Selamat pagi, apa cerita sarapan pagi ini? Bagaimana kalau kita menjala pula hari ini? Eit ini bukan menjala ikan ya. Pagi ini kami ingin mengajak anda membuat roti jala biasa dan roti jala coklat yang sedap dan manis terasa coklatnya.

Hidangan ini dinamakan roti jala kerana bentuknya yang menyerupai jala untuk tangkap ikan. Bekas khas yang mempunyai beberapa lubang biasanya digunakan bagi menghasilkan roti jala yang dimasak di atas kuali leper.

Roti jala biasanya dimakan dengan kuah. Terdapat dua jenis kuah, iaitu kuah manis (terkenal di negeri-negeri pantai timur) dan kuah gulai, terutama gulai ayam (terkenal di pantai barat). Roti jala sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa.

Roti jala pula dapat dijumpai di gerai-gerai yang menjual kuih untuk sarapan mahupun pasar malam. Jika anda teringin membuat sendiri di rumah, anda boleh merujuk kepada resepi daripada Raja Amanina‎ di laman Facebook yang telah kami tuliskan di bawah ini. Lengkap dengan resepi roti jala coklat. Selamat mencuba.

Resepi Roti Jala

roti jala

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kg tepung gandum
  • telur 4 biji
  • Susu cair setengah tin
  • Air 4 tin (sukat guna tin susu)
  • Minyak masak 4 sudu besar
  • Garam satu sudu kecik
  • Gula 2 sudu besar
  • Pewarna

Cara-cara :

  1. Gaul sebati @ blender semua bahan hingga halus.
  2. Tapis dan perap sekejap.
  3. Untuk jala yang pertama sapukan sedikit minyak.

Resepi Roti Jala Coklat

roti jala coklat

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 3 cawan tepung gandum
  • Telur sebiji
  • Setengah cawan susu cair
  • 2 cawan setengah air
  • Gula 1 sudu
  • Garam secubit
  • Minyak masak 2 sudu
  • Serbuk koko 3 sudu besar

Cara-cara :

  1. Gaul sebati @ blender semua bahan dan tapis.
  2. Untuk jala yang pertama sapukan sedikit minyak.
  3. Untuk sos coklat, campurkan 3 sudu serbuk koko + susu pekat + sedikit susu cair kemudian panaskan sekejap hingga sedikit pekat.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi roti jala, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.