Teringin makan ikan pari bakar untuk makan malam ini? Kali ini kami akan berkongsikan resepi ikan pari bakar sambal yang sedap dan mudah dibuat. Sesuai sangat untuk menu makan tengahari mahupun malam.

Ikan pari bakar menggunakan pes sambal yang power ala Marina Ismail yang berkongsikan resepi di laman Facebook. Resepi sambal yang menjadikan ikan pari bakar ini sekelas restoran mahal. Makan pula dengan sambal kicap cili api dan nasi panas. Pergh pengsan saking sedapnya. Berpeluh-peluh!

Anda boleh cubakan resepi ini di rumah. Hidangkan untuk suami, ayah, ibu dan anak. Serius anda tidak akan menyesal.

Jangan lupa kalau beli ikan pari, pastikan ikannya segar. Sebab kalau tidak nanti akan rosakkan rasa masakan. Selamat mencuba.

Resepi Ikan Pari Bakar Bersambal

ikan pari bakar

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 potong isi ikan pari sederhana besar dilumur garam,
  • 4 biji bawang merah dikisar,
  • 3 biji bawang putih dikisar,
  • ½ inci lengkuas,
  • 3 batang serai dikisar,
  • 3 sudu besar cili kering kisar,
  • Sedikit air asam jawa,
  • Gula melaka,
  • Garam bukit,
  • 4 helai daun limau purut dihiris halus,
  • Daun pisang atau daun kunyit.

Cara-cara :

  1. Bersihkan ikan pari dengan limau nipis dan garam. Perapkan sekejap untuk bagi hilang hanyir.
  2. Blend cili kering kisar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, dan air asam jawa.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar tadi sampai naik minyak.
  4. Gaul rata, masukkan gula merah dan garam secukup rasa.
  5. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.
  6. Alas ikan dengan daun pisang atau daun kunyit di atas aluminium foil. Letak ikan kemudian letak sambal ke atas dan seluruh ikan.
  7. Akhir sekali tabur daun limau purut yang dihiris halus.

    ikan pari bakar

    Imej via facebook

  8. Kemudian bakar ikan sampai masak. Boleh bakar menggunakan magic pan, senang dan cepat. Masak lebih kurang dalam 30 minit dalam magic pan.

    ikan pari bakar

    Imej via Facebook

  9. Siap, sedia untuk dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Pendapat kami kalau sambalnya berpetai  pasti lagi sedap.

Selain resepi ikan pari bakar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.