Anda mesti pernah cuba resepi daging kerutuk bukan? Selalunya daging kerutuk terkenal waktu hari raya. Ayuh cuba sendiri resepi daging kerutuk ini.

Kini, anda tidak perlu tunggu hari raya untuk makan daging kerutuk. Cukup sekadar ke dapur. Memang anda tidak akan rugi mencuba resepi ini. Sebab rata rata orang mengatakan sedap!

Resepi Daging Kerutuk

Akak memang jarang buat kerutub daging ni tapi kalau dah buat, memang 1 kg tu makan tuk tengahari je.

Maaf la. Akak lambat bagi resepi. Tak smpat semalam. Ok. Akak edit resepi kat sini ya.

Resepi Daging Kerutuk

Imej via Facebook

Bahan bahan

  • 1 kg daging (nak lembut guna batang pinang)
  • 2 biji kentang-belah
  • 11/2 paket rempah kerutub adabi +
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1/2 kotak santan(kotak kecik-100ml)
  • 3 sudu makan bawang goreng
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan kicap
  • *1 biji bawang besar
  • *4 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *sedikit belacan
  • Kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
  • Garam n perasa
  • 2 kpng asam keping
  • Cili padi/cili besar-belah
  • 1 biji Bawang besar-belah 4

Cara cara Memasak

  1. Gaulkan daging dengan rempah yang dah di bancuh dengan sedikit air
  2. Mesin bahan bertanda *
  3. Dalam kuali, tumis rempah 3 sekawan
  4. Tumis bahan blend hingga naik bau.
  5. Masukkan cili kisar. Tumis hingga agak garing
  6. Masukkan garam, gula, merah dan perasa
  7. Masukkan daging yang dah di gaul dengan rempah tadi.
  8. Biarkan rempah agak masak dan kemudian masukkan air dalam 3 cawan. Masukkan kentang
  9. Masukkan asam keping
  10. Masukkan bawang goreng dan kicap
  11. Bila daging dan kentang dah empuk. Masukkan santan dan biarkan hingga daging agak pekat.
  12. Akhir sekali masukkan cilipadi dan bawang belah.
  13. Siap!!!

*kalau daging belum cukup empuk boleh tambahkan air lagi ya.

Resepi Lain Yang Menarik

Selain resepi daging kerutuk, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Penulis: Mazliza Ahmad

Mazliza Ahmad

Rajin berkongsi tentang resepi masakan yang menarik. Banyak resepi yang dikongsikan beliau viral di internet. Boleh dihubungi di Facebook

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.