Sesiapa yang rasa bosan makan nasi, ayuh kita buat Vietnamese Beef Noodle pulak untuk makan tengah hari. Vietnam beef noodle ialah sup Vietnam yang diperbuat menggunakan pelbagai jenis mee Vietnam, yang dihidangkan dengan kuah pedas dan hirisan daging.

Resepi kali ini didatangkan daripada Ilyana Morhani yang berkongsi resepi di laman Facebook. Resepi ini menggunakan kuey teow sebagai bahan utama diolah dengan bahan sup yang pedas, masam, masin dan mengundang selera.

Hidangan ini akan makin sedap apabila dihidang pada waktu hujan-hujan sejuk. Dapat sedut kuah panas-panas terus hangatkan tekak. Makan satu mangkuk mesti belum puas lagi. Jom cubakan resepinya di bawah ini.

Resepi Vietnamese Beef Noodle

 

vietnamese beef noodle

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Setengah kilo daging,
  • Bebola daging,
  • 1 labu bawang putih,
  • 1 biji besar bawang besar,
  • 3 inci halia,
  • 1 sudu besar biji ketumbar,
  • 2 tangkai akar daun ketumbar,
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih,
  • 1 kiub daging,
  • 1.5 liter air,
  • Kuey teow,
  • Tauge,
  • Daun ketumbar,
  • Garam dan gula secukupnya.

Cara Buat Sup :

  1. 1 labu bawang putih buang kulit yang paling luar, jangan leraikan. Kemudian, potong sedikit bahagian muncungnya. Bawang merah pun sama. Buang kulit paling luar dan potong sikit muncungnya. Basuh bersih.
  2. Bakar atau sangai bawang putih, bawang merah, halia dan biji ketumbar sampai bawang lembik sikit. Sudah siap, ketepikan.
  3. Rebus bahan-bahan yang disangai tadi dengan 1.5 liter air.
  4. Reneh dalam 15 minit sehingga menggelegak.
  5. Kemudian tapis dan buang segala bahan sangai tadi.
  6. Air rebusan kemudian dipanaskan semula dan masukkan hirisan daging dan akar ketumbar, kiub dan lada sulah. Masukkan bebola daging juga.
  7. Biar mendidih sehingga daging empuk.
  8. Kalau air kering, boleh tambah ikut kepekatan yang kita mahu.
  9. Bila daging sudah empuk, perasakan dengan garam dan gula (gula sedikit saja sebab ingin bagi manis sedikit sahaja).
  10. Celur kueyteow dan letak dalam mangkuk. Curah kuah sup tadi bersama daging dan bebola.
  11. Tabur daun ketumbar dan tauge.
  12. Perah sedikit limau nipis (kalau limau kasturi tak kena rasanya) dan makan bersama sambal hijau.

Resepi Sambal Hijau

  • Blend cili api hijau segenggam dan 1 ulas bawang putih. Masukkan cuka atau perahan lemon atau limau nipis, garam dan gula secukup rasa.

Resepi Menarik Lain

Selain vietnamese beef noodle, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.