Jom cuba resepi mee kolok. Mee Kolok sangat digemari keluarga. Mungkin sebab rasa dia seakan-akan mee sup utara.

Mee kolok ialah mee yang popular di Sarawak. Biasanya dihidangkan bersama kuah sup dan cili kicap. Mee kolok terasa istimewa kerana ia menggunakan yee mee dan dicampur dengan hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu.

Hidangan ini sememangnya menyelerakan. Tanpa tunggu lama, kami hadirkan resepi mee kolok yang dibahagikan oleh Hidayah Syibly. Seronok makan mee kolok petang-petang.

Resepi Mee Kolok Sarawak

mee kolok

Imej via Facebook

Bahan-bahan Mee :

  • Mee kolok,
  • Cuka – jangan banyak nanti masam.
  • Sos ikan – jangan banyak nanti berbau tidak sedap.
  • Serbuk lada putih,
  • Minyak bawang putih,
  • Sos tiram,
  • Kicap.

Cara Menyediakan Mee :

  1. Celur mee kolok dalam air mendidih sekejap, bilaskan dalam air sejuk.
  2. Masukkan semula dalam air mendidih dan toskan.
  3. Campurkan cuka, sos ikan, serbuk lada putih, minyak bawang putih, sos tiram dan kicap hingga sebati kemudian gaulkan dengan mee yang telah dicelur. Ketepikan dalam satu bekas.

    mee kolok

    Imej via Facebook

Bahan-bahan Sup :

  • Daging lembu setengah kilo,
  • Serbuk lada hitam,
  • Kiub pati lembu 2/3 kiub,
  • Rempah kasar 4 beradik (cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga) – sedikit saja supaya rasa rempah tidak menguasai rasa sup.
  • Sup bunjut (optional),
  • Bahan perasa,
  • Garam dan gula,
  • Halia diketuk.

Cara Menyediakan Sup  :

  1. Rebus daging hingga empuk.
  2. Setelah daging empuk, masukkan cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, sup bunjut dan halia.
  3. Akhir sekali masukkan bahan perasa, garam dan sedikit gula, tutup api.
  4. Keluarkan daging, ketepikan.

Cara Menyediakan daging :

  1. Daging yang telah dikeluarkan dari sup tadi, dipotong nipis-nipis.
  2. Gaulkan daging dengan kicap, garam dan serbuk lada hitam.
  3. Masukkan sedikit minyak bawang putih ke dalam kuali dan goreng hirisan daging sekejap. Tidak mahu kering dan keras sangat, nanti liat dan tidak sedap. Jika gorengan terkering, masukkan sedikit sup tadi dan goreng seketika.
  4. Ketepikan daging yang telah digoreng. Daging ini sebahagian daripada bahan bahan tabur atas mee kolok.

Bahan Cili Kicap :

  • Cili padi,
  • Bawang putih,
  • Perahan jus limau,
  • Kicap,
  • Sedikit garam jika menggunakan kicap manis,
  • Blend semua bahan di atas, ketepikan dalam satu mangkuk.

Bahan-bahan tabur di atas mee kolok :

  • Taugeh,
  • Sawi celur,
  • Fish cake (optional),
  • Bawang goreng,
  • Hirisan daging (rujuk di atas),
  • Hirisan daun sup dan daun bawang,
  • Tomato hiris.

    mee kolok

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi mee kolok, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.