Tercari resepi nasi ayam yang menarik? Cubalah resepi nasi ayam madu lemon yang dibuat oleh Afy AL Habibi dan dikongsikan di laman Facebook. Resepi dicipta sendiri dan sesuai tekak konfirm sedap.

Di bawah kami tuliskan dengan selengkap-lengkapnya resepi ringkas nasi ayam madu lemon ini. Ramai orang terliur tengok resepi ini. Lelehan sos madu dan lemon menghasilkan perpaduan rasa yang manis dan masam dalam satu gigitan, alangkah membuka selera makan.

Bukan tidak ada yang jual nasi ayam lemon madu di kedai makan, tapi tidaklah banyak mana, sukar juga jika ingin beli. Baik buat sendiri, hasilnya lagi lazat. Bahkan untuk orang yang cuba pertama kali pun puji sedap.

Istimewa nasi ayam ini terletak pada sos madu lemon dan ayamnya. Siap ada letak sunquick lagi. Yang lain semua sama dengan nasi ayam biasa.

Resepi Sos Madu Lemon

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Sup ayam,
  • ½ senduk sunquick,
  • ½ sudu besar perahan buah lemon,
  • 1 sudu besar madu,
  • Bancuhan air tepung jagung (1 sudu besar tepung jagung + 1 senduk sup ayam),
  • Secubit garam/secukup rasa,
  • Dua hirisan lemon tanpa biji,

Cara-cara :

  1. Ambil 2 senduk sup ayam. Masukkan dalam periuk lain.
  2. Tambahkan ½ senduk sunquick dan ½ sudu besar perahan buah lemon.
  3. Masukkan 1 sudu besar madu.
  4. Tuang bancuhan air tepung jagung.
  5. Masukkan secubit garam/ secukup rasa.
  6. Masukkan dua hirisan lemon tanpa biji.
  7. Siap untuk kuah sos lemon yang lazat.
  8. Bila sos sejuk, bolehlah dituang atas ayam.
  9. Taburkan sedikit bijan yang telah disangai.

Resepi Ayam Crispy

nasi ayam madu lemon

Imej via Facebook

Bahan Perap :

  • 1 sudu besar sunquick,
  • ½ sudu kecil kicap Jalen,
  • 1 titik sos ikan,
  • Secubit garam,
  • Secubit perasa,
  • ½ sudu kecil lada sulah,
  • Secubit lada hitam kisar.

Cara-cara :

  1. 1 ketul dada ayam dihiris nipis.
  2. Perapkan bersama bahan perap (gandakan untuk depan belakang).
  3. Lumurkan putih telur.
  4. Taburkan tepung goreng ayam depan belakang. (Boleh guna Tepung Bestari original/tepung jagung dengan serbuk roti putih).
  5. Panaskan minyak.
  6. Sebelum digoreng, golekkan lagi sekali dalam tepung ayam goreng kering. (Kalau ingin kulit luar
  7. tebal, boleh ulang dua kali).
  8. Goreng dalam api sederhana perlahan sahaja supaya isinya tidak kering dan masak sekata.
  9. Kepingan isi ayam goreng yang sedia untuk ditoskan.
  10. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain nasi ayam madu lemon, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.