Masakan daging kurma paling dicari masa bulan puasa mahupun raya. Sebagai hidangan untuk berbuka dan raya yang lazat.

Aisyah Mansor berkongsikan resepi daging kurma resepi mertua di laman Facebook. “Memang tiada yang mampu menahan kelazatan resepi orang dulu” katanya. Juga resepi ini ialah anggaran satu ekor kambing.

Selain untuk hidangan raya, daging kurma juga banyak disajikan untuk kenduri, akikah dan majlis-majlis agama lainnya. Masakan daging kurma juga identik dengan daging kambing.

Tanpa tunggu lama sila tengok resepi di bawah ini. Pastikan anda tidak terliur tengok resepinya. Selamat mencuba.

Resepi Daging Kurma

daging kurma

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Seekor daging kambing (anggaran 16 kg),
  • 7 biji kelapa (anggaran-ikut saiz kelapa),
  • Garam secukup rasa,
  • 1 paket (100gm) kulit kayu manis,
  • 1 paket (100gm) bunga lawang,
  • 1 paket (100gm) jintan manis,
  • 1 paket (100gm) buah pelaga,
  • 4-5 pek (220g) rempah kurma Faiza,
  • 10 ulas bawang merah – hiris,
  • 15 ulas bawang putih – hiris,
  • 7 inci halia- hiris,
  • 1 cawan minyak masak.

Bahan kisar :

  • 15 ulas bawang besar,
  • 18 ulas bawang putih,
  • 7 inci halia,
  • 18 biji buah keras – kuah jadi lemak,
  • Sayuran (untuk tabur selepas siap masak),
  • 4 tangkai cili hijau,
  • 15 biji ubi kentang,
  • 6 biji buah tomato – belah 2,
  • 6 biji bawang besar – belah 4,
  • Daun sup,
  • Daun pandan.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan masukkan rempah tumis bersama bahan kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah kurma (tidak bancuh dengan air) dan kacau dengan cepat. Masukkan sedikit air supaya tidak hangus. Terus kacau lagi.
  3. Masukkan daging serta air dan masak sehingga daging empuk.
  4. Ketika daging hampir empuk, masukkan ubi kentang.
  5. Siap dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi daging kurma, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.