Selalunya, kita akan menghidangkan sesuatu yang ringkas untuk pencuci mulut. Namun, jika anda inginkan kelainan, anda boleh cuba resepi puding jagung cincau yang sudah semestinya mempunyai keunikannya sendiri.

Tahukah anda, sebenarnya, puding jagung cincau ini amat mudah untuk dibuat. Walaupun ianya nampak seperti rumit akan tetapi sekiranya anda mengikuti langkah – langkah ini, pastinya ia akan menjadi mudah.

Resepi yang akan kami kongsikan ini telah dikongsikan terlebih dahulu oleh Hamidah HA dan semestinya telah mendapat banyak komen positif. Jadi jom kita tengok!

Resepi Puding Jagung Cincau

puding jagung

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 12 gram agar – agar tali
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin jagung krim
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar bes berperisa jagung
  • Sedikit cincau
  • Sedikit gula batu
  • Secubit garam
    puding jagung

    image via Facebook

     

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan jagung krim dengan 1/2 cawan air. Ketepikan.
  2. Potong cincau kecil kecil dan ketepikan.
  3. Bersihkan agar – agar tali. Masak agar – agar dengan 3 cawan air hingga semua agar – agar larut.
  4. Masukkan gula pasir & gula batu. Kacau hingga gula pasir & gula batu larut.
  5. Masukkan susu cair, susu pekat, bes perisa jagung, jagung krim yang telah dikisar dan secubit garam. Kacau sehingga mendidih.
  6. Basahkan loyang/acuan. Masukkan sedikit cincau yang telah dipotong kecil tadi. Baki cincau simpan dahulu.
  7. Tuang semua agar – agar ke dalam loyang/acuan tadi.
  8. Agak – agak dalam 10 – 15 minit, letak lagi sedikit cincau. Tekan – tekan sedikit cincau ke dalam agar – agar.
  9. Dalam 10 – 15 minit kemudian, letak lagi cincau ke atas agar – agar sehingga habis.
  10. Tekan – tekan sedikit supaya cincau tenggelam ke dalam agar – agar. Sejukkan.
  11. Apabila puding telah sejuk, simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 3 jam.
  12. Keluarkan loyang/acuan tadi dari peti sejuk. Keluarkan puding dari loyang/acuan.
  13. Potong ikut suka.
  14. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Di sini terdapat pelbagai lagi resepi yang menarik, mudah dan dijamin menjadi. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan dan yang tersayang ya!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.