Suka makan cheese tart? Ingin buat cheese tart sendiri? Tapi terhalang sukatan kerana tiada alat di rumah? Macam mana kalau cuba resepi cheese tart sukatan cawan sahaja, senang dan mudah.

Resepi ini senang sebabnya ia menggunakan sukatan cawan. Resepi dikongsikan oleh Siti Hajar Hashim di laman Facebook. Mulai sekarang tidak perlu risau lagi pikirkan penyukat bahan.

Cheese tart enak lemak manis penuh krim. Sedap dihidangkan untuk tetamu, untuk acara rumah terbuka, dijual gerenti ramai yang beli. Anak-anak mesti akan sangkut di cheese tart ini.

Ramai sudah yang tertunggu resepi cheese tart sukatan cawan ini. Jom lihat resepinya di bawah ini!

Resepi Cheese Tart Sukatan Cawan

cheese tart sukatan cawan

Imej via Facebook

Bahan Kulit/shell Tart :

  • 1 cawan [email protected],
  • ½ cawan gula aising,
  • ½ biji telur grade A, (Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau dan ambil setengah saja).
  • 3 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu teh esen vanilla,

Cara-cara :

  1. Satukan majerin, gula, esen vanila dan telur. Kacau sebati guna senduk kayu.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit. Uli hingga jadi doh. Kalau doh masih lembik, tambah tepung gandum sedikit-sedikit.
  3. Masukkan doh tadi ke dalam acuan tart. Tekan dan ratakan kemas-kemas. Cucuk dengan garfu di bahagian dasar tart tadi.
  4. Bakar selama 20-25 minit, guna api atas bawah pada suhu 180°C @ ikut oven masing-masing.

Bahan Filling :

  • Blueberry filling (beli di kedai bakery),
  • 250 cream cheese,
  • ½ cawan gula aising,
    *boleh kurangkan sukatan gula kalau tidak suka manis.
  • ½ biji telur (pecahkan telur, kacau dan ambil setengah).
  • 1 sudu teh esen vanila.

Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan dan mixer hingga sebati.
  2. Masukkan adunan tadi ke dalam piping beg dan gunting hujungnya.
  3. Masukkan filling blueberry ke dalam piping beg dan gunting juga hujungnya.
  4. Susunkan kulit tart ke dalam Loyang, picitkan blueberry filling dulu kemudian picitkan adunan cheese hingga penuh.
  5. Buat corak di atas tart tadi ikut kreativiti sendri. Caranya, ambil sedikit adunan cheese dan tambahkan pewarna.
    Bakar sekali lagi dalam selama 10 minit.

Nota :

  • Satu adunan tart shell dapat 47 biji saiz 4.5 cm.
  • Adunan cheese cukup untuk 30 biji sahaja.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cheese tart sukatan cawan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.