jawa sedikit. Supaya rasa masam-masam pedas, resepi asal tidak letak.
  • Sayur-sayuran : Kobis, sawi madu, tomato, lobak merah, cili besar.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, jika sudah naik bau,
  2. masukkan ayam @ seafood, sebatikan semua.
  3. Masukkan air, kena lebih sebab berkuah.
  4. Masukkan segala jenis sayur dan air asam jawa.
  5. Perasakan garam gula.
  6. Pecahkan telur sebiji-sebiji. Bagi masak telur, tidak perlu dikacau.
  7. Akhir sekali masukkan mee. Siap.

Nota :

  1. Makan panas-panas. Jangan biarkan lama nanti jadi kembang.
  2. Kalau makan lambat asingkan mee dengan kuah, celur mee sekejap.
  3. Makan dengan sedikit sos cili atau cili jeruk, perah asam limau sedikit.
  4. Makan dengan sambal kicap pun boleh.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi mee rebus terengganu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.