Anda makan daging masak hitam? Mungkin anda biasa mendengarnya. Tetapi jika belum, anda mungkin patut cuba resepi daging masak hitam ini.

Resepi daging masak hitam ini sememangnya amat popular disajikan ketika hari raya. Tapi, boleh juga jika anda ingin menjadikan daging masak hitam ini sebagai juadah makan tengah hari anda. Pasti seisi keluarga anda akan makan sehingga menjilat jari!

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Saba Natasha dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Daging Masak Hitam

Resepi Daging Masak Hitam

Imej via Facebook

Daging Masak Hitam yang serius sedap buat makan dengan ketupat palas. Makan dengan lemang dan pulut kuning pun boleh tak rugi buat gerenti lincin periuk.

Seperti dijanjikan sis share resepi. Semua boleh share dan tag kawan kawan resepi yang mudah dan gerenti sedap ni. Gerenti Sedap

Bahan Bahan

  • 1 kg daging – di potong saiz rendang basuh dengan tepung gandum
  • Sedikit minyak masak untuk tumis

Bahan Kisar

  • 5- 10 batang serai ikut suka
  • 15 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
  • Sejengkal halia – 4 ke 5 inci
  • 5-6 biji bawang besar / bawang besar kuning
  • 5 biji buah keras untuk rasa lemak
  • 1 labu bawang putih

Bahan Perasa

  • 1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah / kicap kipas udang merah
  • 2 sb Gula pasir
  • 5 sb Gula merah masak dgn air sikit tapis buh dalam daging/ gula melaka
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • Sedikit garam
  • Bawang besar mayang – hiasan

Cara cara Memasak

  1. Panaskan minyak
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan daging yg di potong tadi. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
  3. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula, air gula merah serta garam, perasakan ikut rasa. Masak sehingga kuah agak pekat bersalut. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan
  4. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

Nota 1 : (Tips nak cepat empuk masukkan garfu dalam bahan masak tadi) tutup periuk masak api sederhana kacau sesekali sehingga daging empuk/lembut

Resepi Daging Lain Yang Menarik

Selain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Penulis: Nabilah Ruza

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.