Jom buat resepi ikan patin masak tempoyak hari ini!

Anda pernah makan masakan tempoyak?Baiklah untuk anda yang yang tidak tahu, apa itu tempoyak dan apa pula ikan patin masak tempoyak itu. Di sini kami akan kongsikan resepi makanan khas Pahang ini kepada anda semua.

Resepi ini dikongsikan oleh ‎Rohaiza Azreen‎ di Facebook serta sukatan bahan-bahannya mengikut resepi daripada Iyda Halim di Facebook.

Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak.

Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal. Tempoyak juga terkenal di Indonesia (terutama di Palembang, Sumatera dan Kalimantan). Selamat mencuba.

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

ikan patin masak tempoyak

Imej via Google

Bahan-bahan :

1. Ikan patin segar.

patin masak tempoyak

Imej via Facebook

2. Tempoyak ikut suka.

tempoyak

Imej via Google

3. Cili padi 15 biji.
4. Kunyit hidup seinchi.
5. Daun Kesum.
6. Bungan Kantan.
7. Air.
8. Timun kuning atau bendi sebagai pelengkap.

Cara Memasak :

1. Cuci bersih ikan kemudian letak dalam periuk.

2. Tumbuk cili dan kunyit.

3. Setelah kedua-dua bahan lumat, bubuh tempoyak. Gaul sebati. Masukkan ke dalam periuk ikan tadi. (Kalau mahu kuah pekat bubuh tempoyak lebih banyak).

patin masak tempoyak

Imej via Facebook

4. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.

5. Masukkan air. Masak sampai menggelegak.

6. Boleh masukkan timun kuning atau bendi sebagai pelengkap untuk menambah sedap.

7. Masukkan garam dan aji sebagai perasa.

ikan patin masak tempoyak

Imej via Facebook

Ikan patin masak tempoyak siap untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan patin masak tempoyak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.