Resepi kali ini ialah resepi ayam bakar berempah, bukan resepi ayam bakar biasa-biasa!

Senang cara buat ayam bakar berempah ini. Rasa enak yang berasal daripada rempah perapan ayam yang dilumurkan bersama ayam membuat ayam terasa amat juicy dan beraroma merangsang semasa dibakar.

Seterusnya, ayam dilumuri dan diperap berulangan sebanyak dua kali supaya didapati rasa ayam bakar berempah makin terasa hingga ke dalam-dalam daging ayam.

Jika mahu buat sekarang sila tengok resepinya di bawah ini. Resepi perkongsian ramai di laman Facebook dikongsikan oleh Cik Epal di laman Facebook. Jangan lupa kongsikan dengan jiran anda. Selamat mencuba.

Resepi Ayam Bakar Berempah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 4 ketul ayam thigh (boleh guna bahagian ayam yang anda suka, kalau kepak ayam kecil-kecil boleh guna 8 ketul),
  • 2 sudu besar rempah kari,
  • 2 sudu besar sos tiram,
  • 2 sudu besar sos cili,
  • 2 sudu besar serbuk ayam,
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam kasar,
  • Garam secukup rasa.

Bahan kisar :

  • 1 biji bawang besar,
  • 3 biji bawang putih,
  • 1 inci halia,

Cara-cara :

  1. Lumurkan semua bahan pada ayam.
  2. Kemudian ayam diperap selama 3 jam dalam peti sejuk. Kalau mahu lagi sedap perap semalaman. Tinggalkan sedikit bahan perap.
  3. Panaskan oven 200°C dulu selama 30 minit dengan api atas bawah.
  4. Seterusnya bakar ayam selama 1 jam.
  5. Jika sudah lepas 1 jam, keluarkan dulu ayam.
  6. Lumur balik ayam dengan bahan perap yang tinggal sedikit tadi. Minyak-minyak ayam yang keluar daripada ayam pun boleh dijiruskan dan mandikan ayam.
  7. Bakar lagi selama 15 minit.

Tips :

Kalau suka ayam bahagian dada, masa yang diambil untuk masak lagi singkat. Sebab dada ayam cepat masak. Masa untuk bakar bergantung kepada jenis ayam atau size ayam. Kalau guna thigh macam maka sama dengan resepi ini.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan bakar berempah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.