Kita selalu minum air teh panas, teh o ais, teh ais dan pelbagai jenis teh lagi. Teh sedap diminum waktu pagi dan petang, Lebih-lebih lagi jika musim hujan, memang sedap minum teh panas-panas sambil makan biskut.

Zaman sekarang teh telah diperkenalkan dari pelbagai negara seperti serbuk teh dari negara China, Thailand dan lain-lain lagi. Tetapi pernahkah anda minum teh berempah atau lebih dikenali sebagai Indian Masala Chai?

Teh ini amat popular di negara India kerana rasa tehnya berempah, berlemak dan sedap. Ia dimasak atas api, jadi memang teh ini dihidang panas-panas di meja. Bukan semua kedai menjual masala chai ini.

Jika teringin minum masala chai, kita juga boleh membuatnya sendiri di rumah. Bagaimana?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai resepi teh berempah atau indian masala chai. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.

resepi masala chai
Imej via Facebook

Resepi Masala Chai atau teh berempah

Bahan-bahan: (2 hidangan)

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 sudu serbuk teh
  • 5 biji pelaga
  • 7 tangkai cengkih
  • 7 biji lada hitam
  • 4 sudu besar gula perang
  • 250ml air
  • 250ml susu segar
  • sedikit garam

Cara-caranya :

resepi masala chai
Imej via Facebook

1. Masuk dalam lesung. Dah tumbuk kasar. Jangan risau kalau lesung ni pernah guna untuk tumbuk cili. Chai Masala memang ada pedas-pedas sikit.

resepi masala chai
Imej via Facebook

2. Reneh air dalam periuk, masukkan rempah yang telah ditumbuk dan serbuk teh sekali. Renehlah dalam 30 minit.

resepi masala chai
Imej via Facebook

3. Lepas tu masukkan gula perang. Ikutlah kemanisan yang sesuai di lidah kau orang. Jangan manis sangat. Kalau nak pakai gula Melaka pun boleh. Lebih sedap!

4. Bila gula dah larut, masukkan susu segar. Jika nak guna susu sejat pun boleh. Susu pekat manis tak digalakkan.

resepi masala chai
Imej via Facebook

5. Letak garam sikit. Secubit je! Sekadar nak naikkan rasa rempah tadi. Reneh lagi 5-10 minit.

6. Lepas tu tapis Chai Masala kau orang.

*Sekali sekali, mahu juga kita minum teh lain daripada yang lain. Selalu teh yang dimasak atas api ini lebih kaw dan sedap berbanding tuang air panas sahaja. Sekarang chai masala sudah boleh dibuat sendiri di rumah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .