Mahu resepi cucur badak?

Kuih cucur badak merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang lazat rasanya. Cucur badak menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama. Kuih cucur badak sangat digemari dan sedap dihidangkan sebagai camilan petang-petang.

Cucur badak juga biasanya dijadikan juadah untuk berbuka puasa kerana rasanya manis dan sedap. Untuk membuat cucur badak pastikan anda memakai ubi keledek yang berwarna oren atau ungu kerana rasa ubi ini manis walaupun direbus sahaja.

Cucur badak merupakan kuih favorit dalam kalangan kanak-kanak. Kuih tradisional melayu ini selalu jadi pilihan untuk dijadikan camilan. Apabila membuat cucur badak, pastikan anda menggunakan kelapa yang segar agar cucur sedap dan padu.

Berikut ini ialah resepi cucur badak sedap yang dikongsikan oleh Rashidah Kamaruddin di Facebook. Banyak yang mencuba resepi ini dan hasilnya confirm sedap sesuai resepi. Selamat mencuba.

Resepi Cucur Badak

cucur badak

Imej via Facebook

Bahan-bahan untuk membuat inti :

✔ 3 cawan kelapa parut putih. Guna 1 biji kelapa.
✔ 2 batang serai*
✔ 2 ulas bawang merah*
✔ 2 sudu besar udang kering. Letak segenggam kalau suka*
✔ 1 inci kunyit hidup @ serbuk kunyit*
✔ 5-7 tangkai cili kering @ 2-3 sudu besar cili kering kisar. Ikut pedas*
✔ 1/2 sudu teh jintan manis*. Tumbuk halus dahulu sebelum kisar.
✔ 1 sudu kecil garam.
✔ 2 sudu besar gula .
✔ sedikit daun kunyit (hiris halus). Kalau tidak letak pun boleh.
✔ minyak untuk menumis.

Cara Membuat Inti :

1. Kisar bahan-bahan bertanda (*).

2. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan garam dan juga gula. Kacau sehingga agak kering/garing.

3. Masukkan kelapa. Gaul hingga sebati. Kacau selama 10 minit sehingga kelapa benar-benar masak dan sebati.

4. Angkat dan taburkan daun kunyit.

Bahan-bahan untuk kulitnya pula :

✔ 3 cawan ubi keledek yang telah dilecek.
✔ 2 cawan tepung selfraising (tepung naik sendiri).
✔ 1 sudu besar marjerin, untuk jadikan kulitnya garing semasa menggoreng.
✔ 1 sudu kecil garam.

Cara membuat :

1. Rebus ubi dengan air dan sedikit garam sampai empuk, toskan airnya kemudian lecekkan. Jangan letak air terlalu penuh semasa merebus kerana rasa ubi akan tawar. Letak air 3/4 periuk sahaja.

2. Dalam bekas adunan, masukkan ubi yang telah dilecek tadi dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.

3. Masukkan garam yang telah dibancuh dengan satu sudu kecil air panas. Uli sehingga menjadi doh, doh akan melekat sedikit di jari, tidak mengapa. Jangan tambah tepung lagi sebab nanti kulit akan menjadi keras.

4. Apabila inti dan doh sudah jadi, mula buat cucur. Celupkan jari dalam minyak masak, ambil sedikit doh , letakkan inti dan bentukkan. Buat sehingga habis.

5. Goreng kuih sehingga kekuningan dengan minyak dan api sederhana agar kuih masak sekata. Siap!

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cucur badak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.