Bubur lambuk merupakan makanan tradisional masyarakat kita. Bubur ini lebih popular dan digemari apabila tiba bulan Ramadhan kerana juadah ini menjadi pilihan menu yang sihat untuk berbuka puasa lebih-lebih lagi bagi golongan yang berusia. Biasanya golongan berusia atau yang tidak berselera untuk makan lebih memilih masakan bubur untuk memenuhi keperluan gizi tubuh.

Apa yang special tentang bubur lambuk ini ialah juadah ini menggunakan sayur pucuk miding atau pucuk paku merah sebagai bahan masakannya. Pucuk ini sangat sedap apabila dimasukkan ke dalam bubur. Biasanya kalau kita masukkan sayuran lain, rasanya kurang enak bagi yang tidak gemarkan sayur. Namun, berbeza dengan pucuk ini, ia sangat menyedapkan dan membangkitkan selera walaupun anda bukan penggemar sayur!

Tidak hairanlah jika bulan Ramadhan, terdapat banyak masjid atau agensi yang bergotong-royong memasak bubur lambuk berkawah-kawah untuk disedekahkan buat orang awam. Di samping mencari keredhaan Illahi, dapat juga mengeratkan silaturrahim dan menghulurkan bantuan makanan kepada yang memerlukan.

Istimewa buat anda hari ini, kami bawakan satu resepi dari saudari Sazilla Rosli yang telah sudi berkongsi resepi bubur lambuk di Facebook. Diharap anda semua Berjaya mencuba resepi sedap yang amat senang ini.

Resepi Bubur Lambuk Pantai Timur

bubur lambuk

Image via Facebook.

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Ikan Selayang
  • Bawang merah
  • Lada hitam
  • Sayur pucuk miding/ pucuk paku merah
  • Daun kadok
  • Daun kunyit
  • Daun Kesum
  • Santan

Cara Penyediaan:

1) Rebus nasi sampai empuk
2) Ikan dikukus dan diperisikan isi ikan
3) Blend bawang merah, lada hitam dan isi ikan.
4) Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi yang dah direbus tadi
5) Masukkan sayur pucuk miding, daun kadok, daun kunyit, daun kesum dan juga santan
6) Masukkan garam, gula dan perasa ke dalam bubur. SIAP!

Selain resepi bubur lambuk yang mudah ini, kami juga ada memaparkan resepi-resepi lain yang lazat buat anda cuba. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.