Tak tau nak masak apa untuk minum petang? Jangan risau. Apa kata anda cuba resepi kek pandan gula melaka ini. Memang tak rugi cuba sebab sedap sangat!

Langkah langkah yang ditunjukkan juga mudah untuk difahami. Jadi, jangan risau sekiranya anda baru pertama kali ke dapur untuk mencuba resepi ini.

Resepi ini dikongsikan oleh Huzzaeen Rosli dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Kek Pandan Gula Melaka

Resepi Kek Pandan Gula Melaka

Imej via Facebook

Pertama kali mencuba resepi kek pandan gula melaka terus jatuh hati. Tak berenti nak ngap kalau duduk depan mata

Bahan bahan

Kek

  • 200gm Tepung Gandum
  • 1/2st baking powder
  • 1/23g unsalted butter
  • 1/2st aising vanilla
  • 20g gula kastor
  • 2biji telur gred A
  • 75g santan kotak *
  • 25g air *
  • 2sb jus pandan *
  • pewarna hijau *

Nota : Campur sekali bahan bahan bertanda *

Gula Melaka Swiss Meringue Butter cream Frosting

  • 500g gula melaka hancur
  • 2 helai daun pandan
  • 1/8 cawan air
  • 3 biji putih telur
  • 110g gula kastor
  • 150g unsalted butter
  • secubit garam
  • 1 sudu aising vanilla

Cara cara Memasak

  1. Panaskan over
  2. Ayak tepung dan baking powder
  3. Pukul mentega, vanilla dan garam hingga kembang
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga gebu
  5. Masukkan telur pukul hingga sebati
  6. Masukkan campuran santan, air, jus pandan dan pewarna
  7. Masukkan tepung, gaul sebati
  8. Masukkan ke dalam acuan dan bakar sehingga masak (160 darjah selama 25 minit)
Resepi Kek Pandan Gula Melaka

Imej via Facebook

Frosting

  1. Untuk menyediakan caramel
  2. Campurkan gula melaka, daun pudina dan air dalam periuk dan masakkan.
  3. Kacau hingga hancur. Sediakan dahulu.awal. Biarkan sejuk
  4. Campurkan putih telur, gula dan garam dalam bekas kalis panas dan boiler. Pastikan gula hancur
  5. Pukul adunan telur hingga kental
  6. Perlahankan mixer dan campur butter sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati
  7. Campurkan karamel gula melaka dan pukul hingga sebati
  8. Sedia dipaip ke atas kek

Selamat Mencuba

Resepi Kek Lain Yang Menarik

Selain resepi kek pandan gula melaka, kami juga mempunyai beberapa resepi kek lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

 

Penulis: Nabilah Ruza

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.