Resepi Daging Masak Kicap (Memang Pedas Lagi Terangkat)

Anda suka makan pedas? Tapi tak jumpa resepi yang kena dengan tahap kepedasan anda? Apa kata anda cuba resepi daging masak kicap ini.

Daging Masak Kicap ini antara lauk kegemaran rakyat Malaysia ketika menikmati sama ada makan tengah hari mahu pun makan malam. Asalkan ada nasi putih, ia sudah cukup.

Selalunya daging masak kicap dihidang kan sekali dengan kentang goreng di dalamnya. Barulah terasa puas dan nikmat apa bila makan.

Resepi ini dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Daging Masak Kicap

Resepi Daging Masak Kicap

Imej via Facebook

Bahan bahan

  • 1kg daging batang pinang (saya tak guna daging biasa)
  • 2 biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 biji bawang holland
  • Daun limau purut
  • Bunga lawang/kayu manis/buah pelaga
  • Kicap manis
  • Sos cili
  • 1 batang serai (ketuk)
  • Cili padi/cili merah

Cara cara

  1. Tumis bawang kisar sampai garing dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar,tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan kayu manis, bunga lawang, pelaga
  4. Masukkan daging batang pinang, masukkan serai, daun limau purut. Gaul rata sampai mendidih.
  5. Masukkan kicap, sos cili. Biarkan kejap. Bila dah pekat tambah lagi air sedikit demi sedikit, tambah lagi kicap.

Daging batang pinang ni cepat lembut. Jadi tak perlu direbus dulu. Bila dah mendidih, masukkan bawang holland, cili merah hiris, cili padi. Gaul rata, masak sampai dia jadi agak pekat dan kering macam dalam gmbr.

Yang ni saya tak masukkan garam dan gula sebab dah cukup rasa masin dan manis. (saya guna kicap kipas udang)

Resepi Daging Lain Yang Menarik

Selain resepi daging masak kicap, kami juga mempunyai beberapa resepi daging lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!