Siapa suka makan kari kepala ikan? Ramai yang suka hidangan ini. Hanya penggemar kepala ikan yang tahu kelazatan dan seronoknya dapat makan kepala ikan.

Kepala ikan kaya akan protein dan vitamin yang berguna untuk tubuh. Tidak hairanlah ramai orang yang suka makan kepala ikan.

Bahkan di kedai makan, kepala ikan paling cepat habis. Biasanya jenis kepala ikan merah paling sedap dimasak kari. Lebih-lebih lagi kalau daging ikan itu lembut, tidak bau hanyir dan kuah kari pekat, makin terliur dibuatnya ingin menghisap kepala ikan sampai licin.

Tanpa tunggu lama, mari tengok resepi kari kepala ikan yang dikongsikan oleh Mas Aura‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Kari Kepala Ikan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kepala ikan merah dibersihkan dan dibelah dua,
  • Bawang besar**,
  • Bawang putih**,
  • ½ inci halia**,
  • 3 sudu rempah kari ikan,
  • Bahan bertanda** kisar sekali,

Bahan-bahan tumis :

  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus,
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi),
  • 2 tangkai daun kari,

Bahan-bahan Lain :

  • Air asam jawa,
  • 3 biji tomato dibelah dua,
  • Bendi,
  • Terung panjang atau terung bulat,
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka),
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua.

Cara-cara :

  1. Bersihkan ikan, perap dengan asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan ½ cawan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan tumis hingga wangi. Masukkan rempah yang telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air asam jawa (kurang lebih 700 ml atau ikut suka), masukan bendi dan terung dan kacau. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan ikan dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  5. Bila mendidih, masukkan tomato dan belahan cili hijau dan merah.
  6. Biar mendidih seminit dua dan siap.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kari kepala ikan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.