Mencari resepi sayur yang sedap untuk dimasak?

Sayur memang sedap dijadikan gandingan makanan berlauk. Terkadang dengan sayur, makan yang biasa pun jadi berselera dan tentunya mampu menambah nafsu makan.

Penyajian sayur ada banyak. Bermula daripada yang sangat simple hingga yang rumit. Namun anda tak perlu risau pasal itu kerana resepi yang kami sajikan ini tak rumit confirm akan senang untuk anda ikuti.

Untuk anda yang tengah berdiet yang dominan makan sayur, resepi-resepi di bawah ini patut anda cadangkan untuk jadi menu diet. Apalagi kalau anda hantunya makan sayur, anda kena bookmark resepi ini. Jangan sampai anda kehilangan resepi-resepi berharga ini kelak.

Bersama25 resepi sayur ini, semoga anda dapat memenuhi selera tekak anda mana-mana yang teringin makan sayur tapi bingung mencari resepi itu. Selamat berkreasi dengan masakan anda.

1. Resepi Dalca Sayur

resepi dalca

Imej via Facebook

Dalca sayur sedap makan dengan apa ya? Dengan nasi minyak, nasi tomato, nasi briyani boleh juga. Sekilas macam kari dengan campuran tulang ayam. Penasaran kan? Jom tengok resepi dalca sayur yang dikongsikan oleh
Fauziah Yahya‎ di Facebook ini.

"

Bahan-bahan :

  • 1 mangkuk tulang ayam
  • 1 kotak santan – jadikan 3 cawan santan
  • 1 cawan kacang dal – rebus hingga empuk
  • 1 biji cili merah– potong 2
  • 4 biji kentang – belah 4
  • 1 biji karot- potong mancis
  • 4 btg kacang panjang – potong 1 1/2 inci
  • 1 biji terung bulat – belah 6
  • 1 biji tomato – belah 4
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit garam

Bahan dihiris :

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Menyediakan:

  1. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Masukkan bahan hiris dan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari daging, daun kari dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan terbit minyak.
  3. Masukkan tulang ayam. Tumis sebentar dan masukkan kacang dal, santan, kentang dan sedikit air.
  4. Masak hingga tulang ayam dan kentang empuk.
  5. Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak.
  6. Masukkan garam dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

2. Resepi Sayur Lobak Lemak Putih

sayur lobak lemak putih

Imej via Facebook

Nampak pada gambar macam sedap kan. Resepi masak sayur lobak lemak putih yang dikongsikan oleh ‎Tie Kemaman di Facebook ini banyak dicari kerana rasanya yang sedap dan unik serta warnanya putih. Sayur ini bahkan tak pedas pun. Meskipun menggunakan santan namun sayur ini boleh dimakan oleh kanak-kanak.

Bahan-bahan :

  • Lobak putih
  • Santan
  • Ikan selayang rebus
  • Lada hitam*
  • Bilis*
  • Bawang besar
  • Cili besar
  • Garam
  • Perasa

Cara Menyediakan :

  1. Kisar kering bahan bertanda *
  2. Masukkan isi lobak ke dalam periuk, rebuskan dengan air rebusan ikan.
  3. Campurkan bawang dan lada besar yang dimayang.
  4. Setelah itu, masukkan cili besar. Masakan seketika agar isi lobak hampir lembut.
  5. Setelah hampir lembut,  masukkan santan, isi ikan dan daun lobak.
  6. Kemudian masukan garam dan perasa.
  7. Siap.

3. Resepi Baby Kailan/Baby Kubis Goreng

kailan goreng

Imej via Facebook

Jangan pelik pula dengar nama “baby”, kerana sayur kecik-kecik ini ialah sayur kailan yang tumbuh selepas kubis dituai. Untuk resepi sayur baby kailan goreng sedap akan kami sajikan kepada anda perkongsian resepi daripada Zana Adam‎ di Facebook seperti di bawah ini.

Bahan-bahan :

  • Sayur kubis/kailan
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sb sos tiram
  • Sedikit air

Cara Menyediakan :

  1. Tumis bawang putih sampai garing, asingkan dalam bekas lain.
  2. Seterusnya, masukkan sos tiram dan sedikit air dalam kuali.
  3. Kemudian masukkan sayur, masak jangan sampai layu.
  4. Hidang dalam piring.
  5. Tabur bawang putih goreng tadi.

4. Resepi Rasam Sedap Sangat

rasam

Imej via Facebook

Sesiapa yang suka rasam mesti tahu cara makan rasam yang terbaik. Simple saja, makan rasam dengan nasi putih dan ikan goreng pergh sedap! Jom tengok resepi daripada ‎Shameema Ahamed‎ di Facebook. Selamat memcuba.

Bahan-Bahan:

  • 1 sk jintan putih
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk lada hitam
    (semua bahan di atas ditumbuk halus)
  • 3-4 ulas bawang putih – diketuk
  • 2 ulas bawang merah – dihiris kasar
  • 3-4 tangkai cili kering
  • 2 tangkai daun kari
  • Air asam jawa secukupnya
  • 2 biji buah tomato – potong 4
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara Menyediakan :

  1. Masukkan minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih, cili kering dan daun kari hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan kacau sebentar.
  3. Masukkan air asam jawa dan air putih secukupnya.
  4. Seterusnya, masukkan serbuk kunyit sedikit dan kacau.
  5. Masukkan biji tomato dan biarkn sebentar.
  6. Akhir sekali masukkan garam. Rasa dulu kalau ada yang kurang. Bole tambah air asam jawa atau garam.
  7. Bila sudah mendidih tutup api terus. Rasam tak boleh bagi mendidih lama nanti rasa dia pahit sedikit.

5. Resepi Karipap Sayur

karipap sayur

Imej via Facebook

Lain pula sedapnya karipap sayur, kanak-kanak pun suka. Jadi selain anda buat karipap sayur untuk keluarga, anda juga boleh buat untuk berniaga. Sila cuba resepi karipap sayur daripada ‎Ariyana Rose Mikail‎ di Facebook seperti di bawah ini. Sambal sira dalam resepi ini ialah sambal/kuah yang digaul bersama karipap selepas karipap digoreng. Sambal ini yang memberi warna merah pada karipap sayur. Rasanya pedas manis.

Bahan Kulit karipap :

  • Tepong gandum 1 kg
  • Minyak masak 1 senduk
  • Secubit garam
  • Air

Bahan Inti sayur :

  • Sengkuang
  • Kobis
  • Lobak
  • Bawang merah dan bawang puteh untuk tumis

Cara Menyediakan :

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  3. Masukkan sayur.
  4. Kacau agak-agak layu sedikit, tutup api dan toskan inti sayur.

Bahan Sambal Sira

  • Cili kisar 1 senduk
  • Gula 4 senduk
  • Minyak masak
  • Sedikit garam
  • Air 1/2 cawan

Cara Membuat Sambal Sira :

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
  2. Tumis cili kisar sampai garing.
  3. Bila sudah naik minyak dan garing masukkan gula dan garam.
  4. Masukkan air biarkan mendidih dan biarkan sambal kering sedikit.
  5. Kalau sudah agak kering boleh masukkan kuih karipap yang sudah siap digoreng td.
  6. Gaul sebati. Siap.

Cara Lipat / Masukkan Inti :

    1. Mula-mula gelek doh guna mesin mee bagi jadi panjang-panjang.
    2. Lepas itu, potong bagi jadi empat segi tepat.
    3. Letak inti di tengah kemudian lipat kiri ke kanan dan kanan ke kiri.
    4. Untuk kasi kemas gunting hujung-hujung lebihan tepung tadi.
    5. Kalau sudah siap masukkan inti, kemudian goreng bagi garing macam goreng karipap.
    6. Gaul dengan sira.

6. Resepi Popia Sayur

popia sayur

Imej via Facebook

Serius rasa ketagih bila makan popia sayur ini. Sekali makan nak makan lagi. Kalau jenis yang tak makan sayur boleh lah cuba buat maka confirm suka. Jom intip resepi yang dikongsikan oleh ‎Eika Atieka‎ di Facebook ini.

Bahan-bahan :

  • Kulit popia (brand KG sebab tak mudah terkoyak)
  • 2 biji sengkuang
  • 4 btg carrot
  • 3 cili besar (cili padi pun boleh untuk rasa pedas) dipotong kecik
  • Garam (boleh guna perencah maggi secukup rasa)
  • isi ayam dipotong kecik
  • 2 biji telur (nak letak daging/udang kering pun boleh)

Cara Menyediakan :

  1. Sagat carrot dan sengkuang seperti gambar di atas.
  2. Panaskan minyak dan masukkan ayam kacau sampai air ayam kering
  3. Kemudian masukkan cili, carrot dan sengkuang.
  4. kacau sampai agak agak masak, pecahkan telur dan masukkan dalam kuali.
  5. Sudah kacau sama rata, boleh masukkan garam.
  6. Jika rasa sudah sesuai, tutup api dan masukkan ke dalam penapis. Sebab nanti air sengkuang akan keluar.
  7. Biar sejuk seketika baru balut dengan popia.

7. Resepi Lolipop Bayam

lolipop bayam

Imej via Facebook

Seronok sangat kali pertama berjaya buat anak-anak makan bayam. Para ibu mesti tahu betatpa susahnya suruh anak-anak makan sayur apatah lagi bayam. Tapi dengan resepi yang di dapat daripada Yuss Aisya‎ di Facebook anda tak perlu risau lagi kerana confirm anak-anak mesti makan sebab bentuknya yang comel dan menarik.

Bahan-bahan :

  • 2 biji telur
  • 1 sdb mayonis
  • Secubit garam
  • Segenggam daun bayam racik halus
  • 1 sdb carrot disagat (untuk manis semula jadi)

Cara Penyediaan :

  1. Pukul semua bahan.
  2. Panaskan kuali non stick sapu minyak sedikit.
  3. Tuang telur tinggalkan sedikit untuk gam tepi.
  4. Gulung kemas sampai hujung gam guna baki telur. Tunggu masak. Angkat. Potong. Cucuk lidi.

8. Resepi Sayur Campur Sedap

sayur campur

Imej via Facebook

Sayur campur boleh jadi alternatif masakan sayur anda hari ini. Menggunakan bahan sayur berbeza amat merangsang selera. Seperti resepi sayur campur yang dikongsikan oleh Fatin Farhana di laman Facebook. Ia menggunakan cendawan, brokoli, bebola ikan, lobak merah. Anda boleh cubakan di rumah, guna sayur ikut selera anda.

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih – hiris,
  • 1 camca besar sos tiram,
  • 1 bunga brokoli,
  • Cedawan omel – potong,
  • 10 biji bebola ikan – belah 2,
  • ½ batang lobak merah,
  • Sedikit air.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, kacau rata dan masukkan sedikit air.
  3. Biar sekejap baru masukkan semua sayur.
  4. Masukkan bebola ikan, kacau rata dan biar kuah kering.
  5. Siap dihidang.

9. Resepi Sayur Sawi Sos Tiram (Pak Choy)

Imej via Facebook

Perkongsian yang menarik dan banyak dicari iaitu sayur pak choy atau biasa dipanggil sawi bunga. Sekali masak sayur resepi ini mesti anda akan teringin lagi dan ketagih dibuatnya. Kesedapannya lebih terasa bila dimakan dengan nasi putih panas sekali dimakan dengan ikan digoreng garing, makin berselera makan. Resepi dikongsikan oleh Siti Iela‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Sayur sawi bunga,
  • Bawang merah dan putih,

Cara-cara :

  1. Potong bahagian bawah sayur.
  2. Rebus sayur dengan bawang merah dan bawang putih, kalau ingin perasakan dia boleh tumbuk bawang. Jika sudah siap rebus susunkan sayur di atas pinggan.

Bahan kuah :

  • Bawang putih dicincang halus.
  • Sos tiram.
  • Garam sedikit (sebab sos tiram sudah masin).
  • Ajinomoto.
  • Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.

Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Masukkan bawang putih cincang tadi. Goreng sampai berwarna coklat.
  3. Masukkan air, masukkan sos tiram, perasakan dengan aji dan garam.
  4. Masukkan bancuhan air tepung jagung tadi.
  5. Siap untuk dihidangkan.
  6. Taburkan cili potong atau bawang goreng di atasnya

10. Resepi Sayur Goreng Campur

Imej via Facebook

Rodza Azilah berkongsikan resepi sayur goreng campur yang mudah. Resepi sayur ini menggunakan bahan sayuran seperti kobis bunga, lobak merah, brokoli, bawang putih, bawang Holland, dan tauhu jepun sebagai pelengkap.

Bahan-bahan :

  • Tauhu jepun (potong bahagian tengah supaya senang dikeluarkan dan mudah dipotong),
  • Udang,
  • Kobis bunga,
  • Lobak merah,
  • Brokoli,
  • Bawang putih,
  • Bawang Holland,
  • Perencah sup sayur adabi,
  • Lada sulah.

Cara-cara :

  1. Goreng tauhu dengan bawang putih hingga garing.
  2. Masukkan udang dan bawang Holland, kacau perlahan.
  3. Masukkan perencah sup sayur.
  4. Masukkan semua sayur yang sudah dipotong-potong.
  5. Akhir sekali masukkan lada sulah,
  6. Jika sayur sudah hampir layu boleh matikan api.
  7. Siap.

11. Resepi Sayur Kubis Brussel Goreng Bawang Putih

sayur kubis

Imej via Facebook

Menu sayur yang paling mudah dimasak, resepi yang simple dan ringkas tapi sedap. Resepi sayur kubis brussel daripada Norlia Abdul Raman di Facebook ini rasanya manis dan crunchy. Resepi ini menggunakan kubis brussel. Sayur ini enak dimakan bersama nasi putih mahupun diratah macam itu saja pun boleh. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

  • Kubis brussel,
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Udang kering,
  • Sos tiram,
  • Kicap masin,
  • Air panas.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing (lebihkan bawang putih), masa ini boleh bau wangi satu rumah.
  2. Kemudian masukkan udang kering yang digoreng sekejap.
  3. Lalu masukkan kubis brussel dan kacau rata.
  4. Masukkan sedikit sos tiram, kicap masin dan air panas.
  5. Jangan masak sayur layu sangat nanti tidak crunchy.
  6. Siap.

12. Resepi Sup Sayur Cendawan

sup cendawan ayam

Imej via Facebook

Sup sayur cendawan, ialah antara resepi sup yang amat berkhasiat untuk menurunkan berat badan. Khairuzetti Zaini ialah pemilik resepi yang berkongsikan cara diet sihat dengan sup sayur cendawan di laman Facebook. Amalkan gaya hidup sihat dengan makan sup sayur cendawan.

Bahan A :

  • 4-5 ulas bawang putih tumbuk pecah, (khasiat: bakar lemak dan buang kolestrol).
  • 2 biji cili api hijau tumbuk pecah, (khasiat : bakar lemak).
  • 2 batang serai diketuk (khasiat: awet muda, membakar lemak, membantu sistem pencernaan dan membuang angin dalam badan).
  • 1 sudu besar minyak jagung.

Bahan B :

  • 100 gram isi ayam potong halus. Rendam dengan tepung gandum selama ½ jam bagi hilang lendir ayam. Rendaman ke-2 rendam dengan air garam 10 minit kemudian dicuci bersih untuk buang kesan ubat antibiotik dicucuk pada ayam).
  • 1.5 L air tapis.

Bahan C :

  • Sawi.
  • Cendawan tiram (khasiat: awet muda).
  • Gula kelapa perang organik secukup rasa.
  • Garam bukit imalaya (pink) secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Panaskan periuk masukkan minyak masak.
  2. Tumis bahan A sehingga kekuningan.
  3. Masukkan isi ayam. Gaul sehingga separuh masak.
  4. Masukkan air, bagi mendidih.
  5. Kemudian masukkan cendawan tiram. Masak sehingga cendawan lembut.
  6. Masukkan sawi. Terus tutup api. Sawi akan masak layu sendiri dengan haba masakan tadi.
  7. Bila sudah suam sedikit masukkan gula perang dan garam bukit.

Tips :

  • Tidak boleh makan nasi, cepat naik berat. Makan sup sayur ini saja tanpa nasi.
  • Boleh makan dengan nasi, tapi tidak boleh lepas pukul 6 petang. Maka sesuaikanlah resepi ini untuk diri sendiri.

13. Resepi Salad Sayur Mudah

Imej via Facebook

Penyelesaian masalah untuk para mak yang mana anak-anak tidak suka makan sayur. Dengan mengubah masakan sayur biasa menjadi salad yang lazat. Gerenti akan menaikkan selera makan anak. Boleh dimakan dengan roti, kentang tumbuk, daging atau ayam grill dan lain sebagainya. Jom cubakan resepi sayur salad sedap daripada Siti Zanariah Ahmad‎‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Sayur-sayuran; salad jepun, timun jepun, tomato ceri, carrot, lada benggala, kobis ungu.
  • Kekacang (badam atau gajus).
  • Minyak (zaitun atau VCO),
  • Mayonis,
  • Sos blackpepper,
  • Kismis.

Cara-cara :

  1. Rendam dan basuh sayur-sayuran tadi dalam air garam atau cuka supaya hilang segala kotoran/racun (wajib rendam dan basuh dulu baru potong supaya khasiat sayur tidak hilang).
  2. Potong sayur nipis-nipis mengikut selera masing-masing.
  3. Campur semua sayur ke dalam satu mangkuk besar.
  4. Gaulkan sayur bersama mayonis dan sos blackpepper.
  5. Masukkan sesudu kecil VCO/minyak zaitun.
  6. Tabur badam/gajus dan kismis.
  7. Siap.

14. Resepi Kubis Rolls Kukus

kubis rolls

Imej via Facebook

Hidangan ini boleh ganti minum petang kudapan buat yang suka makan sayur. Menu ini juga sesuai untuk yang berdiet. Bahan-bahan inti ayam dan bawang dibungkus dengan kubis rolls kemudian dikukus. Jadi macam ala-ala Jepun. Kami datangkan resepi kubis rolls kredit kepada Siti Hajar Ismail‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Kubis (untuk roll),
  • Daun bawang untuk ikat,
  • Ayam kisar,
  • Bawang holland (cincang),
  • Carrot (cincang),
  • Hirisan daun bawang,
  • Garam,
  • Serbuk lada hitam,
  • Olive oil.

Cara-cara :

  1. Leraikan kubis, buat perlahan jangan sampai terkoyak.
  2. Celur kubis. Masukkan sedikit garam dalam air mendidih.
  3. Gaul sebati semua bahan inti kecuali kubis dan daun bawang (untuk ikat). Satukan dalam bekas, inti tidak perlu dimasak, kerana masa kukus nanti ia akan masak.
  4. Gulung inti dengan kubis yang sudah dicelur.
  5. Kalau risau gulungan terbuka, ikat dengan daun bawang yang dicelur.
  6. Kukus dengan api sederhana lebih kurang 10-15 minit.
  7. Siap. Boleh makan begitu saja atau atau cicah sos.

15. Resepi Bayam Brazil Tumis Belacan Cili Padi

bayam brazil

Imej via Facebook

Bayam Brazil sesuai dibuat bahan masakan seperti salad, masak tumis atau sayuran. Daunnya tidak berlendir dan sedikit rangup. Tumis bayam Brazil dengan sedikit belacan dan cili. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas gandingkan dengan ikan goreng garing. Sila cuba resepi bayam Brazil tumis belacan cili padi daripada Cik Azza Ahsani‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Bayam Brazil,
  • Ikan bilis,
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Belacan,
  • Cili merah,
  • Cili padi.

Cara-cara :

  1. Tumbuk-tumbuk semua bahan.
  2. Tumiskan bahan-bahan yang sudah ditumbuk dengan minyak masak secukupnya dan api sederhana.
  3. Bila bahan tumbukan sudah agak garing dan pecah minyak, masukkan sayur. Kacau-kacau bagi layu.
  4. Perasakan dengan garam, gula sesedap rasa.
  5. Siap.

16. Resepi Brokoli Sup Fishball

resepi brokoli

Imej via Facebook

Lauk kegemaran anak-anak. Brokoli sup campur fishball. Mak patut cuba resepi ini, cara masak brokoli dengan fishball dijelaskan pada perkongsian Alin Sulaiman di laman Facebook. Resepi mudah dan membangkitkan selera.

Bahan-bahan :

  • Brokoli,
  • Bawang putih,
  • Fishball,
  • Carrot,
  • Sos tiram,
  • Kicap cair,
  • Air sedikit,
  • Air tepung jagung.

Cara-cara :

  1. Brokoli direbus sekejap dan toskan,
  2. Kemudian tumis bawang putih yang sudah dicincang halus,
  3. Masukkan fishball,
  4. Masukkan carrot,
  5. Masukkan sos tiram,
  6. Masukkan kicap cair sedikit,
  7. Masukkan air sedikit,
  8. Masukkan brokoli tadi,
  9. Letakkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
    Nota :
    Tidak perlu tambah garam.

17. Resepi Bendi Tumis Air

resepi bendi tumis air

Imej via Facebook

Resepi Kali ini ialah tentang olahan masakan bendi. Kami datangkan resepi daripada Radziah Misran di laman Facebook. Resepi sayur bendi tumis air. Jadi makin berselera bukan kalau lauk macam ini? Letak sedikit asam jawa supaya makin sedap rasa sayur, kuahnya pun sedap dihirup. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

  • Bawang merah dihiris,
  • Bawang putih dihiris,
  • Ikan bilis ditumbuk,
  • Minyak masak,
  • Air sedikit,
  • Asam jawa.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga sedikit garing.
  2. Masukkan air mengikut berapa banyak kuah yang kita inginkan,
  3. Masukkan ikan bilis. Didihkan.
  4. Akhir sekali masukkan 2-3 mata/biji asam jawa. Perasakan.
  5. Masukkan bendi hingga masak.
  6. Siap.

18. Resepi Kangkung Goreng Belacan

Imej via Facebook

Kangkung goreng belacan dimasak dengan cara menumis bahan-bahan tumbuk dengan minyak yang sedikit. Kesedapannya semakin bertambah apabila dimasak dengan belacan. Paling sedap makan kangkung goreng belacan dengan nasi putih panas-panas. Gandingkan dengan telur dadar goreng garing makin sedap makan. Masak sendiri kangkung goreng belacan dengan resepi daripada Khadijah Jaafar di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 ikat kangkung,
  • 2 ekor sotong sederhana,

Bahan Tumbuk :

  • 2 ulas bawang merah,
  • 1 ulas bawang putih,
  • 1 biji cili hijau,
  • 5 biji cili api merah,
  • Belacan sesedap rasa,
  • Garam,
  • Gula,
  • 1 sudu kecil Maggi cukup rasa.

Cara Memasak :

  1. Tumis bahan tumbuk sampai agak garing.
  2. Masukkan sotong, masak dalam 4-5 minit.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan kangkung.
  5. Masak hingga layu.
  6. Sedia dihidangkan.

19. Resepi Kailan Ikan Masin

kailan ikan masin

Imej via Facebook

Ramai orang kami pasti suka masak kailan goreng ikan masin. Rasa ikan masin yang tajam melengkapi rasa kailan yang simple. Kailan ikan masin sedap dimakan dengan nasi putih. Jika ingin pedas, boleh bubuh cili padi mengikut selera. Resepi kailan ikan masin dikongsikan oleh Julianna Mariska‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Satu ketul ikan masin (potong sederhana kecil),
  • Sayur kailan,
  • 2 ulas bawang merah (dihiris halus),
  • 1 ulas bawang putih (diketuk),
  • 1 sudu besar sos tiram/gula,
  • ½ cawan air masak,
  • Limau nipis,
  • Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan masin sehingga garing. Ketepikan.
  2. Masukan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukan sos tiram dan juga air masak dan gula sedikit.
  4. Masukan sayur kailan dan ikan masin. Goreng sehingga sayur sedikit layu.
  5. Angkat selepas sayur kailan jadi hijau layu.
  6. Perahkan sedikit limau nipis.
  7. Siap.

20. Resepi Sayur Air Kelantan

Sayur air kelantan

Imej via Facebook

Menu ini kegemaran orang ramai. Ramai yang tanya resepi dekat Umi Jusoh sebab diorang kata ketagih bila makan dan teringin buat sendiri pula. Maka itu kami adakan resepi yang dikongsikan di laman Facebook tersebut di sini. Rasanya memang spesial, macam tomyam dengan aroma serai dan daun limau purut yang diramas.

Bahan-bahan :

  • Sawi (boleh tambah sayur apa sahaja),
  • Bawang putih,
  • Bawang besar Holland,
  • Serai (diketuk),
  • Ayam,
  • Kiub pati ayam separuh,
  • Daun limau purut (diramas),
  • Cili padi,
  • Cili merah.

Cara-cara :

  1. Potong sayur dan cili merah.
  2. Tumis bawang putih yang telah diketuk hingga wangi dan kekuningan.
  3. Masukkan bawang besar holland dan serai. Tumis lagi.
  4. Masukkan ayam yang dicincang.
  5. Tumis sehingga air kering.
  6. Masukkan air ikut banyak mana perlu.
  7. Masukkan sayur-sayuran dan cili merah.
  8. Masukkan daun limau purut yang telah diramas.
  9. Masukkan kiub ayam dan garam.
  10. Masukkan cili padi yang diketuk.

21. Resepi Jantung Pisang Tumis Pedas

jantung pisang

Imej via Facebook

Ramaikah yang suka sayur kampung ini? Bagi orang bandar mungkin sedikit pelik dengan sayur ini. Tapi ketahuilah bahawa sayur jantung pisang amat sedap jika dimasak dengan resepi yang lazat. ‎Nurul Nadia‎ telah berkongsi resepi di laman Facebook iaitu jantung pisang masak tumis pedas. Cuba bayangkan terus menitik air liur.

Bahan-bahan :

Jantung pisang rebus hingga agak lembut kemudian potong.

Bahan tumbuk :

  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Cili api,
  • Belacan,
  • Ikan bilis,
  • Udang kering (kalau suka).

Cara-cara :

  1. Tumis bahan tumbuk hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air sedikit.
  3. Masukkan kunyit sedikit untuk bagi warna.
  4. Masukkan garam, gula, aji.
  5. Akhir sekali masukkan jantung pisang.

22. Resepi Wanpaku Sando

wanpaku sando

Imej via Facebook

Wanpaku sando ialah sejenis sandwic dari Jepun. Sandwic ini banyak menggunakan sayur-sayuran di dalamnya. Justeru, sandwic ini dijadikan pilihan menu diet oleh orang Jepun. Berikut resepi dan cara makan dikongsikan oleh Zalila Amin di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 keping purple canadian bread (bakar kejap untuk bagi ranggup),
  • 2 biji telur dadar nipis bentukkan jadi 4 segi memanjang (buat mcm Korean omellete. Potong cili, bawang kacau bersama dengan telur),
  • 1 keping dada ayam – grill chicken (hiris nipis, perap dengan cajun, paprika, garam masalla, serbuk kunyit, secubit garam bukit),
  • Purple cabbage,
  • Carrot,
  • Timun hiris memanjang,
  • Tomato potong bulat,
  • Salad daun,
  • Tomato ceri.

Cara-cara :

  1. Letakkan roti di atas kertas pembungkus nasi.
  2. Susun salad, carrot, telur dadar, timun, purple cabbage, grill chicken, salad dan roti.
  3. Bungkus ketat-ketat.
  4. Kemudian pakai plastik wrap. Wrap seketat-ketatnya.
  5. Potong, guna pisau tajam ya.
    Nota: Pastikan susunan sayuran disusun melintang dan kita potongnya secara menegak untuk mendapatkan potongan yang menarik. Boleh tambahkan sos atau mayo satu sudu kecil.

Cara Makan :

Koyak bahagian tepi kertas pembungkus, kepit supaya sayur tak terburai. Gigit dari tepi sedikit demi sedikit.

23. Resepi Lobak Putih Tumis

lobak putih tumis

Imej via Facebook

Tidak ramai yang suka lobak putih kerana ia ada sedikit aroma tajam apabila dikunyah. Namun sesiapa yang bukan penggemar lobak putih patut ambil berat resepi yang dikongsikan oleh Izarizayu Idris di laman Facebook. Sekali cuba terus jatuh cinta.

Bahan-bahan :

  • 1 batang lobak putih (dipotong ikut suka),
  • *4 biji bawang kecil,
  • *3 ulas bawang putih,
  • *3 biji lada kecil,
  • Setengah gnggam ikan bilis,
  • Lada hitam (iku suka)

Cara-cara :

  1. Tumbuk bahan bertanda *.
  2. Panaskan sedikit minyak.
  3. Masukkkan bahan bertanda*.
  4. Kacau-kacau, masukkan garam dan perasa.
  5. Masukkan lobak dan sedikit air (ikut suka).
  6. Kacau rata dan siap.

24. Resepi Sayur Kangkung Berlada

kangkung berlada

Imej via Facebook

Pelbagai cara masak sayur kangkung yang menyelerakan. Antaranya ialah sayur kangkung berlada. Sayur ini sedap dimakan dengan nasi putih dan lauk goreng. Boleh juga dimakan dengan bubur nasi. Jom cuba resepi oleh Apple Green di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Cili blend,
  • Sayur kangkung,
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Tumis cili blend yang sudah siap bawang merah bawang putih. Tumis hingga garing.
  2. Masukkan garam dan perasa.
  3. Masukkan kangkung.

‎25. Resepi Kerepek Pegaga

kerepek pegaga

Imej via Facebook

Sebagai seorang ibu mesti kita ingin beri yang terbaik untuk anak-anak bukan? Salah satunya dengan mengolah pucuk pegaga menjadi makanan yang menarik sehingga anak-anak yang mulanya tidak suka jadi suka. Resepi dibuat oleh CikPuan Angelina Joyah di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Pegaga,
  • Tepung bestari pedas,
  • Tepung gandum.

Cara-cara :

  1. Cuci bersih daun pegaga.
  2. Dalam bekas lain campurkan 1 kg tepung bestari dengan 1.3 kg tepung gandum.
  3. Kemudian masukkan sedikit air dan bancuh tepung tidak pekat sangat dan tidak cair sangat.
  4. Masukkan daun pegaga ke dalam bancuhan tepung.
  5. Angkat dan asingkan daun yang sudah basah, seterusnya taburkan tepung kering ke atas adunan daun supaya daun tidak melekat atau terus masukkan adunan ke dalam bekas tepung kering dan goncangkan.
  6. Goreng dengan minyak panas.

Resepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selamat mencuba. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya. Jemput juga baca koleksi resepi ikan, resepi sotong dan resepi ayam.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.