Kali ini kami akan berkongsikan resepi popia basah homemade. Sesiapa yang tercari resepi popia basah sila simpan resepi ini untuk mudah digunakan bila-bila masa.

Popia basah sedap dijadikan kudapan minum petang. Layan popia basah bersama keluarga jadi makin sedap. Selain itu kudapan ini juga paling banyak di jual di bulan ramadhan.

Popia basah boleh dibeli di pasar malam. Dijual RM 1 untuk satu biji popia basah. Lebih baik buat sendiri, lagi puas dan untung bukan?

Resepi popia basah mudah dan sedap dikongsikan oleh Ziela Lewis di laman Facebook. Perkongsian ramai ini patut cuba di rumah. Boleh dibuat untuk makan sendiri ataupun untuk dijual. Selamat mencuba.

Resepi Popia Basah Homemade

Imej via Facebook

Bahan-Bahan Kulit Popia :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 biji telur putih,
  • ¾ cawan air,
  • 2 sudu makan cuka,
  • Secubit garam.

Cara Membuat Kulit Popia :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati. Boleh guna tangan @ sudu. Jika adunan nampak pekat, boleh tambah air sedikit. Tutup dan perap 30 minit.
  2. Selepas ½ jam, panaskan kuali leper @ non stick pan, ambil sejemput adunan dan lengserkan di atas kuali nipis-nipis.
  3. Biar seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis.
  4. Kulit popia ini boleh diletak bertindan sebab dia tidak melekat.

Bahan Sos Popia :

  • 12 @ 14 cili kering, buang biji, rebus dan toskan kemudian dikisar dengan 1 cawan air. Kisar halus.
  • 1 biji bawang besar,
  • 5 ulas bawang putih,
  • 2-3 sudu gula perang,
  • 1 sudu gula pasir,
  • 1 sudu kicap manis,
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara Buat Sos :

  1. Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus. Tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula perang, gula pasir dan kicap manis. Masak hingga pekat menggunakan api perlahan.
  4. Tambah garam secukupnya.

Bahan-bahan Inti Popiah:

  • Sengkuang (jika suka hiris nipis @ memanjang),
  • Taugeh dibersihkan,
  • ½ biji kubis diracik halus,
  • 1 batang lobak merah dihiris memanjang,
  • Segenggam udang dipotong kecil. Buang kepala dan ekor,
  • ½ labu bawang besar cincang halus,
  • 2 ulas bawang putih cincang halus,
  • Udng kering ditumbuk halus,
  • Garam dan minyak untuk menumis.

Cara-cara Sediakan Inti:

  1. Tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Guna api sederhana.
  2. Masukkan kubis dan lobak merah. Kacau hingga layu.
  3. Masukkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya.
  4. Bahan inti dimasak sekejap saja.

    Imej via Facebook

Bahan Tabur :

  • Kacang tanah disangai, buang kulit dan tumbuk,
  • Udang geragau kering, disangai dan tumbuk halus,
  • Bawang goreng.

Cara-cara :

  1. Sediakan kulit popia dan sapukan sos sedikit.
  2. Masukkan inti.
  3. Gulung kemas popia. Buat sampai habis.

    Imej via Facebook

  4. Curahkan sos di atas popia tadi, tabur dengan bahan tabur. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi popia basah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.