Siapa yang tidak suka dengan cucur? Confirm anda semua sukakan. Lebih-lebih lagi kalau cucur  itu gebu dan ranggup. Makan satu tanpa sedar dah habis sepinggan.

Membuat cucur itu sangat senang, gaul-gaul lepas tu goreng. Tetapi, terkadang chef-chef kat rumah ni ada terkendala dengan macam mana nak buat cucur bulat dan cantik tu, sudahlah  guna sudu, guna tangan pun failed juga, lagi makin tak bulat dan tidak cantik.

Untuk problem seperti itu anda tidak perlu lagi risau, kami mempunyai penyelesaian untuk masalah anda iaitu dengan resepi  cucur Manis versi stick! So anda tidak perlu lagi buat bulat-bulat cucur manis anda tersebut. Anak-anak pun senang nak makan. (eii macam mana pula tu? )

Baiklah, cucur manis stick ini telah dikongsikan oleh Fiesya Tahir di facebook. Ini ialah resepi cucur manis yang sangat simple dan menghasilkan bentukan cucur yang lagi cantik seperti stick. Silakan dicuba resepi ini…

Resepi Cucur Manis Versi Stick Viral!

resepi cucur manis versi stick

Imej via facebook

Bahan-bahan yang Digunakan

  •  2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 3 sudu gula
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

Cara Membuat Cucur Manis Stick

1. Didihkan air bersama gula, minyak dan garam
2. Masukkan kedalam tepung gandum
3. Gaul sebati
4. Biarkan sejuk seketika
5. Bentuk dengan cara gulung diatas dulang panjang. Selepas itu potong.
6. Goreng dengan api sederhana hingga garing.

Resepi cucur manis stick

Imej via facebook

Resepi cucur manis stick

Imej via facebook

Tips :

Tak perlu basahkan tangan dengan air or minyak sebab adunan tak melekat di tangan.
Guna tepung gandum cap bunga ROS MERAH sebab dah try jenis lain tidak jadi dan adunan jadi lembik.

Selamat mencuba resepi Cucur Manis Versi Stick

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Cucur Manis Versi Stick, kami juga menulis resepi lain dipostingan sebelumnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.