Kadang-kala mak pening fikir pasal menu untuk anak-anak pergi ke sekolah. Makanan yang boleh dimasak pantas dan senang dimasak.

Kami ada cadangan untuk itu. Ialah pau goreng yang sedap boleh menjadi pilihan para ibu. Pau goreng boleh difrozenkan sehingganya menyediakannya tidak memakan masa dan senang. Buat pau frozen malam, pagi boleh terus goreng balik untuk anak-anak sebelum ke sekolah.

Resepi pau goreng daripada Sha Roziah Al Yahya di laman Facebook ini amat menarik. Resepi menghadirkan pau berintikan kacang merah.

Dengan digoreng, doh pau jadi rangup dan garing. Guna api yang sederhana, tidak masuk minyak. Masak dalamnya dan warna cantik kekuningan. Adunan ini dapat 12-13 biji untuk doh 40 gram.

Resepi Pau Goreng

pau goreng

Imej via Facebook

Bahan Pau :

  • 250 gm tepung gandum,
  • 5 gm yis segera,
  • 20 gm shortening/marjerin,
  • ½ sudu teh garam,
  • 1 sudu teh baking powder,
  • 40 gm gula halus,
  • 1 sdb susu tepung/susu manis,
  • 110 gm air biasa (tuang sedikit-sedikit).

Cara membuat :

  1. Untuk membuat kulit pau, masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
  2. Selepas itu satukan air, yis, shortening, gula dan garam. Uli adunan ini selama 10-15 minit.
  3. Bentuk doh bulat-bulat setiap satu menjadi 40 gm.
  4. Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
  5. Setelah 10 minit, ambil doh dan bentukkan menjadi bulat.
    pau goreng

    Imej via Facebook

  6. Kemudian isikan intinya dan selepas itu ditutup dan dibulatkan.
    pau goreng

    Imej via Facebook

  7. Simpan selama satu jam.
  8. Selepas satu jam barulah digoreng dengan minyak sederhana panasnya.
  9. Goreng sehingga warna keperangan.

Resepi Inti Kacang Merah

inti kacang merah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 250 gram kacang merah (rendam semalaman). Kalau ada pressure cook tidak perlu rendam semalaman pun tidak apa. Pastikan masukkan air yang agak banyak.
  • 1 ketul gula Melaka,
  • Gula sesuai selera,
  • Secubit garam,
  • Air secukupnya,
  • 3-4 sudu minyak jagung/minyak masak,
  • Daun pandan,
  • 3 sudu makan tepung gandum.

Cara-cara :

  1. Mula-mula rebus kacang merah sampai lembut. Matikan api dan biarkan sejuk sebentar.
  2. Masukkan kacang merah tadi dalam blender, masukkan bersama lebihan air rebusan tadi dan blend sampai agak halus. Kalau tidak cukup air, masukkan sedikit lagi air.
  3. Masukkan dalam periuk kacang merah yang sudah siap diblend tadi bersama gula, garam, daun pandan dan baki air tadi. Masak sehingga pekat.
  4. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
  5. Bila adunan kacang merah sudah agak pekat masukkan minyak jagung. Kacau sebati.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pau goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.