Jom baca koleksi aneka resepi cucur.

Petang-petang memang paling seronok kalau bercucur. Buat cucur kesukaan anda untuk dihidangkan pada masa petang mahupun sebagai hidangan sarapan pun boleh.

Masakan cucur adalah paling simple kerana bahan-bahannya mudah didapat dan menyediakannya pula tidaklah memakan masa. Paling sesuai untuk anda-anda yang sibuk dan tidak punya banyak masa untuk memasak.

Terdapat pelbagai jenis cucur dan kesemua jenis itu telah kami sediakan di bawah ini untuk memudahkan anda memilih idea untuk masak cucur. Resepi-resepi di bawah ini gerenti sedap dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Makan cucur pula paling sedap cicah dengan sos seperti sos cili, sos kacang dan sos lainnya. Cucur dan sos memang selalu bergandingan. Dan tanpa merisaukan hal itu di bawah ini juga tersedia resepi sos makan bersama cucur. Tunggu apa lagi, jom cuba 25 resepi cucur di bawah ini.

1. Resepi Cucur Jagung

cucur jagung

Imej via Facebook

Cucur jagung yang super rangup, rasa lemak manis jagung 100%, kekal lembut walaupun sudah sejuk dan paling penting tidak serap minyak. Yang ini wajib cuba sebab sedap sangat! Resepi daripada Fatin Najwa Misuan di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 3 cawan jagung,
  • Udang geragau (kalau tidak ada udang geragau, boleh ganti udang kertas),
  • Tepung gandum 4 sudu,
  • Tepung ubi 2 sudu,
  • Telur 1 biji,
  • Bawang merah 2 biji tumbuk kasar,
  • Bawang putih 1 biji tumbuk kasar,
  • Daun bawang,
  • Lada besar,
  • Garam 1 sudu kecil.

Cara-cara :

  1. Jagung ditumbuk dulu, tapi jangan lumat. Biarkan ada yang berbiji sedikit.
  2. Gaulkan semua bahan. Kalau jagung agak tawar, letak 1 sudu kecil gula. Bancuhan akan jadi macam banyak jagung.
  3. Tepung tadi akan bantu bagi tekstur rangup dan melekatkan jagung.
  4. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas supaya cucur tidak serap minyak.
  5. Taburkan daun bawang segar dan cili padi untuk bagi wangi.
  6. Cicah dengan sos thai.
  7. Siap.

2. Resepi Cucur Badak

cucur badak

Imej via Facebook

Cucur badak paling legend, adakah peminat cucur badak di sini. Merujuk kepada resepi yang didatangkan dari Dainisha Sudahia Darwish di laman Facebook konfirm cucur badak anda cantik kejadiannya. Boleh buat stok frozen.

Bahan-bahan :

  • 1 kilogram keledek dikukus,
  • 250 gram tepung gandum,
  • 50 – 60 gram butter atau majerin ikut kelembutan,
  • Sedikit garam halus.
  • (Kesemua bahan dilenyek semasa masih panas bersama garam dan dibiarkan sejuk sebelum dicampur dengan tepung dan butter dan sebatikan jadi doh yang lembut).

Bahan Inti Kelapa Pedas :

  • 2 biji kelapa parut putih,
  • 5 biji bawang kecil,
  • 3 ulas bawang putih,
  • ½ inci halia,
  • 2-3 batang serai,
  • 1 sudu besar jintan manis ,
  • Segenggam udang kering,
  • 15 ekor udang segar digoreng sebentar dan ditumbuk ,
  • 15 tangkai cili kering dibuang biji.

Cara Buat Inti :

  1. Mula-mula blender semua bahan kecuali kelapa.
  2. Kemudian tumis bahan blender hingga naik bau.
  3. Lalu tambah sedikit air asam jawa dan masukkan garam, gula dan sedikit maggi cukup rasa.
  4. Kacau sebati bahan dan masukkan kelapa.
  5. Masak hingga sedikit kering.

Cara Buat Doh Cucur Badak :

  1. Keledek dikukus hingga empuk.
  2. Kemudian masa masih panas tadi terus lenyek halus keledek, beri sedikit garam.
  3. Biarkan sejuk dulu baru campur tepung dan uli hingga jadi doh.
  4. Kemudian timbang 30 atau 40 gram doh dan letak inti.
  5. Kemaskan.
  6. Kalau melekat ditangan, sapu tangan dengan sedikit minyak masak.
  7. Kalau mau frozenkan, goreng sebentar dengan api sederhana.
  8. Goreng separuh masak dan sejukkan diatas towel kitchen baru kemas dan frozenkan.
  9. Siap.

3. Resepi Cucur Ikan Bilis Stick

cucur ikan bilis

Imej via Facebook

Kudapan untuk petang-petang. Cucur ikan bilis versi stick dicicah dengan sos cili ala Thai. Resepi dikongsikan oleh Rose Eatie di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • 2 cawan air,
  • Sedikit garam,
  • Sedikit minyak masak,
  • Segenggam ikan bilis ditumbuk,
  • 1 kiub pati ikan bilis@ayam,
  • Daun sup dan lada merah cincang.

Cara-cara :

  1. Mula-mula didihkan air bersama minyak dan garam.
  2. Sementara itu gaulkan tepung, ikan bilis tumbuk, daun sup dan cili cincang.
  3. Kemudian tuang air didihan dalam tepung dan gaul dengan sudip.
  4. Kepal dan gelek doh secara memanjang bentuk seperti stick.
  5. Potong ikut panjang mana yang kita mahu.
  6. Panaskan minyak dan goreng dengan api besar.
  7. Kalau doh susah dibentukkan sapu minyak dekat tangan.

Bahan Sos Cili Ala Thai :

  • Cili api ,
  • Garam,
  • Gula,
  • Cuka,
  • Nampla (sos ikan),
  • Sedikit tepung jagung,
  • 5 ulas bawang putih.

Cara Menyediakan Sos :

  1. Tumbuk cili api bersama bawang putih dan garam.
  2. Masukkan dalam kuali dan tuang air.
  3. Bila air sudah mendidih, masukkan gula, nampla, kemudian masukkan tepung jagung (larutkan dengan air sesudu kecil terlebih dulu).
  4. Masak ikut kepekatan yang kita mahu. Siap.

4. Resepi Cucur Udang

cucur udang

Imej via Facebook

Sangat mudah buat cucur udang yang rangup di luar dan lembut di dalam. Resepi daripada Mazitah Ahmad Nur Solehah di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • *Tepung gandum ½ kilo,
  • *Serbuk kunyit sedikit (jika perlu),
  • *Garam secubit,
  • *Gula 2 sudu besar,
  • *Telor 1 biji,
  • *Sedikit serbuk soda bikarbonat,
  • Daun kucai,
  • Tauge,
  • Udang, dicuci bersih tanpa membuang kulit, kepala dan ekor.

Cara Membancuh Adunan Tepung :

  1. Mula-mula campur semua bahan bertanda * dan gaul rata.
  2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul bahan sampai sebati sehingga hilang ketulan-ketulan tepung.
  3. Setelah sebati semua baru masukkan daun kucai, tauge dan
  4. udang. Gaul rata, ketepikan dan rehatkan doh sebentar dalam masa setengah jam.
  5. Setelah cukup tempoh perapan boleh mula goreng cucur.

Bahan Kuah Kacang :

  • ½ kg kacang tanah yang digoreng tanpa minyak atau disangai,
  • Buang kulit dan kemudian kisar kering sehingga hancur.
  • *15 biji cabai kering dipotong dan rendam dengan air sehingga kembang.
  • * Bawang besar 1 labu,
  • * Bawang putih 2 ulas,
  • * Serai 1 batang.

Cara Membuat Kuah Kacang :

  1. Mula-mula kisar semua bahan-bahan bertanda *.
  2. Kemudian tumis bahan-bahan yang dikisar tadi. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan air dan kacang tanah yang dikisar, anggaran air mengikut kepekatan citarasa kuah masing-masing.
  4. Masukkan gula, garam secukup rasa dan bahan perasa jika perlu.
  5. Masak sehingga pecah minyak dan betul-betul masak, kemudian tutup api.
  6. Siap.

5. Resepi Cucur Balak

cucur balak

Imej via Facebook

Resepi berikutnya ialah cucur balak. Tapi mesti ramai yang tidak tahu resepi ini. Resepi mudah didatangkan daripada Roslina Shaari Ina Kie di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Tepung gandum,
  • Air,
  • Garam,
  • Minyak,
  • Telur.

Cara-cara :

  1. Blender semua bahan dan letak pewarna kuning.
  2. Tuang dalam bekas dan letak daun kucai.
  3. Bancuhan seperti kuih ketayap.
  4. Dadarkan dan kemudian gulung. Buat sampai habis.
  5. Selepas itu goreng pula sampai keperangan.
  6. Sudah siap belah tengah dan letak kuah kacang.
  7. Kuah kacang buat sendiri atau beli dekat orang jual sate.
  8. Siap.

6. Resepi Cucur Kembung Susu

cucur kembung susu

Imej via Facebook

Cucur yang manis dan lembut ialah cucur kembung atau cucur manis. Dainisha Sudahia Darwish di laman Facebook pula membuat cucur kembung susu yang lemak manis. Resepi simple sangat dan sedap.

Bahan-bahan :

  • 3 cawan tepung gandum,
  • Garam,
  • ½ cawan susu pekat manis,
  • 3 cawan air mendidih.

Cara-cara :

  1. Tepung diayak terlebih dahulu.
  2. Kemudian masukkan secubit garam dan gaul dengan tepung.
  3. Masukkan ½ cawan susu pekat manis.
  4. Masukkan pula 3 cawan air mendidih dan kacau hingga kental.
  5. Kalau air tidak mendidih tidak jadi nanti.
  6. Biarkan sejuk suam-suam kuku baru bulatkan.
  7. Sapu sedikit minyak di tapak tangan dan susun dalam loyang.
  8. Buat hingga habis.
  9. Goreng dengan minyak yang banyak.
  10. Pastikan minyak benar-benar panas baru masukkan bebola yang sudah dibulatkan.
  11. Bila bebola sudah masak, perlahankan api sedikit dan balik-balikkan selalu sehingga bebola cucur terapung dalam minyak hingga kekuningan.
  12. Toskan dan sedia dihidangkan.

7. Resepi Cucur Telur

cucur telur

Imej via Facebook

Menu petang hari dengan cucur telur. Susah jumpa orang jual kuih ini. Tidak ramai orang pandai buat cucur telur supaya dapatkan kerangupannya. Namun Bisneswomen Fiza di laman Facebook membagikan resepi cucur telur yang boleh diikuti oleh semua orang.

Bahan Doh :

  • Tepung gandum 400 g,
  • Planta 50g,
  • Telur sebiji,
  • Air garam setengah cawan (2 cubit garam),

Bahan Inti :

  • Daun kucai 50 sen,
  • Bawang besar 3 biji,
  • Telur 2 biji,
  • Cili besar 3 tangkai.

Cara Buat Doh :

  1. Larutkan tepung planta dan telur dahulu.
  2. Lepas itu masukkan air garam sedikit demi sedikit. Siap doh.
  3. Bulatkan kecil-kecil sehingga mendapat 10-15 biji (biasanya setengah kg tepung akan dapat dalam 15 biji ikut size yang disuka).
  4. Doh yang siap dibulatkan itu perlu disapu planta disekelilingnya.
  5. Restkan doh yang sudah disapu planta selama 5-6 jam (simpan dalam peti pun boleh).

Cara Buat Inti :

  1. Potong kesemua bahan inti.
  2. Panaskan kuali dan terus letakkan bahan-bahan inti dan biarkan air bawang menjadi kering dulu baru letak telur dan secubit garam.
  3. Siap.

Cara Balut :

  1. Doh yang di dalam peti dikeluarkan dahulu 10 minit sebelum canai.
  2. Canaikan doh dan letak inti di tengah.
  3. Balut macam balut murtabak.
  4. Sebelum goreng letak planta atau minyak di atas doh yang sudah dibalut.
  5. Sebelum goreng harus tarik-tarik hujungnya.
  6. Goreng dalam minyak penuh (macam goreng karipap).
  7. Siap.

8. Resepi Cucur Nasi Stick

cucur nasi

Imej via Facebook

Nampak seperti sosej bukan? Tapi ini bukan sosej, ini cucur nasi versi stick. Anak-anak sangat suka makan ini terutamanya yang jenis susah makan nasi. Resepi daripada Rose Eatie di laman Facebook ini boleh dijadikan rujukan jika ada yang mahu berjualan.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan nasi ditumbuk lumat,
  • 1 cawan tepung gandum,
  • 2 kiub ayam,
  • ½ cawan air,
  • Sedikit garam,
  • 3 sudu minyak masak,
  • Daun ketumbar @ sup kalau suka.
  • Kalau mahu buat banyak gandakan bahan-bahan tapi sentiasa kena pastikan air tuang sedikit-sedikit ya.

Cara-cara :

  1. Didihkan air dengan garam dan minyak masak.
  2. Sementara itu, gaul tepung dengan kiub ayam dan nasi (tumbuk dulu nasi sampai lumat. Jangan blender untuk elakkan ada air dalam nasi).
  3. Gaul sebati semua bahan dengan meramas-ramasnya.
  4. Kemudian tuang air panas yang mendidih sedikit demi sedikit, jangan tuang semua. Tuang sambil gaul ya.
  5. Bentukkan sama panjang dan potong ikut saiz yang kita mahu.
  6. Lalu goreng dalam minyak panas dan api yang besar, jangan guna api yang kecil sebab akan pecah nanti.
  7. Jika sudah siap goreng, letak sos dan mayonis.
  8. Boleh ditambah isi ayam rebus kalau suka.

9. Resepi Cucur Jawa

cucur jawa

Imej via Facebook

Memasak kuih tradisional memang kena bersabar. Cucur jawa masak dari bahagian tepi terus perlahan-lahan ke tengah. Resepi cucur jawa comel dikongsikan oleh ‎Zuraita Mohd Anua‎ di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 ½ cawan gula merah *
  • ½ cawan gula pasir *
  • 2 cawan air *
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 2 cawan tepung beras,
  • Sedikit garam.

Cara-cara :

  1. Masak kesemua bahan-bahan bertanda * sehingga larut. Sejukkan.
  2. Kemudian masukkan tepung dan garam. Kacau sebati dengan handwhisk, kalau tidak ada handwhisk guna senduk pun boleh.
  3. Lalu tapis adunan takut ada tepung yang berketul-ketul lagi.
    Perap adunan sekurang-kurangnya 3 jam. Lagi lama lagi bagus.
  4. Panaskan minyak sedikit (bukan banyak seperti deep fry, cukup sekadar dapat goreng 1 keping cucur). Minyak dan api kena dipertahankan kepanasannya. Jangan pula sekejap besar sekejap kecil apinya.
  5. Sendukkan adunan dalam minyak dan goreng hingga bahagian tengahnya menggelembung, baru diterbalikkan.
  6. Goreng satu per satu hingga habis.
  7. Siap.

10. Resepi Cucur Topi Kelantan

cucur topi kelantan

Imej via Facebook

Siapa pernah makan cucur topi Kelantan? Selain daripada orang Kelantan, anda mesti jarang makan cucur topi ini bukan? Sedap rasanya dan anda patut cuba buat sendiri. Resepi daripada Fa Ra yang dikongsikan di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung beras,
  • 2 2/3 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu kecil garam,
  • 1 cawan gula,
  • 3@4 cawan air bergantung kepada kepekatan dan jangan terlalu cair.

Cara-cara :

  1. Campur kesemua bahan dan kacau hingga tidak berketul.
  2. Kemudian tapis adunan. (Saya tapis selepas perap masa akan goreng).
  3. Perap semalaman. Tidak payah perap dalam peti. Cukup guna plastik wrap atau bubuh dalam bekas.
  4. Panaskan kuali, goreng dengan minyak yang sedikit dengan api sederhana.
  5. Ambil adunan sesenduk dan tuang sedikit di tengah-tengah lalu angkat tinggi (macam buat teh tarik).
  6. Biarkan bahagian tepinya garing sekejap namun jangan terlalu hangit.
  7. Angkat dan tos menggunakan tisu bagi meresap minyak.
  8. siap.

11. Resepi Cucur Ayam

cucur ayam

Imej via Facebook

Budak-budak kalau jumpa makanan ini konfirm terus habis dan licin. Buat untuk potluck ataupun buat menu petang pun boleh. Resepi daripada Tengku RosElyza Raja Muhammad‎ di laman Facebook. Resepi ini tidak menggunakan tepung.

Bahan-bahan :

  • Ayam (ambil bahagian isi dagingnya sahaja),
  • Bawang merah (hiris dadu),
  • Cili merah ,
  • Daun sup/daun kucai/daun bawang,
  • Sedikit garam,
  • 1-2 biji telur (kalau ayam banyak, tambahkan telur).

Cara-cara:

  1. Mula-mula rebus ayam terlebih dahulu.
  2. Selepas rebus, kisar ayam sehingga hancur (letak air sedikit saja untuk bagi basah).
  3. Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
  4. Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana.
  5. Jika sudah kekuningan, sedia untuk diangkat.
  6. Siap.

12. Resepi Cucur Bawang Bilis

cucur bawang

Imej via Facebook

Resepi yang dikongsikan oleh Norsiah Zakaria di laman Facebook ini amat mudah untuk dicubakan di rumah. Makan cucur bawang bilis petang-petang sebagai kudapan dicicah sos cili sedap sungguh. Cucur bawang bilis sedap dimakan panas-panas. Boleh kenyang makan camilan ini.

Bahan-bahan :

  • Ikan bilis.
  • Tauge dan kucai,
  • Bawang besar 2 biji dihiris,
  • Tepung gandum 4 cawan,
  • Air panas 4 cawan – didihkan air,
  • Garam 1 sudu kecil.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan dalam besen dan curah air panas ke dalamnya.
  2. Gaul semua bahan dengan senduk.
  3. Panaskan minyak dalam kuali sementara itu kepalkan bancuhan tepung itu bulat bulat dan goreng.
    Nota : Air mesti yang mendidih.

13. Resepi Cucur Manis Versi Stick Viral!

resepi cucur manis versi stick

Imej via facebook

Membuat cucur itu sangat senang, gaul-gaul lepas tu goreng. Tetapi, terkadang chef-chef kat rumah ni ada terkendala dengan macam mana nak buat cucur bulat dan cantik tu, guna sudu, guna tangan pun masih gagal juga, tidak menjadi bulat dan cantik. Resepi dikongsikan oleh Fiesya Tahir di facebook. Ini ialah resepi cucur manis yang sangat simple dan menghasilkan bentukan cucur yang lagi cantik seperti stick.

Bahan-bahan yang Digunakan

  •  2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 3 sudu gula
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

Cara Membuat Cucur Manis Stick

1. Didihkan air bersama gula, minyak dan garam
2. Masukkan kedalam tepung gandum
3. Gaul sebati
4. Biarkan sejuk seketika
5. Bentuk dengan cara gulung diatas dulang panjang. Selepas itu potong.
6. Goreng dengan api sederhana hingga garing.

Tips :

Tak perlu basahkan tangan dengan air or minyak sebab adunan tak melekat di tangan.
Guna tepung gandum cap bunga ROS MERAH sebab dah try jenis lain tidak jadi dan adunan jadi lembik.

Selamat mencuba resepi Cucur Manis Versi Stick

14. Resepi Cucur Sosej Kentang

Imej via Facebook

Sarapan pagi bersama cucur sosej kentang. Cucur sosej kentang amat lembut kejadiannya. Suhana Adila Abd Rahman berkongsikan resepi cucur sosej kentang di laman Facebook. Selain sebagai menu sarapan, cucur sosej kentang pula sedap untuk dijadikan kudapan petang-petang.

Bahan-bahan :

  • 500 gram tepung gandum,
  • 1 biji telur,
  • 8batang sosej dipotong nipis,
  • 1 biji bawang Holland,
  • ½ batang lobak merah,
  • 1 biji ubi kentang (dipotong dadu),
  • Daun bawang (agak-agak),
  • Garam,
  • Maggi cukup rasa,
  • ½ sudu kecil soda bikabonat.

Cara-cara :

  1. Satukan bahan-bahan dalam satu bekas dan campurkan air sejuk (agak-agak adunan tidak cair sangat dan tidak keras sangat)
  2. Goreng dengan minyak yang banyak. (Minyak betul-betul baru masukkan cucur supaya cucur tidak serap minyak).

15. Resepi Cucur Kentang

Imej via Facebook

Kentang dipotong panjang-panjang. Masa digoreng, kentang akan jadi lembut tapi rangup. Cucur ubi kentang cukup mengenyangkan, sesuai sanga untuk menu sarapan. Setiap gigitan aka nada bunyi krupkrap! Terliur? Cuba masak sendiri resepi dikongsikan oleh ‎Marziah Mahidin II di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Sebiji ubi kentang,
  • Sebiji bawang besar,
  • 4 sudu tepung gandum,
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit,
  • Sedikit garam dan gula.

Cara-cara :

  1. Potong-poong kentang,
  2. Gaulkan kentang dengan kesemua bahan.
  3. Goreng macam biasa. Siap.

16. Resepi Cucur Kicap

Imej via Facebook

Pernahkah anda merasa cucur kicap? Cucur kicap ini sebenarnya ialah cucur yang dibuat dengan adunan tepung dan sayur kemudian disiram sos kicap di ke atasnya. Sos kicap ada resepinya lagi sedap dan lazat. Kudap-kudap petang cucur kicap resepi dikongsikan oleh Mason Maur di laman Facebook.S

Bahan-bahan :

  • 500 gram tepung gandum,
  • 2 sudu tepung beras (untuk kesan ranggup),
  • Air 750 ml,
  • Garam,
  • Sayur daun manis (gunting halus-halus).

Bahan Sos :

  • Bawang putih 2 ulas,
  • Cili padi,
  • Air perahan limau,
  • Gula,
  • Kicap,
  • Gula melaka.

Cara menyediakan cucur :

  1. Larutkan garam dalam air 750 ml .
  2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk yang mudah untuk gaul adunan. Gaul sehingga sebati.
  3. Boleh digoreng adunan dalam minyak panas.

Cara menyediakan sos :

  1. Blend kesemua bahan kecuali gula melaka. Masak di atas kuali, masukkan gula melaka.
  2. Untuk pekatkan, guna tepung jagung laruntukan dengan air sedikit).
    Tips : Panaskan senduk dalam minyak supaya adunan tidak melekat di senduk.

17. Resepi Cucur Labu

Imej via Facebook

Cucur labu ini kegemaran ramai kerana ianya sangat lembut, sangat sedap dan lemak manis. Siapa-siapa pun mesti cuba resepi yang dikongsikan Fauziah Yahya di laman Facebook ini.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan labu dilecek (direbus dulu),
  • 1 cawan gula,
  • 1 ½ cawan tepung gandum,
  • 1 sudu kecil baking powder,
  • 1 sudu kecil garam,
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara :

  1. Masukkan labu yang dilecek bersama gula dan garam.
  2. Kemudian masukkan tepung dan baking powder. Kacau sebati.
  3. Goreng cucur labu dengan api yang kecil. Siap.

18. Resepi Cucur Durian

Imej via Facebook

Serawa durian sudah biasa apalagi pulut durian sudah sangat biasa. Kalau cucur durian macam mana pula sudah biasa makan kah? Wan Muhammad Hafiz Satar berkongsiakan resepi cucur durian di laman Facebook. Agak-agak sedap tidak? Mestilah sedap sudahpun dapat perkongsian ramai di Facebook. Kena sediakan inti durian terlebih dulu. Resepi lengkap di bawah ini.

Bahan Inti :

  • 1 tin susu cair,
  • 10-15 ulas isi durian (dibuang biji),
  • 5-6 sudu gula (kalau suka manis boleh letak banyak).
  • Secubit garam,
  • 4-5 sudu tepung kastard (bancuh dengan sedikit air).

Cara-cara :

  1. Panaskan susu cair.
  2. Masukkan gula, garam dan isi durian.
  3. Kacau sampai mendidih pastu boleh masukkan tepung kastard. Kacau sampai likat. Siap.

Bahan Tepung Cucur :

  • ½ kg tepung gandum,
  • 1 sudu baking powder,
  • Garam,
  • Air.

Cara-cara :

  1. Ayak tepung dengan baking powder.
  2. Masukan garam dan air. Kacau sampai sebati.
  3. Tepung tidak boleh cair sebab inti diletak masa akan menggoreng.

Cara Goreng :

  1. Cedok satu sudu tepung masukkan dalam senduk, letak inti durian kemudian kaup tepung hingga menutup inti.
  2. Goreng dalam kuali yang dipanaskan dengan minyak.

19. Resepi Cucur Sayur

Imej via Facebook

Cucur sayur atau ada yang panggil bakwan. Merupakan sayur-sayuran yang dihiris dan dicampur dalam adunan tepung cucur. Selalunya pakai kobis dan lobak merah. Dimakan dengan sos cicah sangat menyelerakan. Jom buat cucur sayur resepi dikongsikan oleh ‎Hernee Nazir‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu tepung beras,
  • 4 sudu tepung bestari pedas/original (kalau ada, kalau tidak ada pun tidak apa).
  • 1 biji telur,
  • Sedikit garam,
  • Sedikit serbuk kunyit,
  • Air sejuk,
  • 1 ½ cawan carrot sagat atau potong halus,
  • 1 ½ cawan hirisan kobis,
  • 5 tangkai daun bawang,
  • 1 labu bawang besar hiris kasar,
  • 1 batang lada merah hiris halus.

Cara-cara :

  1. Bancuh kesemua bahan dengan air sejuk. Agak-agak jangan pekat dan jangan terlalu cair. Gaul rata.
  2. Goreng menggunakan minyak yang banyak.

Sos Pencicah :

  • 2 biji lada merah*,
  • 1 ulas bawang putih*,
  • ½ sudu gula pasir*,
  • 4 sudu sos cili,
  • 4 sudu air panas,
  • Cuka makan.

Cara-cara :

  1. Kesemua bahan bertanda * ditumbuk lumat. Kalau tidak lumat boleh ditapis.
  2. Kemudian campurkan dengan 4 sudu cili sos dan 4 sudu air panas.
  3. Lepas tumbuk nampak tidak berapa lumat boleh diblend.

20. Resepi Cucur Sosej dan Isi Ketam

Imej via Facebook

Seterusnya kami berkongsi resepi cucur sosej dan isi ketam yang didatngkan daripada Rosma Ros di laman Facebook. Kudapan ini merupakan kegemaran anak kerana ada sosej da nisi ketam membuat rasanya makin menarik.

Bahan dipotong :

  • 5 batang sosej,
  • 7 batang isi ketam,
  • Sebiji bawang besar,
  • 2 biji cili merah besar,
  • Kucai/daun sup.

Bahan lain :

  • 4 cawan tepung gandum,
  • 4 cawan air panas (kalau suka cair cukup tambah air biasa).
  • Satu sudu besar pati ayam,
  • Garam secukupnya,
  • Gula satu sudu besar.

Cara-cara :

  1. Masukkan tepung dan semua bahan dalam bekas.
  2. Curah air panas ke dalam adunan.
  3. Gaul dengan sodep kayu hingga sebati. Biarkan sejuk.
  4. Jika sudah sejuk sedikit, gaul sebati dengan tangan. Rasakan.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak. Siap.

21. Resepi Cucur Jagung Udang

Imej via Facebook

Kalau cucur udang sahaja macam sudah biasa. Kali ini pula cucur udang jagung. Rangup udang dan manis jagung jadi kombinasi yang melazatkan. Mari cuba buat cucur jagung udang oleh Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Jagung,
  • Sweet corn (dalam tin),
  • Tepung gandum,
  • Udang,
  • Cili Padi @ cili merah (ikut kepedasan anda),
  • Bawang,
  • Daun Kucai,
  • Telur,
  • Garam,
  • Air.

Cara-cara :

  1. Gaulkan semua adunan sehingga sebati.
  2. Biarkan seketika dan boleh digoreng sehingga kekuningan.
  3. Cicah bersama sos @ sambal kicap dan teh o panas.

22. Resepi Cucur Roti Berlauk

Imej via Facebook

Kami pastikan anda yang sekali cuba mesti teringin lagi makan cucur roti. Cucur roti rangup di luar namun lembut di dalam. Lagi ianya bukan cucur roi biasa melainkan cucur roti berlauk. Jadi menu sarapan cicah dengan sos sedap betul. Resepi dikongsikan oleh ‎Mleisya Scarf Comel Sokmo di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 6 keping roti dipotong-potong kecil,
  • 2 biji telur,
  • Sosej,
  • Isi ayam,
  • Bawang merah,
  • Lobak merah,
  • Daun ketumbar@daun sup,
  • Secubit garam.

23. Resepi Cucur Sardin

Imej via Facebook

Makanan tin satu ini memang boleh dipelbagaikan dalam hidangan. Salah satunya yang menarik ialah cucur. Cucur sardin dibuat dengan menggunakan sardin dalam tin yang dilenyek dengan adunan tepung kemudian digoreng. Rasanya jadi macam cucur ikan tapi versi lain dan lebih sedap. Sila cuba resepi cucur sardine daripada Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Tepung gandum secukupnya,
  • Sebijik telur,
  • 2 ekor ikan sardin dilenyek dengan kuahnya sekali,
  • 1 biji bawang besar,
  • Daun bawang,
  • Garam,
  • Kunyit.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan gaul rata.
  2. Goreng macam cucur biasa.

24. Resepi Cucur Maggi

Imej via Facebook

Petang-petang kalau tidak ada idea masak cubalah buat resepi ini. Sekadar mengambil inspirasi untuk dijadikan idea dalam menu kita tidak salah kan. Resepi cucur udangg maggi memang sedap cara membuatnya pula amat mudah. Resepi dikongsikan oleh ‎Ila Najwa‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Udang,
  • Daun kucai.
  • Daun sup.
  • Bawang besar,
  • Taugeh,
  • Cili merah.
    (Potong-potong bahan di atas).
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 2 bungkus Maggi perisa ayam,

Cara-cara :

  1. Celurkan maggi. Toskan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain masukkan tepung gandum. Bancuh tepung macam adunan cucur biasa.
  3. Masukkan bahan-bahan yang sudah dipotong tadi. Gaul rata sampai sebati.
  4. Kalau sudah siap gaul semua bahan barulah masukkan maggi yang telah siap dicelur tadi.
  5. Masukkan pulak serbuk perencah ayam maggi. Gaul lagi sampai sebati.
  6. Jika sudah mesra kesemua bahan, boleh digoreng.
  7. Sedia dihidangkan dengan sos cili dan mayones.

25. Resepi Cucur Tofu Lembut Berlauk

Imej via Facebook

Resepi terakhir yang tidak kalah menarik ialah cucur tofu. Benda putih nan lembik ini sesuai untuk dimasak macam mana pun termasuklah cucur. Semestinya cucur tofu teramatlah sedap. Rangup di luar namun sentiasa lembut dan wangi soya di dalam. ‎MrsMoon MJ‎ berkongsikan resepi cucur tofu di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Bawang Holland,
  • Bawang putih,
  • Cili padi,
  • Daging ayam cincang,
  • Mix veggies,
  • Tofu lembut,
  • Daun sup.
  • Daun bawang,
  • Telur 2 biji,
  • Lada hitam,
  • Perasa.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bawang holland dan bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan cili padi, daging ayam cincang dan mixed veggies. Goreng sampai air ayam kering.
  3. Campur bahan di atas ke dalam mangkuk lain bersama tofu lembut (kukus dulu ya).
  4. Jangan lupa letak daun sup dan daun bawang.
  5. Kemudian masukkan telur. Gaul rata.
  6. Masukkan sedikit serbuk lada hitam.
  7. Perasakan dengan Maggi Cukup Rasa.
  8. Sedia digoreng.

Tips : Jangan goreng deep fry nanti hancur. Guna pan fried (minyak sedikit), macam lempeng supaya tidak pecah.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cucur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.