Menantikan resepi pau cendawan? Kali ini kami tunaikan permintaan resepi pau cendawan sedap dan mudah.

Rupa macam cendawan tapi isi pau. Rupanya ramai lagi yang tidak tahu resepi langkah demi langkah untuk membuat pau cendawan gebu dan sedap. Ianya tidak sukar sebenarnya. Boleh sahaja buat di rumah dengan versi lebih banyak.

Oleh itu, resepi pau cendawan daripada Khaled M. A. Abdul-jawad di laman Facebook dapat ditiru dan dicubakan di rumah. Resepi ini menghasilkan pau yang lembut dan gebu.

Corak cendawan diperbuat menggunakan serbuk koko cair. Macam menarik bukan? Jom buat resepinya.

Resepi Pau Cendawan Gebu

pau cendawan

Imej via Facebook

Bahan Doh :

  • 1 sudu yis,
  • 1 sudu shortening (lemak sayur),
  • ½ sudu pelembut roti,
  • 2 sudu gula ,
  • Secubit garam,
  • 1 cawan air.

Cara-cara :

  1. Gaulkan semua bahan di atas dan rehatkan sampai berbuih.
  2. Selepas itu masukkan 3 cawan tepung gandum atau tepung khas untuk pau sehingga menjadi doh. Rehatkan sekejap sebelum gentel bulat.

Bahan Inti :

  • Isi ayam cincang,
  • Bawang putih,
  • Bawang holand,
  • Kentang potong dadu,
  • Cendawan tin hiris nipis,
  • Sedikit minyak,
  • Chicken stok.

Cara-cara :

  1. Tumiskan bawang putih sampai kekuningan.
  2. Masukkan isi ayam, bawang holand, kentang, air.
  3. Kemudian masukkan gula, garam dan chicken stok.
  4. Akhir sekali masukkan cendawan dan masak sampai kering.

Bahan Corak Cendawan :

  • 2 sudu serbuk koko,
  • 2 sudu tepung beras,
  • Sedikit air.

Cara-cara :

  1. Campur semua sehingga pekat macam susu pekat.
  2. Gentelkan doh pau jadi bulat dan masukkan inti.
  3. Kemudian guna berus untuk sapukan corak di atas doh tadi.

    pau cendawan

    Imej via Facebook

  4. Rehatkan sekejap biar doh mengembangd dan merekah dahulu baru kukus.

    pau cendawan

    Imej via Facebook

  5. Jika sudah merekah, barulah boleh kukus dalam 20 minit.
  6. Ini batang cendawan dikukus sekali. Jika sudah agak masak baru sambung cendawan dengan batang kemudian kukus balik dalam 5 minit.

    pau cendawan

    Imej via Facebook

  7. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pau cendawan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.