Umumnya roti selalu identik dimakan sebagai sarapan. Ramai orang suka sarapan dengan roti kerana ianya  tak berat namun amat mengenyangkan.

Bagaimana pula santapan roti versi anda? Apakah anda mencelurnya dengan susu? Atau makan dengan jem? Bahkan ada juga yang makan roti dengan kuah kari. Sangat banyak versi makan roti menurut orang yang berbeza.

Namun mesti ada masanya anda bangkit bosan juga dengan menu roti yang itu-itu sahaja kan. Oleh itu kami tuliskan untuk anda 5 resepi roti yang sangat kreatif, viral dan sedap. Gerenti anda dan satu keluarg akan suka resepi roti ini.

Resepi-resepi di bawah ini mudah sahaja. Bahan-bahan yang digunakan pada resepi ini juga mudah dan senang disediakan. Resepi ini pun tak memakan masa. Sangat sesuai dengan anda yang sibuk kerja masuk pagi dan tak sempat menyiapkan sarapan itu.

Tidak dinafikan lagi bahawa resepi roti di bawah ini sangat disukai dan digemari kerana kesemuanya sangat viral di Facebook. Tunggu apalagi. Sila cuba resepinya.

Resepi Roti Sangkaya Ala Boat Noodle

sangkaya boat noodle

Imej via Facebook

Lemak berkrimnya roti ini. Kalau anda pernah makan di boat noodle, anda pasti perasan ada menu “Roti Sangkaya”. Rasa dia sedap sangat tapi aduh tak puas makan. Tak cukup tuk puaskan lemak badan ini.

Spesial untuk anda, kami kongsikan resepi mudah dan ringkas untuk anda jamu perut anak-anak dan suami masa cuti ini. Resepi daripada Solehah Yusoff di Facebook.

Bahan-bahan :

  • Roti gardenia (potong 4)
  • *10 helai daun pandan (blend dan ambik airnya)
  • *1 kotak santan
  • *1 tin susu cair
  • *2 sudu besar susu pekat
  • *3 sudu gula
  • *1 biji telur
  • *2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu besar gula merah
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit esen vanila

Cara Memasak :

  1. Sebatikan bahan bertanda * dalam 1 bekas sebelum diletakkan di atas api supaya tak berketul.
  2. Dengan api sederhana panas, kacau bahan tadi sehingga pekat.
    Tips : kena kerap kacau takut nanti berlebih pekat sangkaya.
  3. Bila sangkaya sudah mula pekat, masukkan gula merah dan pewarna, kacau lagi. Kemudian, masukkan esen vanila.
  4. Tanda sangkaya sudah mula masak, bila kuah tadi sudah mula melekat di sudu dan tak cair lagi.
  5. Potong roti gardenia kepada 4 dan kukus.
  6. Siap. Makan panas-panas lagi sedap.

Resepi Puding Roti Sakura

puding roti sakura

Imej via Facebook

Puding yang sangat lezat. Lengkap dengan gambar corak yang sangat cantik bernuansa pokok sakura seakan ada di Jepun. Puding roti sakura sangat sesuai untuk majlis mewah mahupun dihidang kepada keluarga. Boleh dimakan bila-bila sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Norhazani Che Mamat‎ di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 32 gm agar-agar tali
  • 5 gelas air
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 1 gelas gula pasir
  • 4 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telor
  • Sedikit vanila.

Cara-cara :

  1. Masak agar-agar dengan 5 gelas air hingga hancur.
  2. Kemudian masukkan gula dan susu pekat.
  3. Blend roti, susu cair dan telur sampai betul-betul halus kemudian tuang dalam agar-agar tadi.
  4. Bila mendidih masukkan vanilla dan padamkan api.
  5. Asingkan sedikit adunan untuk diwarnakan dengan warna pilihan.
  6. Lukiskan corak pada dasar loyang, sejukkan.
  7. Bila adunan sudah suam-suam kuku, tuang ke dalam loyang yang telah dicorakkan tadi.
  8. Siap.

Resepi Roti Nan Cheese

roti nan cheese

Imej via Facebook

Buat sendiri boleh letak cheese sampai meleleh. Kali ini kami akan berkongikan resepi nan cheese versi Noor Hazerah‎. Sebenarnya ini ialah resepi donut tapi ditukarnya menjadi nan cheese. Jangan risau dengan rasanya. Resepi ini sudah sangat famous di jagad Facebook.

Bahan-bahan :

  • Yis
  • Air Suam
  • 5 sudu gula
  • Tepung Gandum
  • 2 sudu marjerin
  • 1 biji telur
  • 3 sudu susu pekat
  • sedikit garam
  • 1 sdk pelembut rbf
  • 1 keping cheese

Cara-cara :

  1. Masukkan yis ke dalam air suam + 5 sudu gula. Tunggu sampai yis kembang.
  2. Masukkan tepung gandum, marjerin, telur, susu pekat, garam, pelembut RBF.
  3. Masukkan yis yang sudah kembang (masukkan sedikit-sedikit)
  4. Uli doh sampai lembut tak melekat di tangan.
  5. Boleh bentukkan.
  6. Kemudian masukkan 1 keping cheese ke dalam doh.
  7. Kemudian tekan doh tersebut. Nak guna penggelek pun boleh.
  8. Masak atas pan leper hingga masak. Siap.

Resepi Roti Sosej Kukus

roti sosej kukus

Imej via Facebook

Siapa yang suka makan sosej mesti suka resepi roti ini. Resepi roti sosej yang dikongsikan oleh Yati Rahim‎ di Facebook ini dibuat dengan bahan sosej yang dibalut dengan cheese dan roti keping. Rasanya sangat sedap dan mengenyangkan. Apalagi kalau dicicah dengan sos dan mayonais.

Bahan-bahan :

  • Roti sosej
  • Sosej
  • Mayonis
  • Slice cheese

Cara-cara :

  1. Roti sosej potong ditengah, jangan putuskan roti tu.
  2. Sapu mayonis pada roti, letak sosej dan letak slice cheese.
  3. Kukus lebih kurang 3-5 min.

Nota :

  • Sosej terus dikeluarkan dari freezer tak perlu dinyahbekukan sebab nanti bila sudah kukus sosej akan lembut.
  • Slice cheese boleh potong dua untuk sekeping itu ya.
  • Panaskan air kukusan sebelum kukus.
  • Bila sudah siap kukus, angkat roti dari kukusan dan boleh didrizlekan dengan sebarang sos, contoh sos cili, tomato dan sebagainya. Siap.

Resepi Roti Goreng Inti Milo

roti goreng inti milo

Imej via Facebook

Rangup di luar namun lembut dan cair di dalam. Sedap makan panas-panas. Roti milo goreng viral ini patut anda cuba. Resepi daripada Atika Aula di Facebook ini sangat elok kejadinnya. Hati-hati jika letak milo jangan berlebih sangat nanti sampai terkeluar bila goreng.

Bahan-bahan :

  • Roti
  • Milo
  • Air sikit saja untuk bancuh milo bagi pekat.
  • Gula (tak nak letak pun boleh) sebab milo sudah ada gula.

Cara-cara :

  1. Lenyek roti sampai nipis. Tekan guna tangan pun boleh.
  2. Letak milo bajet-bajet jangan banyak sangat ya.
  3. Katup roti dengan roti lain. Tekap dengan cawan bulat.
  4. Pusing-pusing sampai tercabut sendiri. Kalau korang ada acuan 4 segi lagi jimat roti tu.
  5. Tunggu minyak panas sikit baru masukkan, goreng sampai agak perang supaya rangup.

Resepi Menarik Lain

Resepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain resepi roti, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.