Antara masalah tukang masak harian terutama surirumah ialah ”hari ni nak masak apa?”. Balik-balik lauk tu. Kalau ikan, asam pedas la, asam rebus, goreng berlada, masak lemak cili api la. Kadang – kadang, sudah kehabisan idea nak masak. Tambahan kalau seisi rumah cerewet makan. Padahal ikan adalah sumber protein yang paling sihat dan kurang lemak.

Apakata hari ini kita nak cuba resepi yang lain, yang jarang-jarang ada di dapur orang kita. Tapi berkhasiat, enak dan sesuai untuk orang yang sedang berdiet terutama mak-mak kan.

Kalau kebiasaannya, ikan siakap kita guna untuk masak sweet and sour, goreng berlada atau tiga rasa. Berbeza resepi kali ini, resepi yang berasal dari Thailand ini ikan siakap dimasak rebus ala asam pedas. Cuma rasanya jauh berbeza kerana ia menggunakan bahan yang jauh berbeza yang biasa masyarakat kita gunakan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Dalilah Hassan dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook! Wah, confirm menjadi!

Resepi Kengsom

kengsom

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Seekor ikan siakap ( cuci bersih )
  • Setengah genggam cili padi yg merah ( ikut ketahanan pedas)
  • 3 batang cili hidup merah
  • Belacan 1/2 inci
  • Bawng merah 2 ulas
  • Bawang putih 4 ulas (resepi ini menggunakan bawang putih lebih daripada bawang merah. Ada resepi yang langsung tidak menggunakan bawang merah)
  • Kunyit hidup

Nota: Semua bahan diatas dikisar halus.

  • Asam jawa sesudu besar (tambah asam keping atau jus limau nipis jika ingin lebih masam)
  • Gula merah 1/2 keping
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Kangkung seikat.

Cara – cara memasak:

  1. Rebus semua bahan kisar dan masukkan asam,garam dan serbuk perasa. Bila mengelegak masukkan ikan biar seketika sebelum masukkan sayur kangkung.
  2. Untuk memastikan keaslian masakan Thai, jangan letak daun kesom atau bunga kantan, dan masukkan gula melaka atau gula siam Thailand sahaja.
  3. Siap!

Resepi – resepi yang anda boleh cuba:

Terdapat beberapa resepi lain yang menarik dan boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jika tidak keberatan, tekanlah butang “share” dan kongsikan bersama kenalan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.