Sarapan pagi adalah sangat penting sebagai permulaan hari kita untuk mendapat tenaga dan vitamin yang cukup untuk melakukan aktiviti harian. Pastikan kita tidak skip sarapan pagi dan jangan lupa untuk mengambil menu yang berkhasiat. Apa yang diambil di waktu pagi sangat penting kerana ia menentukan tahap kecergasan dan kesihatan kita.

Persoalannya, menu apa yang berkhasiat untuk sarapan pagi? Menu berkhasiat tidak semestinya menu yang rumit dan penuh pinggan makan. Menu yang simple pun menjadi! Contohnya, sandwich telur sangat bagus untuk hidangan sarapan kita.

Untuk menjadikan sandwich penuh khasiat, gunalah roti berbijirin penuh. Pastinya kandungan zat dan vitamin adalah lebih baik berbanding roti putih biasa. Telur pula pilihlah telur kampung atau organik untuk mendapatkan sumber protein yang tinggi. Protein yang cukup membuatkan kita kekal bertenaga sepanjang hari. Dan jangan dilupa untuk ditambah ulaman sebagai pelengkap menu sandwich!

Hari ini kami akan kongsikan resepi sandwich telur yang telah dimuatnaik oleh saudara Lud Ibrahim di Facebook. Beliau telah menjadikan roti sandwich telur ini sebagai income tambahan beliau. Memang padu! Jom kita lihat resepinya.

Resepi Roti Sandwich Telur

Sandwich Telur

Image Via Facebook

Bahan-bahan:

– 10 biji Telur Ayam (Direbus)
– 4 sudu makan mayonis
– Lada sulah
– Sebuku roti saiz bonanza
– 3 biji Tomato
– Salad
– Butter untuk sapuan roti

Cara Penyediaan:

1) Telur rebus dihancurkan
2) Kemudian, masukkan mayonis dan lada sulah. Gaul rata.
3) Untuk roti, sapukan butter ke atas roti.
4) Kemudian, letakkan adunan telur tadi ke atas roti secukupnya dan ratakan
5) Letakkan ulam salad dan tomato ke atas roti dan kepitkan.
6) Akhir sekali, potong tepi roti dan potong menjadi segitiga. SIAP!

Kami pasti resepi ini memang sedap dan menjadi! Banyak lagi resepi-resepi lain di blog kami ini yang menarik untuk anda cuba. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .