Resepi nasi briyani umumnya sama sahaja, namun ada satu resepi nasi briyani yang bila sekali anda cuba mesti teringin buat kerana penyediaannya senang dan hasil sangat lazat.

Resepi yang dikongsikan oleh Puan Arma Abdul Rahman‎ di laman Facebook ini sesuai sangat untuk anda yang baru pertama kali cuba buat. Disini anda tidak perlukan bahan-bahan yang rumit, hanya dengan rempah 4 sekawan dan bawang tumis dan satu resepi rahsia sudah boleh buat nasi briyani sedap.

Apakah resepi rahsia itu? Ialah perencah maggi nasi briyani. Perencah ini menambah enak rasa nasi briyani jadi lebih lazat dan yummy! Bahkan orang India sendiri ikut bagi nasihat untuk guna perencah tersebut. Perencah ini menaikkan aroma nasi serta memberi rasa enak yang bikin ketagih.

Maka, mulai sekarang apabila teringin makan nasi briyani terus masak sahaja guna perencah nasi briyani Maggi. Selamat mencuba.

Resepi Nasi Briyani Maggi

nasi briyani

Imej via Facebook‎

Bahan-bahan Nasi :

  • Beras basmathi,
  • Bawang merah dipotong besar,
  • 4 sekawan,
  • Ayam,
  • Carrot,
  • Tomato,
  • Daun ketumbar,
  • Perencah nasi briyani Maggi.

    nasi briyani

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Beras basmathi dibasuh dan rendam selama 30 minit (nisbah 1 cup beras : 1 ½ air). Rendam terus dalam periuk nasi.
  2. Tumis bawang merah (potong besar) dan 4 sekawan dengan minyak sapi sampai naik bau.
  3. Masukkan ayam, gaul-gaul.
  4. Kemudian masukkan perencah nasi briyani.
  5. Masukkan carrot dan tomato (potong ikut suka).
  6. Bila beras yang direndam sudah cukup masa 30 minit, masukkan bahan tumis tadi dalam periuk nasi.
  7. Masak nasi macam biasa.
  8. Bila sudah masak, letakkan daun ketumbar untuk naikkan bau.
  9. Biarkan 5 minit baru kacau nasi tadi.
  10. Siap. Boleh dihidangkan.

Resepi Acar Timun :

  1. Potong timun, carrot, bawang merah, tomato dan lada merah (cara potong ikut suka).
  2. Campurkan kesemuanya, kemudian taburkan gula 3 sudu besar.
  3. Perah lemon dan gaulkan kesemuanya. (Kalau suka pakai cuka, boleh gunakan cuka).

    nasi briyani

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain nasi briyani Maggi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.