Pernah dengar perkataan Laksam? Kalau bosan dengan nasi, anda volehlah cuba resepi Laksam Kelantan ini.

Mula-mula ingatkan makan laksam ni tak kenyang. Namun, sangkaan melesett sebab lepas habiskan sepinggan laksam, perut sudah terlebih kenyang & makanan lain dah tak boleh kenyang.

Laksam Kelantan ni menjadi kegemaran ramai sebab rasa kuahnya yang berlemak penuh dengan isi ikan (kaya protein sangat!). Namun, biasanya laksam ni majoriti akan beli di kedai/pasar je sebab nak buat agak leceh. Bila dah buat pulak, ntah jadi ntah tidak kan. Haaa kena buat banyak kali tau. Practice makes perfect gituuu.

Kali ini kami paparkan resepi dari Rose Eima di Facebook yang telah sudi berkongsi resepi Laksam Kelantan yang diniagakan oleh beliau. Semoga murah rezekinya. InshaaAllah. Korang semua kene ikut step by step tau. Semoga menjadi!

Resepi Laksam Kelantan

Laksam Kelantan

Image via Facebook

Bahan-bahan Laksam:

1 paket = 500gram tepung beras cap bunga teratai

500gram tepung gandum

2.3 litre air suam hangat

1/2 sudu makan garam halus

Cara Penyediaan Laksam:

  1. Campur sebati semua bahan dan tapis.
  2. Gunakan penutup periuk untuk mengukus atau boleh juga guna loyang. Loyang atau penutup periuk mestilah di sapu minyak sebelum mula mengukus. (Letak mula2 je, untuk kali kedua dan seterusnya dah tak payah letak minyak)

    Laksam Kelantan

    Image via Facebook

  3. Kukus dlm 3 ke 4 minit lepas tu angkat. Bagi memastikan laksam dah masak, ia akan mengelembung sedikit..tapi jangan sampai menggelembung banyak sebab nanti ianya akan melekat.
  4. Sejukkan dahulu, baru boleh gulung..jangan gulung ketika panas.

    Laksam Kelantan

    Image via Facebook

Bahan-bahan Kuah Laksam:

Ikan sardin 10 ekor saiz sederhana (cuci bersih dan rebus letak asam keping dan sedikit garam) dah rebus asingkan isi dan tulang nya

1 sudu lada hitam di kisar

2 ulas Bawang besar

2 ulas bwg putih

1/2 inci halia

Santan kara 500ml

2 keping asam keping

Garam

Sedikit bahan perasa

Cara Penyediaan Kuah Laksam:

  1. Blend isi ikan dan masuk kan ke dalam periuk
  2. Blend bawang besar, bawang putih & halia dan masukkan ke dalam periuk sekali dengan isi ikan tadi.
  3. Masukkan lada hitam & asam keping
  4. Biarkan sehingga mendidih. Kena juga kacau jangan dibiarkan terus ye. Sesekali kacau.
  5. Setelah mendidih masuk kan santan kara, tok aji & garam secukup rasa. Kuah hendaklah sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Tunggu sehingga mendidih … dah siap!

Bahan-bahan Sambal Laksam:

Cili kering

Garam

Sedikit minyak

Laksam Kelantan

Image via Facebook

Cara Penyediaan Sambal Laksam:

  1. Blend semua dan masak hingga mendidih (bg kering sedikit airnya) dimasak supaya sambalnya tahan lama
  2. Dah siap dan boleh la di hidang bersama ulam ulaman (timun, taugeh, kubis, kacang panjang & daun kesum)
Laksam Kelantan

Image via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Laksam Kelantan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya!

 

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .