Resepi Rendang Daging (Sesuai untuk Hari Raya!)

Rendang adalah juadah yang wajib untuk ada semasa hari raya, terutamanya hari raya pertama. Sudah menjadi adat orang melayu untuk menyediakan rendang bersama dengan lemang, ketupat atau pulut pada hari raya. Terdapat pelbagai jenis rendang. Antaranya, rendang ayam, rendang daging, rendang udang atau ketam.

Sebagai rakyat malaysia, rendang adalah antara makan kegemaran kita. Kalau bukan pada hari raya sekalipun, rendang boleh dimakan bersama dengan nasi pada waktu makan tengahari, ataupun dimakan pada sarapan pagi, bersama nasi lemak. Kombinasi rendang bersama juadah – juadah diatas adalah kombinasi yang terbaik.

Disini kami bawakan resepi rendang daging yang mudah, ringkas dan lazat. Anda boleh mencubanya untuk dijadikan juadah berbuka puasa, atau untuk majlis rumah terbuka pada hari raya. Jangan lupa untuk hidangkan kepada yang tersayang!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Norsiah Zakaria dan telah mendapat lebih 1 ribu perkongsian di laman Facebook. Wah! Sudah tentu menjadi dan lazat.

Resepi Rendang Daging

Rendang Daging

Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 kg daging
  • 6 biji bawang sederhana besar
  • 8 ulas bawang putih
  • Sebesar 2 jari halia
  • Sebesar 2 jari kunyit hidup
  • Sedikit lengkuas
  • 6 batang serai
  • Cili kering yang telah dikisar lebih kurang 2 senduk
  • Santan kotak 500ml
  • Kerisik

Cara – cara memasak:

  1. Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup dikisar.
  2. Kemudian, masukkan dalam kuali bersama dengan cili kering yang juga telah dikisar terlebih dahulu.
  3. Seterusnya, masukkan daging. Kacau supaya bahan yang telah dikisar telah rata bersama dengan daging.
  4. Masukkan santan dan teruskan untuk kacau. (Nota: Apabila masak rendang, api hendaklah sederhana dan jangan kuat.)
  5. Apabila sudah hampir hendak kering, masukkan kerisik dan daun kunyit yang telah dihiris, bersama dengan daun limau purut dan asam keping.
  6. Akhir sekali, jangan lupa masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula mengikut citarasa anda. Kalau guna resepi Opah, Opah gunakan gula melaka dan sedikit gula pasir.
  7. Siap!

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Resepi rendang daging ini amat mudah cara pembuatannya bukan? Jadi, di sini kami sertakan beberapa resepi lain yang mudah untuk dimasak dalam pada masa yang sama, menjaminkan rasa yang enak. Anda boleh menghidangkannya kepada yang tersayang. Bila perut kenyang, hati pun senang! Oh, dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama sahabat handai dan menekan butang Like.

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!