Lain orang lain pula air tangannya. Begitu pula dengan nasi goreng, lain orang mesti punya lain resepi nasi goreng.

Namun begitu, demi tercipta satu rasa lazat yang sama dan sempurna, kami tuliskan di bawah ini resepi pes nasi goreng yang sedap sungguh. Resepi pes popular ini telah mendapat perkongsian ramai di dunia Facebook.

Untuk pemula yang teringin masak nasi goreng, kini anda tidak risau lagi menyediakan pes nasi goreng. Tidak perlu beli pes segera yang terkadang rasanya tidak sesuai selera itu. Nanti bukan jadi mengisi perut malah terbuang jadinya.

Buat pes nasi goreng dalam kuantiti yang banyak, simpan dalam peti sejuk. Nanti bila teringin masak nasi goreng, tinggal letak nasi dan sayur. Sesuai untuk anda yang teringin masak praktis, ringkas dan pantas.

Tanpa tumis ini itu, tidak perlu tambah perasa dan perencah lain. Alangkah memudahkan resepi pes nasi goreng yang dikongsikan oleh Ciksu Said di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Pes Nasi Goreng Sedap

pes nasi goreng

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 20 biji cili padi yang hijau,
  • 7 biji cili besar merah,
  • 5 biji bawang besar,
  • 1 labu bawang putih,
    *Tumbuk semua biar hancur.
  • Ikan bilis 2 genggam (rendam ikan bilis supaya lembut dan senang ditumbuk),
  • Minyak masak,
  • Garam, gula, perasa.

Cara-cara :

  1. Tumbuk cili padi hijau, cili besar, bawang besar, bawang putih sampai hancur.
  2. Kemudian tumbuk pula ikan bilis yang sudah direndam.
  3. Jika sudah siap tumbuk, panaskan minyak sedikit dalam kuali.
  4. Kemudian masukkan semua bahan-bahan yang ditumbuk. masak sampai kering dan pecah minyak.
  5. Seterusnya tambahkan garam dan gula dan serbuk perasa jika suka.
  6. Kemudian masak sampai elok kejadiannya.
  7. Sejukkan dan masukkan ke dalam Tupperware dan simpan dalam ais.
  8. Bila ingin goreng hanya gaul dengan nasi dan sayur sahaja.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pes nasi goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.