Setiap ibu bapa pastinya akan berasa teruja di saat menyambut kehadiran cahayamata sebagai penyeri rumah tangga. Tak kisah anakk nombor berapa, pastinya ibu bapa akan memberikan yang terbaik untuk bayinya. Di antara yang paling dititik-beratkan adalah aspek penyusuan.

Apabila anak mencecah umur 6 bulan, pastinya anda akan mula memikirkan makanan pertama bayi untuk diberikan kepada sicomel anda.

Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan makanan pertama bayi yang baik untuk kesihatan usus, membantu proses tumbesaran bayi, semestinya penuh dengan khasiat yang boleh anda sediakan.

makanan pertama bayi
Sumber: Thebump

Puri Pisang Dan Susu Ibu

Tidak dinafikan bahawa susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi anda. Oleh itu, sebaiknya jadikan susu ibu sebagai bahan penting dalam makanan pertama bayi anda.

Resepi pertama yang ingin kami kongsikan adalah puri pisang dengan susu ibu. Bayi anda pasti sukakan puri yang lazat dan berkhasiat ini. Bahan-bahan dan cara-caranya adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:

  • Beberapa ulas pisang, kuantiti bergantung kepada saiz pisang.
  • Susu ibu. 

Cara-cara menyediakan: 

  • 1. Lenyekkan pisang yang telah dikupas dan dihiris halus sehingga lumat.
  • 2. Panaskan selama 30 saat di dalam ketuhar gelombang mikro untuk melembutkan pisang.
  • 3. Masukkan sedikit susu ibu untuk mencairkan adunan agar tidak terlalu pekat dan mudah ditelan oleh bayi.

Bubur nasi bersama susu ibu

Tahukah anda bahawa bayi tidak memerlukan garam atau gula di dalam makanan mereka. Ini kerana buah pinggang bayi belum cukup matang untuk memproses gula dan garam.

Oleh itu, sebaiknya elakkan daripada memasukkan garam, gula, dan bahan perasa tiruan ke dalam makanan bayi anda. Resepi makanan pertama bayi yang seterusnya ingin kami kongsikan pada hari ini adalah bubur nasi bersama susu ibu. Apa yang anda perlukan adalah:

Bahan-bahan:

  • 3 sudu beras
  • Secawan air
  • Susu ibu

Cara menyediakan:

  • Basuh beras sehingga bersih. Toskan.
  • Kisar beras dengan secawan air.
  • Masak sehingga beras lembut dan menjadi nasi lembik.
  • Tunggu sehingga suam, masukkan sedikit susu ibu sebagai perisa tambahan.
makanan pertama bayi
Sumber: Readr

Puri labu bersama susu ibu

Puri labu adalah di antara makanan pertama bayi yang paling popular di kalangan ibu-ibu di Malaysia. Ini kerana labu adalah makanan yang sangat baik untuk kesihatan bayi, malah rasanya yang lazat pasti membuatkan bayi anda sukakan makanan tersebut. Resepi untuk menyediakan puri labu bersama susu ibu adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:

  • Sepotong labu
  • Secawan air
  • Susu ibu

Cara-caranya:

  • Buang kulit labu. Bersihkan.
  • Rebus labu bersama secawan air sehingga lembut.
  • Lenyekkan labu sehinga halus.
  • Campurkan dengan sedikit susu ibu apabila sudah suam.

Puri lobak merah dan labu bersama susu ibu

Puri lobak merah dan labu bersama susu ibu juga adalah makanan pertama bayi yang kami cadangkan kepada anda. Resepi untuk menyediakan makanan lazat tersebut adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:

  • Sepotong labu
  • Sebiji pisang
  • Secawan air
  • Susu ibu

Cara-caranya:

  • Buang kulit labu. Bersihkan.
  • Rebus labu bersama secawan air sehingga lembut.
  • Lenyekkan labu sehinga halus.
  • Buang kulit pisang dan potong halus.
  • Lenyekkan pisang sehingga lembut.
  • Panaskan pisang selama 30 minit dalam ketuhar gelombang mikro.
  • Campurkan pisang dan labu.
  • Campurkan dengan sedikit susu ibu ke dalam adunan tadi.

Bubur nasi bersama kobis bunga

Kobis bunga mempunyai rasa yang sangat lazat dan disukai oleh bayi. Kebiasaannya bubur nasi bersama kobis bunga adalah makanan pertama bayi yang menjadi kegemaran bayi comel di Malaysia.

Kami jamin, bayi anda akan menghabiskan semangkuk bubur ini dengan cepat. Cara untuk menyediakannya adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:

  • 3 sudu beras
  • 50 gram kobis bunga
  • Secawan air

Cara-caranya:

  • Basuh beras sehingga bersih. Toskan. Rebus beras dalam secawan air sehingga menjadi nasi lembik.
  • Potong bunga kobis kecil-kecil. Rebus sehingga lembut. Toskan.
  • Kisar nasi lembik bersama bunga kubis tadi.
  • Siap untuk dihidang kepada bayi anda.

Bubur nasi bersama lobak merah

Selain bunga kobis, lobak merah juga sangat kaya dengan pelbagai khasiat dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan anda. Lobak putih kaya dengan kerotena yang baik untuk kesihatan mata bayi anda. Apa yang anda perlukan untuk menyediakan resepi ini adalah:

Bahan-bahan:

  • 3 sudu beras
  • Setengah batang lobak merah
  • Secawan air

Cara-caranya:

  • Basuh beras sehingga bersih. Toskan. Rebus beras dalam secawan air sehingga menjadi nasi lembik.
  • Potong lobak merah kecil-kecil. Rebus sehingga lembut. Toskan.
  • Kisar nasi lembik bersama lobak merah tadi.
  • Siap untuk dihidang kepada bayi anda.

Puri epal merah bersama susu ibu

Epal merah adalah buah yang manis dan mempunyai rasa yang lazat. Ia adalah bahan yang terbaik untuk dijadikan sebagai makanan pertama bayi anda. Resepi untuk puri epal bersama susu ibu adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:

  • Setengah biji epal merah
  • Secawan air
  • Susu ibu

Cara-caranya:

  • Buang kulit epal merah dan bijinya.
  • Potong halus.
  • Rebus bersama secawan air sehingga lembut.
  • Toskan.
  • Lenyekkan epal sehingga halus.
  • Masukkan sedikit susu ibu supaya puri tidak terlalu pekat.
makanan pertama bayi
Sumber: Beabausa

Puri keledek manis bersama susu ibu

Resepi makanan pertama bayi yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini adalah puri keledek manis bersama susu ibu. Untuk menyediakannya:

Bahan-bahan:

  • Setengah biji keledek manis
  • Secawan air
  • Susu ibu

Cara-caranya:

  • Buang kulit keledek manis. Potong kecil.
  • Rebus bersama secawan air sehingga lembut.
  • Toskan. Lenyek keledek manis sehingga halus.
  • Campukan sedikit susu ibu.

Itulah dia resepi makanan pertama bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat! Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga pastinya sukakan artikel kami berkenaan jadual imunisasi bayi petua hilangkan selsema bayi dan petua hilangkan cirit birit bayi.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.