Pau merupakan sebuah jenis kuih yang berasal daripada kaum Cina. Ianya sudah lama terdapat di Malaysia. Rasanya juga telah berevolusi selari dengan cita rasa orang kita. Terdapat banyak perisa pau yang boleh didapati sekarang. Ada perisa kari ayam, rendang daging, kacang merah, dan kaya. Namakan sahaja, pasti ada yang menjualnya.

Walaupun pau selalunya boleh didapati di pasaran, ada kalanya ia tidak kena dengan tekak kita. Atau mungkin, kita inginkan pau dalam jumlah yang banyak. Oleh itu, eloklah sekiranya kita menyediakan sendiri pau tersebut.

Resepi yang ingin kami ingin bawakan kali ini merupakan resepi pau kampung gebu yang telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Resepi ini telah dikongsikan oleh Danisha Dhia Darwish.

Resepi Pau Kampung Gebu

pau kampung gebu
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 1 kilo tepung gandum atau tepung pau
  • 1 sudu teh baking powder

Nota: diayak bersama

Bahan B (dilarutkan):

  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 1/4 cawan air biasa (464 g)
  • 1 paket yis instant
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 biji telur

Inti pilihan: Kacang merah

Cara – cara penyediaan:

  1. Ayak tepung bersama baking powder dan garam halus
  2. Satukan bahan B dan kacau sehingga gula larut
  3. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung hingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan dan uli hingga doh licin dalam 6 – 8 minit menggunakan mixer.
  4. Timbang doh 25 g, buat rounding licin pada doh.
  5. Inti ditimbang 8 g.
  6. Ambil doh, leper dan masukkan inti kacang merah dan balut dengan kemas.
  7. Lapikkan dengan kertas paper cup dan susun dalam tray pengukus.
  8. Biar hingga doh naik 1 kali ganda.
  9. Kukus 7 – 10 minit, balut tudung pengukus dengan kain bersih.
  10. Turunkan pengukus ytang sudah masak dengan penutup sekali untuk elak pau berkedut.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi pau kampung gebu ini, pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Selamat mencuba!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.