Pada hari ini, kami akan berkongsikan dengan anda satu resepi kuih yang sangat popular. Kuih ini sesuai untuk dimakan oleh pelbagai lapisan umur tidak kiralah muda ataupun tua. Kuih yang kami katakan ini adalah kuih cara berlauk.

Cara untuk membuat kuih ini tidaklah terlalu remeh dan hasilnya pasti akan memikat selera sesiapa sahaja yang memakannya. Jika mahu lebih sedap letakkan lebih sedikit daging di atas kuih ini. Kebaikan membuat kuih ini sendiri adalah anda dapat membuatnya mengikut selera anda sendiri.

Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat resepi cara berlauk yang telah dikongsikan oleh Nur Haziqah di laman sosial Facebook yang telah mendapat banyak perkongsian dan like.

Resepi Cara Berlauk

cara berlauk
image via Facebook

Bahan – bahan:

Inti Daging

  • 100 gram daging cincang
  • 1/2 biji bawang holland dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih dipotong dadu
  • 1 sudu besar rempah kari daging dibancuh dengan 3 sudu besar air panas
  • Daun sup
  • Gula dan garam secukup rasa

Kuih Cara:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar kunyit atau pewarna kuning
  • Garam

Cara – cara penyediaannya:

Inti Daging:

  1. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan rempah dan biar sehingga pecah minyak.
  3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan daging, daun sup, gula dan garam.
  4. Masak sehingga daging kering.

Kuih Cara:

  1. Satukan semua bahan dan kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul.
  2. Sapu minyak pada pan dan panaskan atas api kecil.
  3. Apabila pan sudah panas, tuangkan adunan kuih cara.
  4. Kemudian letak daging, daun sup/ daun bawang dan cili.
  5. Masak atas api kecil.
  6. Cucuk lidi, jika tidak melekat dikira sebagai sudah masak.
  7. Siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik bukan resepi kuih cara yang kami kongsikan ini? Jika anda rasakan resepi ini menarik pastikan anda kongsikan resepi ini bersama dengan rakan-rakan terdekat anda. Jika anda mahu lihat resepi lain yang menarik, klik pautan di bawah.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.