Ayam masak merah selalunya dihidangkan di kenduri kahwin ataupun majlis majlis yang besar kerana rasanya amat lazat dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Tetapi tahukah anda, anda juga boleh menyediakan ayam masak merah dirumah dan hidangkannya kepada tetamu ataupun keluarga. Resepi ayam masak merah ini mempunyai cara pembuatan yang amat mudah dan bahan – bahan yang senang untuk didapati. Sekiranya anda seorang amatur juga anda boleh menyediakan hidangan ini.

Ayam masak merah adalah masakan tradisi orang Melayu. Rasanya pedas dan manis kena dengan tekak orang kita menjadikannya kegemaran ramai orang. Resepi kali ini adalah sebuah resepi ayam masak merah style orang dulu – dulu. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi yang telah dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad. Dengar cerita, resepi ini mendapat ribuan perkongsian dan komen komen positif di Facebook. Let’s check it out!

Resepi Ayam Masak Merah

ayam masak merah

image via Facebook

Bahan – bahan masakan:

  • 1/2 ekor ayam (lumur bersama kunyit dan garam, goreng separuh masak)
  • 2 senduk kecil cili kering kisar (senduk bancuh air)
  • 2-3 sdb sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 kotak santan
  • 1-2 cawan air
  • Serai diketuk
  • Bunga lawang dan kayu manis
  • 4 biji bawang merah besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji tomato

Cara – cara memasak:

  1. Hiris 2 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia (ketepikan).
  2. Kisar bawang 2 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih dan 1 inci halia (ketepikan)
  3. Panaskan minyak tumis bahan hirisan bersama bunga lawang, kayu manis, halia dan serai sehingga naik bau
  4. Masukkan bahan kisar dan cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  6. Masukkan santan dan tambah air, masak sehingga mendidih.

    ayam masak merah

    image via Facebook

  7. Masukkan tomato yang telah dipotong.
  8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  9. Masak lagi sehingga mendidih dan tutup api

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi ayam masak merah ini, terdapat beberapa lagi resepi yang menarik dan semestinya anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda juga ya! Moga bertemu lagi!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.