Keropok lekor yang di beli di pasar malam tidaklah banyak hasilnya. Beli yang mentah boleh lah dapat banyak.

Tapi kadang rasa tidak sesuai apa yang dibayangkan. Kadang kalau nasib baik dapatlah beli keropok lekor yang sedap, kalau tidak dapat kena tahan sabar sajalah.

Lagi berbaloi jika buat sendiri keropok lekor, boleh letak ikan banyak-banyak dan buat sesedap rasa. Resepi keropok lekor yang sedap dan mudah kami kongsikan pada tulisan kali ini. Didatangkan daripada  di laman Facebook.

Makan petang-petang dengan keropok lekor homemade, apatah lagi kalau dicicah dengan sos keropok lekor, jadi makin sedap. Keropok lekor resepi ini menggunakan ikan kembung biasa. Isi dalam keropok lembut dan tidak liat.

Tanpa tunggu lama, jom buat resepi keropok lekor mudah ini. Resepi seperti di bawah. Selamat mencuba.

Resepi Keropok Lekor

keropok lekor

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan kembung/selayang 1 kg,
  • 1 ½ cawan tepung ubi kayu (alternatif dari tepung sagu),
  • Garam 2 sudu kecil,
  • Ajinamoto/ maggi cukup rasa 1 sudu kecil,
  • Baking powder 2 sudu kecil.

Cara-cara :

  1. Ikan dibersihkan dan ambil isi sahaja.
  2. Kemudian isi ikan mentah diblend tanpa air.
  3. Lalu satukan semua bahan dan gaul smpai rata.
  4. Setelah itu uli dan bentukkan kecil-kecil sampai habis. (Dapat dalam 30 ketul untuk adunan ini).
  5. Kemudian rebus air, minyak 2 sudu makan dan garam sedikit.
  6. Jika air sudah menggelegak, barulah masukkan adunan yang sudah dibentukkan tadi.
  7. Rebus sampai timbul, angkat dan toskan.
  8. Sejukkan sebentar, jika sudah sejuk boleh goreng.
  9. Siap digoreng, boleh hidangkan bersama sos keropok losong Terengganu/sos cili biasa, ikut suka.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi keropok lekor, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.