Ramai peminat mee di sini? Artikel kali ini adalah tentang koleksi resepi mee yang enak untuk dicuba.

Untuk sebahagian orang, menu makanan mee boleh menjadi pilihan ketika tiada selera untuk makan nasi. Kadang-kala, nafsu makan boleh bertambah jika makan mee.

15 resepi mee dibawah ini patut anda cuba. Menjamu selera dengan resepi mee ala kedai yang sedap. Hidangan ini boleh dijadikan hidangan untuk kendara-kenduri dan pelbagai majlis lain. Mee sedap makan panas-panas, berpeluh satu badan meleleh air hidung.

Tanpa buang masa, jom tengok dan simpan resepi ini. Masak mee untuk satu keluarga dengan resepi yang viral dan famous. Selamat menjamu selera.

Mee Goreng Basah

Makan mee goreng basah pada waktu petang mahupun sarapan memang menyelerakan. Suhasnida Ismail berkongsikan resepi yang sedap. Menurutnya, jika mahu mee goreng basah yang sedap perlu menggunakan sos mencukupi, tidak kedekut bahan, menggunakan bawang putih yang banyak dan ditumbuk serta masukkan sedikit cuka makan. Pasti tak menyesal jika mencubanya!

Bahan-bahan:

  • 1 peket mee kuning
  • Minyak untuk menumis
  • 8 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 tbsp cili kering kisar
  • Ayam cincang
  • Udang
  • Daging
  • Telur
  • Sawi
  • Tomato
  • Sos dan perasa
  • 5 tbsp sos cili
  • 1tbsp sos tomato
  • 2tbsp sos tiram
  • 1tbsp kicap manis
  • 2tbsp kicap pekat
  • 1tbsp sos ikan
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1tbsp gula atau secukup rasa
  • 1/2tsp ajinomoto jika suka
  • 1/2 cawan air

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih.
  2. Masukkan bawang holland dan cili kering kisar.
  3. Masukkan lauk pauk dan tumis lagi.
  4. Letak sedikit air dan semua sos.
  5. Udang masuk kemudian pun takpa.
  6. Pecahkan telur dan masukkan mee.
  7. Masukkan sayur dan kacau sebati. Siap.

Mee Goreng Mamak

Teringin makan mee goreng mamak tetapi malas untuk keluar? Buat sahaja di rumah pasti lebih jimat dan boleh masak mengikut kuantiti yang diingini. Harun’lin Malik berkongsikan resepi mee goreng mamak pasti sedap.

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mee kuning
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 4 ulas bawang putih (cincang)
  • 1/2 mangkuk isi ayam
  • 2 sudu besar cili boh
  • 5 tauhu kering
  • 1/2 biji karot
  • 1/2 mangkuk sayur
  • 5 biji cherry tomato
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Sos: 3 sudu besar kicap manis, 1 sudu besar sos cili dan 1 sudu besar sos tiram

Cara-cara:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.

2. Masukkan cili boh dan masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan isi ayam, tauhu dan karot kacau sehingga masak.

4. Masukkan semua bahan sos, garam dan sedikit air.

5. Masukkan mee, sayur dan telur kacau sebati.

Rojak Mee Mamak

Nampak sahaja rumit tapi sebenarnya proses penyediaan sangat mudah kerana kebanyakan bahan hanya perlu dipotong atau dicelur kecuali untuk menyediakan kuah dan cucur. Menu ini pasti sedap jika dimakan bersama keluarga pada waktu petang. Untuk membuat kuah, ia menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama. Ikuti resepi yang dikongsikan oleh Shah Shatry.

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 4 biji ubi keledek di rebus kemudian di blend dengan sedikit air
  • 4 sudu besar kacang tanah kisar
  • 2 keping gula kerek/ nisan (gula merah pun boleh)
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Air secukupnya

Bahan kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 15 biji cili kering
  • 1 inci belacan
  • ½ cawan udang kering

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Apabila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula kerek.
  3. Kemudian masukkan ubi keledek yang di kisar tadi beserta kacang tanah kisar.
  4. Masukkan air.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Siap.

Bahan-Bahan Untuk Kuih:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis
  • Taugeh
  • Kucai
  • Garam & gula
  • Air secukupnya

Cara-caranya:

  1. Masukkan ke semua bahan di dalam bekas besar kecuali air. Gaul sebati.
  2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga dapat adunan yang sesuai (tak cair dan tak pekat).
  3. Perap adunan selama 1 jam, kemudian boleh la menggoreng.
  4. Apabila sudah siap, hiris atau gunting kecil-kecil untuk di makan bersama dengan rojak mee nanti.

Bahan-bahan Sampingan:

  • 1 bungkus mee kuning yang di celur
  • 1 batang timun di hiris kecil
  • 1 biji sedang ubi sengkuang
  • Fish ball secukupnya (di goreng)
  • Fish cake secukupnya (di goreng)
  • Tauhu secukupnya (di goreng)
  • Telur rebus
  • Taugeh yang di celur
  • Ubi kentang di rebus kemudian potong dadu
  • Cucur di potong kecil
  • Cili besar di potong serong
  • Limau nipis
  • Daun bawang di potong kecil

Cara-cara Nak Menghidangkannya :

  1. Masukkan mee di dalam mangkuk.
  2. Masukkan bahan-bahan sampingan.
  3. Masukkan kuah kemudian kacau.
  4. Sedia untuk dimakan.

Mee Kolok

Merupakan salah satu makanan popular di Sarawak, mee kolok menjadi menu yang pasti dicari pelancong yang ke negeri ini. Mee kolok tidak menggunakan mee biasa tetapi menggunakan mee yang sedikit halus. Nak rasa mee original Sarawak? Ikuti resepi dari Fatyn Nur Syahira khas untuk hidangan 4 orang.

Bahan untuk mee:

  • Mee kolok
  • Kicap manis
  • Kicap pekat ABC
  • Minyak masak
  • Bawang merah
  • Bahan untuk sup dan hiasan:
  • Sup bunjut
  • Daging
  • Taugeh
  • Daun sup
  • Cili merah besar

Bahan untuk cili kicap:

  • Cili padi
  • Bawang putih

Cara memasak:

  1. Celur mee sampai lembut. Angkat dan toskan. Apabila sudah kering air, letak dalam mangkuk besar.
  2. Goreng bawang merah sehingga garing. Tuangkan kicap kipas udang dan kicap mudim ke dalam mee tadi. Kicap agak-agak biar hitam mee. Gaul sebati dan ketepikan dulu.
  3. Rebus daging dengan sup bunjut sampai empuk. Perasakan garam dengan serbuk cukup rasa sesedap tekak kita. Nanti toskan daging dan potong.
  4. Kisar cili padi 10 biji dan bawang putih 5 biji. Panaskan periuk, letak minyak dalam 3 sudu kemudian tumis sampai masak.
  5. Tuang kicap dalam 7 sudu sampai agak gelap.
  6. Perasakan garam dengan gula secukup rasa tekak juga. Saya suka lebihkan gula baru kick. Ok siap untuk cili kicap.
  7. Masukkan mee yang sudah siap tadi dalam mangkuk. Letak hirisan daging, daun sup, taugeh celur, cili besar dengan cili kicap.
  8. Siap untuk dihidang.

Resepi Mee Bandung Muar

mee bandung
Imej via Facebook

Rupanya ramai yang nak resepi ini. Tapi resepi ini main agak-agak sahaja maklum la resepi orang dulu-dulu. Kalau nak manis bubuh lebih gula, dan kalau nak masin bubuh lebih garam ikut citarasa masing-masing. Resepi yang dikongsikan oleh ‎Zai Nasir di laman Facebook ini memikat hati pecinta mee khususnya. Jom tengok resepinya.

Bahan Pes :

  • Cili kering dalam 4-5 genggam blend dengan gula (agak banyak tau),
  • Blend udang kering dalam ½ kg
  • Bawang putih 2 labu

Cara-cara :

  1. Tumiskan bawang putih.
  2. Masukkan cili kering tadi. Biarkan sekejap.
  3. Lepas itu masukkan udang kering tadi, tumis sampai hilang buih/masak.
  4. Kalau nak sedap dan cantik merah dia, renehkan dalam 2-3 jam.
    *Nota : Buat pes banyak-banyak, simpan dalam fridge. Boleh tahan sampai berbulan. Boleh masak mee bandung berkali-kali.

Bahan Stock :

  • Daging/Tulang
  • Bawang putih dan bawang merah, rincih.
  • Garam
  • Rebus sampai empuk

Cara-cara :

  1. Untuk 1-2 pinggan,
  2. Udang/Sotong – ikut suka.
  3. Bawag putih 4 ulas, ketuk
  4. Sawi segenggam
  5. Telur 3 biji
  6. Mee

Cara Memasak Mee :

  1. Tumis bawang putih kemudian masukkan udang/sotong.
  2. Kemudian masukkan sawi.
  3. Lepas itu, ambil dalam 3 senduk pes tadi.
  4. Masukkan stok daging tadi dan daging sekali dalam 2 cawan air lebih kurang. Biar mendidih.
  5. Seterusnya masukkan mee dan masukkan telur sebiji-sebiji. Jangan bagi pecah.
  6. Diidihkan sekejap sampai telur masak.
  7. Siap.

Resepi Mee Kuah Tulang

mee kua tulang
Imej via Facebook

Resepi mee kesukaan keluarga. Resepi ini boleh jadi referensi untuk anda yang ingin makan mee berkuah. Nikmatnya makan mee dan menghisap tulang-tulang dengan kuah yang sedap. Resepi daripada AizaSuzila ShahrulNizam‎ di laman Facebook ini mampu mencecah beribu perkongsian.

Bahan-bahan :

  • 1 kg tulang
  • Rempah 5 sekawan (biji ketumbar, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga)
  • Sup bunjut
  • Garam sedikit
  • Serai 2 batang
  • Halia 2 inci
  • Bawang Holland sebiji
  • Bawang putih 3-4 ulas
  • Bawang merah 4-5 biji
  • 4 sudu cili kisar
  • Sos cili
  • Sos Tomato
  • Kentang
  • Carrot

Cara-cara :

  1. Bersihkan tulang.
  2. Kemudian rebus dalam periuk bersama rempah 5 sekawan, sup bunjut, garam, serai, halia, bawang holland dan bawang putih 3-4 ulas.
  3. Rebus sampai empuk tulang. (Penulis guna rice cooker dalam 3-4 jam).
  4. Dalam periuk lain, Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih 3-4 ulas yang telah dimayang halus.
  5. Masukkan 4 sudu cili kisar, kacau sampai pecah minyak.
  6. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan kacau rata.
  7. Masukkan tulang yang direbus tadi dengan air sekali, kacau lagi.
  8. Ambil kentang 4 biji, potong baji, goreng sekejap.
  9. Kalau sudah masak dan lembut, blend dengan air sedikit kentang tadi.
  10. Sudah siap blend masukkan kentang dalam kuah untuk bagi pekat, nak guna keledek pun boleh.
  11. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  12. Letak potongan kentang, carrot dan tomato.
  13. Bubuh kicap sedikit nak bagi kuah gelap sedikit.
  14. Kacau rata.

Bahan Atas Meja :

  • Mee kuning sepeket yang sudah dicelur dan tos.
  • Sayur sawi, taugeh dicelur juga dan tos.
  • Telur direbus.
  • Fish cake + fish ball dipotong dan goreng sekejap, toskan.
  • Hirisan limau nipis dan cili besar.
  • Hirisan daun sup dan bawang goreng.
  • Sedia dihidang.

Resepi Mee Champa

mee champa
Imej via Facebook

Resepi ini kena pakai sotong kering, kalau tak ada tak kick lah kuah sup ini. Bone broth bagus untuk kesihatan kita. Rebus tulang dan daging lembu agak lama untuk mendapatkan bone broth. Sup ini sangatlah sedap jika makan panas-panas. Sila tengok resepi yang dikongsikan oleh Tahrunnisah Jali‎ di Facebook. Sekali cuba mesti nak lagi

Bahan Kuah :

  • 1½ – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth
  • 3 liter air
  • 4 biji bawang holand* potong 4
  • 3 biji bawang besar * potong 4
  • 2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
  • Seekor sotong kering sebesar tapak tangan*
  • Daun ketumbar seikat
  • Daun bawang
  • 2 batang kulit kayu manis*
  • 4 biji bunga lawang*
  • 1/2 cawan sos ikan
  • Gula
  • Garam
  • Perasa jika suka
  • Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
  • 3 kiub stok perisa daging

Cara-cara :

  1. Caranya didihkan air rebusan, kemudian masukkan daging dan tulang dalam 30 minit hingga 1 jam.
  2. Buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.
  3. Kemudian rebus kembali tulang serta daging dengan air yang baru selama 30 minit.
  4. Selepas mendidih lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh buang lagi airnya.
  5. Masukkan lagi air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi.
  6. Kali ini rebus sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam.
  7. Sementara tunggu daging empuk. Anda boleh bakar dahulu bawang holland, bawang merah besar, lengkuas, sotong kering, kayu manis dan cengkih.
  8. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang kita bakar tadi. Sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah, kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang.
  9. Rebuslah dengan api perlahan.
  10. Masa ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee, kena tapis kuah guna penapis supaya bawang-bawang dan segala rempah tak masuk dalam mangkuk mee.

Sambal Lada :

  • 4 biji lada merah (besar)*
  • 20-30 biji cili api*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 sudu besar cuka
  • Sedikit garam
  • Rebus sehingga layu bahan-bahan bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam.

Minyak Bawang Putih

  • 3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
  • 1 cawan minyak jagung
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api.

Aksesori Lain

  • Kuey teow, mihun, mee champa
  • daun ketumbar, daun sup, daun bawang
  • Limau nipis
  • Hirisan daging
  • Minyak bawang putih
  • Lobak asin yang dipotong halus
  • Sambal lada
  • Tauge
  • Kicap
  • Serbuk lada sulah/lada hitam
  • Gula (tambahan jika suka manis)
  • Sos ikan jika perlu

Nota :
Masa nak makan boleh taruh kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis. Bahan tambahan ini lah penyedap mee sup.

Resepi Mee Kicap @ Mee Wantan

mee masak kicap
Imej via Facebook

Resepi mee kicap yang marbeles daripada Puan Jue ini patut anda cuba. Resepi mee kicap@mee wantan yang sangat membangitkan selera. Jom cuba resepinya.‎ 

Bahan-bahan :

  • Mee wantan, penulis guna mee kering,
  • Bawang putih tumbuk halus,
  • Lada sulah,
  • Sos tiram,
  • Minyak bijan,
  • Kicap pekat,
  • Garam / Gula,
  • Tepung jagung,
  • Mee kering dan sayur sawi celor sekejap,
  • Ayam diperap dengan kicap masin, kicap manis dan lada sulah. Kemudian goreng,
  • Daun bawang sebagai hiasan.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan dan titiskan sedikit minyak bijan, air, sos tiram, lada sulah dan kicap pekat.
  2. Kemudian perasakan garam, gula dan secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan tepung jagung, kuahnya biar agak-agak pekat ya.
  4. Masak sehingga kuah menidih. Padam api.

Cara Penyediaan :

  1. Mee yang telah ditos tadi masukkan dalam bekas.
  2. Gaul-gaulkan dengan sedikit kuah kicap. kemudian tuang dalam mangkuk.
  3. Lepas itu ayam yang digoreng tadi dihiris nipis susun di atas mee bersama sayur.
  4. Akhir sekali tuang sedikit kuah kicap tadi, hias sedikit daun bawang siap.

Resepi Mee Kari Marbeless

mee kari
Imej via Facebook

Mee kari berhantu, sekali makan mesti nak lagi. Mee kari sedap berlemak, sedap dimakan petang-petang. Hidangan untuk kendara-kenduri sangat sesuai. Resepi mee kari yang amat sedap daripada Miya Aira di laman Facebook. Sila cuba resepinya.

Bahan A :

  • 7 ulas bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih *
  • Halia sebesar ibu jari *
  • 15 tangkai cili kering (rebus dahulu) *
  • 2 sudu besar ikan bilis (tips penyedap) *
  • Satu batang serai (ketuk)
  • Dua pelepah daun kari
  • 5 sudu besar serbuk kari ayam
  • 2 sudu besar kari ikan
  • 2 kotak kecil santan kara
  • Sebijik kentang (potong dadu)
  • ½ gula melaka
  • Sekeping asam keping
  • Kacang panjang potong mancis (jika suka)

Tips Penyedap :

Step pertama rebus kepala udang dan kulit udang. Blend hingga halus menggunakna air rebusan tadi. Selepas hancur, jangan lupa tapiskan bhan kisar stock udang tai.

Bahan C :

  • Isi ayam
  • Fishcake
  • Fishball
  • kerang
  • Udang
  • Tauhu
    Nota : Nak taruh banyak mana ikut suka anda.

Bahan D :

  • Mee kuning (basuh bersih dan celur dalam air panas sekejap)
  • Taugeh (celur dalam air panas mendidih sekejap sahaja)
  • Telur rebus
  • Cili merah besar (hiri serong)
  • Daun sup (jika suka)
  • Daun bawang (jika suka)
  • Bawang goreng (jika suka)

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dalam 7 sudu besar atau lebih sedikit pun tak apa. Tumis serai dan daun kari hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan A, tumis hingga bahan kisar pecah minyak.
  3. Masukkan rempah kari ayam dan ikan, tambah sedikit air. Masak hingga remoah kari betul-betul pecah minyak. Sentiasa kacau supaya rempah tak hangit. Guna api slow. Step ini penting ya.
  4. Selepas rempah sudah pecah minyak, masukkan isi ayam, gaul sekata dengan rempah sebentar.
  5. Seterusnya masukkan semua air stock udang yang dikisar tadi. (Ini tips mee kari jadi sedap).
  6. Masak hingga mendidih. Masukkan santan dua kotak kecil. Sentiasa kacau, masukkan kentang.
  7. Masukkan asam keping, kacang panjang, tambah air ikut kepekatan yang anda asuka. masa ini boleh masukkan ½ keping gula melaka, sedikit gula putih, garam, serbuk perasa.
  8. Masukkan fishcake, fishball, kerang, udang. Sentiasa kacau hingga mendidih. Apabila semua suda sebati tutup api.
  9. Hidang bersama bahan D.

Resepi Mee Sup Siam

mee sup siam
Imej via Facebook

Nur Ramizah di laman Facebook berkongsi resepi masak mee/bihun sup siam yang menjadi dan yang penting sedap. Resepi ini untuk keluarga 5-6 orang makan.

Bahan Kuah Sup Siam :

  • Dada ayam 4 ketul,
  • Kaki ayam setengah kilo,
  • 2 inci halia,
  • 2 batang serai,
  • 1 inci lengkuas,
  • Sos tiram,
  • Kicap sotong yang siam,
  • Kicap,
  • Kiub pati ayam 2 ketul,
  • Kiub pati ikan bilis 1 ketul,
  • Daun ketumbar,
  • 2 biji bawang besar,
  • 3 biji bawang putih,

Cara-cara :

  1. Rebus ayam bersama akar ketumbar dan daun ketumbar, kiub ayam dan ikan bilis.
  2. Masukkan halia, serai, lengkuas yang dititik.
  3. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan kicap.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa.
  5. Rebus sehingga empuk.
  6. Tumis berasingan bawang besar, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga.
  7. Masukkan kesemua bahan yang ditumis garing ke dalam periuk sup dan masak dalam 5 minit baru tutup api.

Bahan Untuk Menghidang :

  1. Fish ball, fish cake dan sayur kangkung dicelur.
  2. Tauge ikut suka ingin mentah atau celur.
  3. Mee/bihun dicelur secukupnya.
  4. Potong cili hijau dicampur dengan sos sotong dan sedikit cuka.
  5. Kacang digoreng tanpa minyak di buang kulit dan di kisar halus.
  6. Cili melaka segenggam, 2 biji bawang putih dan sedikit cuka dikisar halus.
  7. Cili kering kisar.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Mee Hailam

mee hailam
Imej via Facebook

Mee hailam versi Khairul Irwan yang dikongsikan di Facebook ini patut anda cuba. Rasanya sama macam restaurant punya.

Bahan-bahan :

  • ½ kg mee kuning,
  • Isi ayam,
  • Udang @ sotong,
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk,
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk,
  • 1 sudu besar cili kering kisar,
  • 1 ikat sawi hijau,
  • Bunga kobis,
  • ½ batang lobak merah,
  • 1 bungkus baby corn,
  • 2 tangkai daun sup dan bawang,
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh air,
  • Sos cili,
  • Sos tomato ,
  • Sos tiram,
  • Kicap manis.

Cara-cara :

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering kisar dan kacau rata sehingga benar-benar masak.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis. Kacau rata.
  4. Masukkan ayam, udang@sotong dan tunggu sehingga masak.
  5. Masukkan garam/gula sesuai citarasa.
  6. Masukkan sayur-sayuran .
  7. Masukkan mee kuning dan kacau rata.
  8. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan tomat dan kacau rata.
  9. Matikan api dan tabur daun bawang/sup/bawang goreng.
  10. Siap.

Resepi Mee Udang Kuah Pekat

mee udang
Imej via Facebook

Siapa yang mahu cuba mee udang mabeles? Resepi sedap daripada Siti Aisyah di laman Facebook. Resepi mudah dan enak patut cuba.

Bahan-bahan :

  • Mee kuning secukupnya,
  • Udang secukupnya,
  • Kepala udang (direbus untuk dijadikan stok),
  • *cili kering segenggam (ikut selera pedas masing-masing),
  • *bawang putih 3 ulas,
  • *halia sedikit,
  • *bawang merah 7-8 biji,
  • *tomyam paste sesudu besar,
  • *udang kering 2 paket (paket RM 1)
  • Sebiji kentang,
  • Sebiji keledek (saiz sederhana besar).

Bahan Hiasan :

  • Daun bawang,
  • Bawang goreng,
  • Cili merah dan hijau,
  • Telur rebus,
  • Limau nipis/kasturi.

Cara-cara penyediaan :

  1. Rebus kepala udang, dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang. Ketepikan.
  2. Rebus kentang dan keledek, blend halus dan ketepikan.
  3. Kisar semua bahan bertanda *, tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan stok udang dan masak lagi hingga mendidih.
  5. Tambah garam sedikit, gula sedikit, aji sedikit.
  6. Masukkan keledek dan kentang yang diblend tadi. Tambah air jika perlu.
  7. Jika sudah mendidih baru masukkan udang.
  8. Perasakan dengan garam.
  9. Siap.

Resepi Mee Sizzling

mee sizzling
Imej via Facebook

Siapa suka makan mee sizzling? Kalau makan di luar mesti tidak puas sebab ayam sedikit, cendawan sedikit bahkan sayur sedikit. Masak sendiri barulah puas makan. Resepi daripada Anna Rozza‎ di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 6 keping halia (dihiris nipis),
  • 7 ulas bawang putih (dihiris),
  • 7 tangkai cili kering digunting kasar (1 tangkai gunting 3 bahagian),
  • 6 ketul ayam dipotong kecil,
  • Dry mashrooms 1 paket potong kasar (1 biji potong 4 bahagian) rendam dalam air panas selama 1 jam,
  • 6 sudu besar sos tiram,
  • 8 sudu besar kicap soya pekat lemak manis (brand ladas),
  • 6 sudu besar kicap lemak manis (brand kipas udang),
  • 1 sudu minyak bijan,
  • Sedikit serbuk lada hitam,
  • Sedikit gula,
  • 4 sudu besar tepung jagung yang dibancuh dengan air biasa jangan air panas.
  • Yee mee dicelur,
  • Sayur sawi dicelur sekejap sahaja,
  • Telur digoreng separuh masak,
  • Cabai potong (letak sos ikan dan sedikit kicap kipas udang),

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih, halia, cili kering sampai wangi.
  2. Masukkan ayam dan goreng sebentar sehingga ayam agak masak dan empuk.
  3. Masukkan 6 cawan air (kalau mahu kuah banyak boleh tambahkan air),
  4. Masukkan cendawan.
  5. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap lemak manis, minyak bijan dan serbuk lada hitam.
  6. Biarkan mendidih dan jika ayam sudah masak, masukkan sedikit gula.
  7. Setelah masak masukkan air tepung jagung dan siap.

Resepi Mee Rebus

mee rebus
Imej via Facebook

Resepi yang selalu dipakai untuk berniaga mee rebus. Resepi dikongsikan oleh Roziana Jalani di laman Facebook. Serius sedap.

Bahan-bahan :

  • Keledek oren, ubi kentang direbus sampai lembut dan blender,
  • Daging tetel direbus sampai lembut. Air rebusan boleh guna lagi,
  • Udang yang halus-halus direbus, blender dan tapis,
  • Cili dimesin sedikit,
  • Kacang tanah sangai dan blender halus,
  • Bawang besar 3 biji dan seulas bawang putih racik,
  • Udang keris ditumbuk.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang sampai garing dan masukkan cili mesin.
  2. Jika cili sudah garing dan bahan tumbuk sudah kering, curahkan kacang tanah yang sudah diblend halus dan kacau-kacau.
  3. Masukkan udang yang diblend tadi.
  4. Masukkan keledek dan kentang yang sudah diblend.
  5. Tambah sedikit air.
  6. Masukkan air rebusan daging dan daging tetel tadi.
  7. Letak gula dan garam.
  8. Letak sedikit sos tomato.
  9. Kuah mahu pekat sedikit boleh campurkan dengan tepung jagung sedikit (yang ini terpulang).
  10. Masak sampai mendidih dan rasa sudah pas.
  11. Siap.

Resepi Mee Celup

mee celup
Imej via Facebook

Selepas tahu resepi ini mesti anda mahu masak mee celup hari-hari. Kadang susah jumpa kedai mee celup kan. Baik masak mee celup homemade saja di rumah. Resepi daripada Mar Immar di laman Facebook. Puas hati makan, boleh letak lauk banyak.

Bahan-bahan :

  • Mee kuning (celur sekejap untuk hilangkan rasa kapur),
  • Bihun (celur sampai lembut. Sejat air),
  • Kuey teow (basuh,sejatkan),
  • Mee maggi.

Bahan Kuah Sup :

  • Air
  • Ayam bahagian kepak dan peha (kaki, leher bagi yang suka) letak seketul. Nanti kalau sudah masak, mahu makan baru ketuk-ketuk,
  • Isi ayam bahagian dada (potong kecil),
  • Halia 2 inci (mayang),
  • Bawang putih 2 ulas (mayang),
  • Bawang merah 3 ulas (mayang),
  • Serai 1 batang (ketuk),
  • Daun limau purut 1 helai (jangan banyak, nanti mensajajas rasa sup),
  • Akar daun sup (basuh berasaih-berasaih),
  • Rempah 4 sekawan,
  • Sup bunjut,
  • Kicap manis (agak-agak kuah jadi hitam sedikit),
  • Garam (secukup rasa),
  • Gula (secukup rasa).

Cara-cara :

  1. Tumis 4 sekawan, hirisan bawang dan halia sampai naik bau.
  2. Masukkan air.
  3. Masukkan ayam.
  4. Masukkan sup bunjut, serai, daun limau purut dan akar daun sup.
  5. Masukkan kicap.
  6. Perasakan dengan garam dan gula. *boleh masukkan sedikit cuka untuk rasa masam.
  7. Kuah biarkan menggelegak lama.
  8. Pastikan masin, manis dan masam sedikit baru ummph.

Aksesori :

  • Bawang goreng,
  • Sambal kicap (tumbuk cili api, gaul dengan kicap manis. Simple tapi sedap).
  • Lada jeruk (cuka, lada besar hijau siam, garam, gula).
  • Lobak asin jeruk (beli).
  • Kacang tanah tumbuk (beli).
  • Serbuk lada sulah thai (beli).
  • Serbuk cili thai (beli).
  • Boleh tambah minyak bawang putih jika ada.
  • Sayur.
  • Daun sup dan daun bawang.
  • Cili padi potong.
  • Hirisan limau nipis.
  • Kubis (potong halus ) @ Kangkung (potong halus).

Cara Menghidang :

  1. Letak mee dalam mangkuk.
  2. Masukkan bahan aksesori .
  3. Masukkan sayur.
  4. Masukkan lauk.
  5. Isi ayam yang dimasak tadi (ketuk).
  6. Hirisan perut lembu (rebus).
  7. Telur gedik (rebus 3 minit).
  8. Akhir sekali bubuh kuah sup panas-panas.

Resepi Menarik Lain

Resepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain resepi mee, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.